16 January 2017

MY PRECIOUS BAB 2

Adiyan merebahkan dirinya ke atas katil yang empuk, kemudian matanya memandang siling yang bewarna putih. Kosong sama seperti jiwanya, sejak kepergiaan ayah dan adiknya semasa kemalangan 12 tahun lalu menyebabkan dia menjadi Adiyan yang baru. Adiyan yang kurang bercakap, seorang yang sangat tegas, langsung tidak bertolak ansur, berbeza dengan Adiyan yang dulu.
Iphone 6s nya berdering menandakan ada satu panggilan masuk, Adiyan mencapai telefon bimbitnya yang berada bersebelahan dengannya. Dia lihat nama pemanggil yang berada di skrin kemudian tersenyum.
“oh my god Along!!! I miss you so badly, kenapa tak call Sofia?” Sofia menjerit keriangan. Sudah banyak kali dia membuat panggilan tapi sayangnya satu pun tidak berjawab. Abangnya itu bila berada di office automatically tidak mengendahkan perkara-perkara lain melainkan kerja.
Sofia sudah bosan dengan perangai abangnya yang satu itu, langsung tak boleh bertolak ansur dengan sesiapun bab kerja.
“oh my god along?” Adiyan mengulang semula ayat Sofia dengan nada memerli.
“assalamualaikum” sambungnya lagi.
Sofia yang berada di hujung talian gelak, langsung tidak terasa hati dengan perlian abangnya itu.
“waalaikumsalam, sorry lupa nak bagi salam sebab excited sangat along angkat call Sofia. Bukan senang along nak angkat call kan? Alaaa siapalah Sofia ni, call banyak kali pun along mana pernah nak angkat. Tunggu along call samalah macam tunggu along kahwin” Sofia sengaja memerli Adiyan.
“hamboi, tak sayang mulut ke? Along tolak separuh duit untuk bulan depan baru tahu” Adiyan faham benar dengan sikap adiknya itu. Salah dia juga kerana selalu lupa untuk menghubungi adiknya itu semula.
“alaa tak aci lah main bab-bab duit ni, sensitip okay”
“so bila nak balik Malaysia ni? Ibu rindu” soal Adiyan. Adiknya itu kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
“tak payahlah tanya soalan tu, Sofia kat sini pagi petang siang malam teringatkan ibu dengan along. Rindu nak makan apa yang ibu masak” balas Sofia yang bernada sedih.
“tak payah nak sedih sangat, ingat along tak tengok ke gambar dia kat instagram. Pergi macam-macam negara, tapi Malaysia tak nak pulak singgah?” Tanya Adiyan lagi. Bukannya dia tak tahu apa yang dilakukan oleh adiknya walaupun tiada gambar-gambar tersebut, dia mengupah beberapa orang untuk melindungi dan memerhatikan adiknya dari jauh.
“dahlah malas nak cakap dengan along, kirim salam kat ibu tau nanti cakap Sofia rindu ibu sangat-sangat. Along tu ha cepat sikit kahwin, umur dah 29 tahun pun tak kahwin lagi. Tulah siapa suruh garang sangat, kan dah tak ada orang nak kat along” bebel Sofia panjang lebar.
“bye Sofia, assalamualaikum. Take care” pintas Adiyan laju. Bukannya dia tak tahu kalau adiknya itu mula bercakap bab kahwin, sampai lusa pun tak habis. Jadi sebelum topik tersebut bertambah melarat, baik dia terlebih dahulu menyelamatkan dirinya.
Sofia yang berada di hujung talian hanya menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu siapa yang sedang di tunggu oleh abangnya itu dari dulu sehinggalah sekarang. Dia pasti yang abangnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita.

Naura melihat jam dipergelangan tangannya, dia tidak tahu harus mempercepatkan langkahnya macam mana lagi kerana jarum pendek menunjukkan ke angka 8.
Pukul 8 pagi! Ye 8 pagi! Dengan keadaan lalu lintas yang sangat sibuk, memang dia akan terlambat ke pejabat. Dia tertidur selepas subuh tadi setelah menelan 2 biji panadol kerana kepalanya berasa teramat pening.
Kelam kabut Naura menuruni anak tangga, tangannya ligat memakai earing kemudian mengemaskan rambutnya yang disimpul rapi.
Setelah sampai ke anak tangga yang terakhir, tangannya menyeluk handbag mencari kunci kereta tapi hampa kerana dia baru teringat yang kunci keretanya berada di atas meja mekap.
Naura rasa seperti mahu menjerit saja, dia bingkas memanjat anak tangga semula kemudian masuk ke dalam biliknya. Kunci kereta di capai dan turun ke bawah semula.
Heels di capai dan di sarung pada kaki dengan tergopoh-gapah.
“mama… Naura pergi dulu tau” jerit Naura yang sudah tidak keruan.
“hati-hati bawak kereta tu Naura” balas mamanya pula.
Enjin kereta di hidupkan dan bayangan keretanya mula bergerak meninggalkan rumah empat tingkat tersebut.

Tepat pukul 9.30 minit pagi dia sampai di pejabatnya, dengan jalan raya yang sesak kemudian dia terpaksa mengisi minyak kereta lagi kemudian dia singgah ke bengkel kereta kerana keretanya tiba-tiba saja buat hal.
Naura duduk di kerusinya sambil merehatkan dirinya seketika, cuba untuk mendapatkan ketenangan setelah apa yang terjadi. Ini adalah kali pertama dia terlambat masuk ke pejabat.
Secretarynya yang bernama Maisarah masuk bersama dengan buku diary di tangan, dia sudah bersedia untuk memberitahu Naurah schedulenya untuk hari ini.
“after 1 hour you masuk balik, I nak rehat kejap” kata Naura yang sedang bersandar pada kerusinya.
“baik cik Naura” Maisarah mengangguk faham sebelum berlalu pergi.
Naurah menutup matanya untuk seminit dua sebelum diganggu dengan bunyi panggilan masuk dari telefon bimbitnya. Dia bergerak perlahan dan mencapainya kemudian dia memandang nama pemanggil yang tertulis ‘private call’.
Teragak-agak jarinya mahu menjawab, tapi dibuang segala prasangka buruk itu dan dia terus menjawab panggilan tersebut.
“hello…” sapanya terlebih dahulu.
Tapi sapaannya itu tidak dijawab.
Naura bingung, dia sendiri tidak dapat meneka siapa yang menelefonnya kerana tiada suara yang kedengaran.
“hello? Hello…” sapanya lagi. Naura mula berasa geram kerana seolah-olah dipermainkan.
“hello… Kalau rasa tak nak cakap tak payah call, buang masa je” tambahnya lagi kerana bengang.
Sudah beberapa kali panggilan dari ‘private number’ ini diterimanya tapi langsung tak kedengaran suara orang di sana. Akhirnya dia memutuskan talian, tapi kali ini dia sudah nekad.
“so how’s your car?” akhirnya dia mendengar suara orang yang menelefonnya.
Seorang lelaki! Ya dia teramat pasti tapi kenapa dia Tanya pasal kereta aku?
“kereta saya? Awak ni siapa?” Tanya Naura yang ingin tahu.
Gila ke apa, aku tak kenal siapa tiba-tiba call aku tanya pasal kereta. Detik hati Naura.
“your future husband, kereta kau rosakkan pagi tadi? Tu baru sikit, aku boleh buat lebih lagi dari tu”
Naura yang mendengarnya berasa seram sejuk ditambah pula dengan suara lelaki tersebut yang tiba-tiba saja gelak seperti mengejeknya.
Naura menelan air liur perlahan, tak tahu apa yang harus dibalas olehnya.
“kenapa diam? Takut?” tambah lelaki tersebut, sengaja menakutkan Naura lagi.
“eh em tak tak… Sorrylah saya malas nak layan encik, maaf ye encik banyak lagi kerja yang saya kena buat daripada melayan encik. Saya rasa encik ni tersalah call, apa kata encik call hospital sakit jiwa sebab itu tempat yang selayaknya untuk encik. Tolong jangan ganggu saya lagi ye, terima kasih” kata Naura panjang lebar.
Belum sempat dia mematikan panggilan tersebut, dia terdengar suara lelaki itu ketawa lagi. Meremang bulu romanya!
Gila ke apa lelaki ni? Psycho habis! Katanya di dalam hati.
“tak berbaloi setiap kerja kau tu dengan adanya teman lelaki tak guna tu” lelaki itu memintas kata-kata Naura.
“sorry? Saya harap encik tak telefon saya lagi” Naura terus mematikan panggilan itu.
Dia kembali bersandar kembali pada kerusi empuknya, panggilan telefon sebentar tadi sangat mengganggu fikirannya.
Fahim? Kerja aku tak berbaloi sebab Fahim? Apa maksud dia? Siapa yang telefon aku tadi? Bermacam soalan mula menerjah fikirannya.
Arghhh serabut! Naura menggelengkan kepalanya.
Fahim bukan jenis manusia yang akan menyakitinya, dia pasti yang panggilan tadi hanya untuk merosakkan hubungan antara dia dan Fahim.
Naura membuka fail di hadapannya dan diteliti setiap baris perkataan, dia mula fokus pada kerjanya.

Maisarah mengetuk pintu bilik Naura, setelah mendapat kebenaran untuk masuk Maisarah masuk ke dalam bilik Naura dengan membawa sejambak ros bewarna putih.
Naura mengangkat kepalanya, dia pelik melihat bunga tersebut. Selalunya jika Fahim yang menghantar bunga padanya tak lain tak bukan bunga ros merah tak pun bunga lili.
“ada bunga untuk cik Naura” jambakan bunga ros bewarna putih itu dihulurkan pada Naura.
Teragak-agak Naura menyambutnya.
“kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu” Maisara pamitan untuk keluar.
Naura menggeleng, matanya masih melekat pada jambakan bunga tersebut yang mempunyai kira-kira 20 batang.
Matanya tertancap pada sekeling kad kecil yang terselit, dia terus mencapainya dan dibaca.
‘Fahim… -private number” Cuma itu yang tertulis.
Naura teringat panggilan telefon yang diterimanya pagi tadi, kini lelaki t tersebut menghantar bunga pula. Dia pasti suara yang didengarinya pagi tadi bukan suara Fahim tapi siapa?
Kenapa kat kad ni tulis nama Fahim kalau bukan Fahim yang hantar? Bunga tersebut masukkan ke dalam tong sampah yang berada berdekatan dengan meja kerjanya.
Dia mahu menelefon Fahim dan bertanyakan perihal ini tapi macam mana dia harus memulakan bicara? Akhirnya Naura membiarkan semua soalan yang berputar dibenaknya itu, dia menyambung kembali kerjanya.
Naura teringatkan sesuatu, interkom terus ditekan.
“make sure semua bunga yang I terima lepas ni dari Fahim je, kalau ada nama lain you ambiklah tak pun buang” arahnya pada Maisarah.
“baik cik” Maisarah menerima arahan dengan patuh.

Puan Hanina meletakkan lauk pauk yang sudah dimasaknya ke atas meja makan, baru saja dia hendak memusingkan badan untuk memanggil Adiyan untuk makan malam tapi Adiyan sudah berdiri disisinya terlebih dahulu.
“terkejut ibu, bila sampai? Kalau tak malam memang tak jumpa jalan balik rumah ye? Kerja tu janganlah sampai tak ingat orang sekeliling, kesian ibu asyik makan seorang je” Puan Hanina memulakan mukadimahnya.
Adiyan meletakkan briefcase di atas kerusi kemudian menarik satu lagi kerusi dan dia menarik tangan ibunya untuk duduk di situ. Adiyan duduk bersebelahan ibunya.
“baru pukul 8.30 lah bu, awal lagi ni” tangannya mula ligat mengambil lauk pauk yang sudah terhidang. Perutnya makin menjadi-jadi mengeluarkan bunyi kerana tengahari tadi dia tidak sempat menjamah apa-apa.
“ibu malas nak cakap dah, nanti kalau sakit jangan cari ibu. Cari semua kerja-kerja along tu” Puan Hanina menyenduk nasi ke dalam pinggannya.
Adiyan tidak membalas kata-kata ibunya itu, dia sudah faham benar dengan sifat Puan Hanina yang tidak suka apabila dia terlalu fokus pada pekerjaannya.
Adiyan diam membisu kemudian dia menggangkat mukanya dan memandang Puan Hanina yang sedang memandangnya, dia menghadiahkan kenyitan mata di ikuti dengan senyuman manis.
Puan Hanina yang melihatnya rasa mahu dihempuk saja anak lelakinya itu.
“kalau nak kenyit mata, pergi cari isteri lepastu kenyitlah mata kat dia hari-hari” tambah Puan Hanina lagi.
Adiyan buat-buat tak dengar dan menyambung semula menyuapkan nasi ke dalam mulut, kalau Puan Hanina dah masuk bab isteri ni baik diam dan hilangkan diri secepat yang boleh. Kalau tak boleh tercabut telinga ni dengar hujahan dari ibunya itu.

“ada surat untuk Naura, mama letak kat atas katil” kata Puan Nafisah yang melihat Naura melangkah untuk memanjat anak tangga.
“okay mama, Naura naik atas dulu” Naura melangkah dengan muka yang teramat penat.
Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan olehnya, dan beberapa kejadian yang berlaku sewaktu dia dipejabat merunsingkan fikirannya.
Masuk saja ke dalam biliknya, dia meletakkan handbag yang dibawanya sejak dari tadi ke atas meja mekap dan Naura terus berbaring di katilnya. Matanya dipejam seketika, hampir saja terlelap akibat terlalu penat.
Ni kalau baring memang terus tidurlah jawabnya, tak boleh jadi ni. Kena mandi dulu! Naura bangun dari katil.
Matanya melekat pada sampul surat putih bersaiz A4 yang berada dihujung katil, dia teringat akan kata-kata mamanya sebentar tadi.
Lepas mandilah tengok, Naura terus masuk ke dalam bilik air yang berada di dalam biliknya itu. Sampul surat itu di letakkan di kabinet bersebelahan katil.

Naura yang sedang diulit mimpi terganggu dek bunyi telefon bimbitnya yang tidak henti sejak dari tadi. Dia meraba kawasan sekitarnya, dia bukan seseorang yang selalu meletakkan telefon bimbit di atas kabinet bersebelahan katil. Kadang-kadang apabila sedang menggunakan telefon bimbitnya itu pun dia boleh tertidur menyebabkan telefon bimbitnya selalu berada di merata tempat.
“hello…” suaranya serak kerana dia sedang tidur. Dia terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama atau nombor telefon yang tertera.
“tidurlah secukupnya sebab lepas ni aku akan pastikan yang tidur kau takkan pernah cukup” kata lelaki tersebut diiringi dengan tawanya.
Naura yang mendengarnya terus terbuka luas matanya, dia melihat skrin telefon bimbitnya yang sudah tertulis ‘private number’.
Kemudian dia melihat ke arah jam pula, tepat pukul 4.15 a.m.
“maaf encik, sekali lagi encik telefon saya. Saya akan buat laporan polis kerana encik mengganggu dan cuba mengugut saya” kata Naura yang sudah pun duduk di atas katilnya itu.
“bagi tahu satu dunia pun aku tak kisah, jangan lupa bagi tahu sekali yang papa kesayangan kau tu pernah bunuh orang” balas lelaki itu.
Naura yang mendengarnya terus rasa tidak tentu hala, air liur yang di telan dirasakan seperti pasir. Dia tiba-tiba jadi seperti patung cendana, tidak tahu harus memberi reaksi seperti apa.
“hutang darah dibayar darah” tambah lelaki itu lagi, suaranya sangat tegas. Jauh berbeza semasa dia menerima panggilan di pejabatnya tempoh hari.
Naura yang mendengarnya mahu membalas kata-kata lelaki itu tapi mulutnya terasa seperti di gam.
“aku nak kau ingat tu! Aku akan pastikan keluarga kau rasa apa yang aku rasa selama ni” panggilan terus dimatikan.
Badan Naura mula menggigil, dia sendiri tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Apa yang dimaksudkan oleh lelaki tersebut, fikirannya mula buntu.
Hutang darah? Papa? Papa pernah bunuh orang? Naura beristighfar seketika, dia cuba membuang segala persoalan itu jauh-jauh.
Tidak mahu memikirkannya lagi walaupun akalnya asyik mendesak supaya dia mencari jalan untuk kesemua persoalan ini.
Argh! Orang tu saja nak takutkan aku, tak payah fikirlah Naura. Detik hatinya bagi mengelakkan dia berfikiran yang buruk.
Baru saja dia hendak meletakkan telefon bimbitnya di atas kabinet, dia ternampak sampul putih yang di simpan olehnya semasa sebelum dia melangkah ke bilik air sebentar tadi.
Tangannya laju mengambil sampul surat itu, dia membukanya perlahan-lahan.
Isi dalam sampul surat dikeluarkan, Naura terkejut!
Jika tadi dia mendapat panggilan mengatakan papanya seorang pembunuh, kini dia melihat gambar-gambar dirinya yang diambil secara senyap-senyap. Semasa dia berada di lobi, di lot parking, semasa berada di bengkel kereta iaitu semalam, sewaktu dia sedang makan bersama klien, semasa dia beriringan berjalan dengan Fahim. Banyak lagi gambar yang dilihatnya.
Tangan Naura menggeletar, dia langsung tidak dapat meneka apa motif lelaki misteri itu mengekorinya dan memberitahu perihal berkaitan dengan papanya. Selain itu dia juga pernah membangkitkan nama Fahim.
Dia yang memikirkannya bertambah pening, gambar-gambarnya tadi di masukkan semula ke dalam sampul surat kemudian di buang ke dalam tong sampah.
Naura duduk di birai katil memikirkan apa yang sedang terjadi pada dirinya, dia mahu bertanyakan pelbagai soalan pada lelaki misteri itu tapi mana boleh telefon private number!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers