21 February 2016

MY PRECIOUS BAB 1 (tak tahu nak letak tajuk apa, buat sementara ni guna tajuk ni je dulu)

BAB 1

Puan Hanina menghantar kepergian suaminya dengan ditemani anaknya itu dengan senyuman, kemudian dia melangkah masuk ke dalam rumah semula untuk masak makanan kegemaran anak lelakinya yang bakal pulang sebentar lagi.

            Adiyan sibuk mengemas pakaiannya yang berada di dalam loker sambil bersiul, gembira kerana cuti pertengahan tahun bakal bermula. Sesiapa sahaja yang duduk di asrama penuh akan berasa gembira jika boleh pulang ke rumah.

            “semangat betul kau kalau bab balik rumah ni kan” tegur sahabatnya yang berada di hujung katil. Dia sendiri sudah masak dengan perangai Adiyan yang akan kelam kabut balik ke dorm asrama setelah tamat sahaja waktu persekolahan.

            “mestilah semangat, bukan senang nak balik rumah. Lepas ni dah kena fokus kat SPM pulak, time tu mana sempat nak balik rumah” tangan Adiyan masih ligat melipat baju dan di masukkan ke dalam luggage.

            “kau best student, tak payah study pun aku dah tahu kau pegang berapa A nanti” sahabatnya itu sengaja menyakat Adiyan kerana dia tahu Adiyan bukan seorang manusia yang tidak suka berusaha walaupun dia sudah memahami sesuatu subjek tersebut.

            “kalau tak dengan usaha, bukan setakat A entah-entah G yang aku dapat. Kepandaian seseorang tak dapat menentukan keputusan SPM, asalkan ada usaha insyaAllah semua yang kita inginkan akan tercapai” balas Adiyan sambil tersenyum.

            “ni yang aku malas nak cakap dengan kau, kalau bab membebel bagi je kat kau” sahabatnya itu yang tadinya baring kini kembali duduk menghadap Adiyan yang berada di hadapan loker baju.

            Tangan Adiyan masih lagi ligat melipat pakaiannya, walaupun baju-bajunya di rumah banyak tapi dia sengaja membawa baju yang dipakainya di asrama pulang ke rumah kerana hendak di tukar. Dia sendiri tidak suka memakai pakaian yang sama berulang kali.

Disebabkan loker yang kecil, pihak asrama melimitkan jumlah pakaian yang perlu berada di dalam loker. Berkemungkinan takut kayu yang menahan bebanan pakaian yang digantung itu bakal patah, kerana banyak loker yang perlu digantikan setiap tahun akibat hal ini.

“weh, takkanlah kau tak perasan yang Adrina tu suka kat kau? Kat mana ada kau, mesti dia pun ada, pelik aku dengan dia tu. Macam sekolah ni ayah dia yang punya, suka hati je keluar kelas” sahabatnya itu menggaru kepala yang tidak gatal.

“Adrina mana?” Tanya Adiyan pula.

“Adrina mana lagi, kau ni pun. Takkan tak perasan dia asyik nak mengendeng kat kau? Aku yang tengok pun rimas” kata sahabatnya yang geli-geliman.

“oh… Yang pakai lipstik merah mak ngah tu ye?” Tanya Adiyan lagi mahu memastikan. Dia bukan spesis yang memerhatikan keadaan sekeliling, dia lebih gemar senyap dan biarkan rakan-rakannya melayan sesiapa sahaja yang mendekatinya.

“susahlah cakap dengan kau ni, ye tulah Adrina” rakannya itu menepuk dahi.

“aku ingatkan dia suka kau, tak nampak pun yang dia tu suka kat aku” balas Adiyan. Zip pada luggage di tarik kemudian dia menegakkan posisi luggage tersebut.

“dia suka aku? Adrina suka aku? Aku berani kerat jarilah kalau si Adrina suka kat aku, tulah kau! Macam mana nak perasan kalau dah mata tu asyik melekat kat buku” rakannya menggelengkan kepala.

Adiyan hanya mengjungkitkan bahunya, malas mahu melayan. Pelajaran harus di dahulukan.
Puan Hanina mengangkat gagang telefon yang berbunyi sejak dari tadi.
            

“assalamualaikum, ni rumah Puan Hanina ke?” Tanya orang yang berada di hujung talian.

            “waalaikumsalam, ye saya Puan Hanina. Ada apa ye?” jawab Puan Hanina tenang.

            “saya Inspektor Ghani, saya harap Puan Hanina dapat bersabar dengan berita yang bakal saya sampaikan ini” kata Inspektor Ghani yang memulakan bicara.

            Puan Hanina mula berasa seram sejuk, dia sudah merasakan sesuatu yang tidak enak untuk didengari.

            “suami dan anak puan terlibat dengan kemalangan, puan diminta untuk datang ke hospital dengan segera” tambah Inspektor Ghani lagi.

            Puan Hanina yang mendengarnya terus merasakan kakinya tidak berada di bumi yang nyata, dunianya seakan-akan berhenti dari berputar. Air mata tiba-tiba mengalir kerana tidak dapat menahan sebak di dada. Gagang telefon di pegang erat walaupun tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.


“perhatian kepada Adiyan Harris, sila ke pejabat asrama dengan kadar yang segera. Harap maklum” pengumuman oleh warden asrama sebentar tadi telah mematikan perbulan dua orang sahabat.

            “eh warden panggil kaulah, kau ada buat apa-apa salah ke?” Tanya sahabatnya.

            “tak de pun” Adiyan menayang muka pelik.

            “cepatlah pergi turun sana” suruh sahabatnya itu.

            Adiyan bingkas bangun dan keluar dari dorm kemudian menyarungkan selipar dan turun ke pejabat warden yang berada bersebelahan dengan asramanya itu.

            Sebelum masuk, dia memberikan salam terlebih dahulu.

            “ye cikgu, kenapa panggil saya?” Tanya Adiyan sopan.

            “adik awak telefon” gagang telefon dihulurkan pada Adiyan.

            Dia mengambilnya sambil tersenyum pada cikgunya.

            “hello assalamualaikum” Adiyan memberi salam terlebih dahulu.

            Tiba-tiba dia mendengar bunyi esakan yang tidak henti-henti sejak dari tadi, hati Adiyan yang mendengar mula berasa gusar.

            “kenapa ni? Hmm…” Tanya Adiyan lembut.

            “along…” suara sofia kedengaran sungguh sayu sekali.

            “ye Sofia, kenapa ni?” soal Adiyan lagi.

            “ayah… ayah… dengan… angah…” tersekat-sekat suaranya akibat tangisan yang tidak dapat dibendung.

            “dorang dah… dah… tak ada along….” Tangisan Sofia makin menjadi-jadi, dia sendiri sudah hilang kawalan. Tidak tahu bagaimana harus memberitahu abangnya.

            “a… apa? A… yah… de… de… ngan… angah” menggigil badan Adiyan yang mendengar berita tersebut, dia sendiri tidak percaya.

            Adiyan terduduk di lantai, gagang telefon terlepas dari pegangan tangan. Dia tidak dapat menahan sebak, seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Dunianya terasa seperti gelap gelita, tiada cahaya seperti kebiasaannya.

            “Adiyan… Adiyan… Kamu tak apa-apa?” panggil warden yang melihat Adiyan seperti seorang yang sudah tidak bermaya lagi.


12 TAHUN KEMUDIAN….
Naura Auni masih tekun membuat kerjanya, dia memang seorang yang tegas jika melibatkan tentang kerja. Dia menggantikan papanya mengendalikan sebuah syarikat yang sudah lama menapak dan di kenali ramai.

            Pintu biliknya diketuk dari luar.

         Naura mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu, kemudian dia melemparkan senyuman manis. Fail yang sedang terbuka ditutup perlahan-lahan.

            “busy ke?” Tanya pemuda yang baru masuk ke dalam bilik Naura.

            “liltle bit” Naura menayangkan giginya yang putih bersih cantik tersusun.

            “so I kacaulah ni?” soal Fahim lagi, dia berjalan ke kerusi yang berada di hadapan Naura kemudian menariknya perlahan sebelum duduk.

            “you memang suka kacau hidup I pun” Naura gelak. Bahagia dengan orang yang sudah bertamu dihatinya selama empat tahun ini.

           “okay I baliklah macam ni” Fahim mahu bangun dari duduknya kemudian di halang oleh Naura.

            “mengada!” jeling Naura manja.

            Fahim kembali duduk di kerusinya kemudian dia mencapai fail yang ditutup oleh Naura sebentar tadi dan di selak setiap helaian dengan teliti.

            “bak balik fail tu… Sibuk je” Naura merampas perlahan, dia tidak suka hasil kerjanya di baca oleh orang yang tidak terlibat.

            Fahim menayangkan sengihan seperti kerang busuk.

            “whoa whoa… Garangnya sayang I ni” balas Fahim dengan kedua-dua tangannya diangkat ke udara tanda berserah.

            Naura mengjungkitkan bahunya sambil tangannya ligat mengemas meja kerja, kemudian iphone 6s yang berada di atas meja di capai dan di masukkan ke dalam handbag. Dia bangun dari duduknya sambil membetulkan blazer yang di pakai.

            “jom lunch” ajak Naura.

            “ingatkan tak nak makan tadi, kerjakan lagi penting untuk you” Fahim turut bangun dari kerusinya.

            “okay…” Naura kembali duduk di kerusinya.

            Fahim yang melihatnya menggelengkan kepala, faham sangat dengan perangai buah hatinya itu. Tak lain tak bukan merajuklah tu.

            “saintis mengatakan orang yang cepat merajuk ni muka dia cepat tua, tengok muka you tu tiba-tiba nampak 10 tahun lagi tua dari umur you” Fahim cuba menarik perhatian Naura.

            Naura menjeling.

            “tengok tu, tua lagi 10 tahun” sakat Fahim lagi.

            Naura kemudiannya menggeleng, dia sengaja berkelakuan seperti itu untuk melihat reaksi Fahim. Naura menghadiahkan Fahim senyuman.

            “eh eh, tiba-tiba je you nampak 50 tahun lagi muda. Ada rahsia tak?” Fahim mengenyitkan matanya.
            “let’s go” Naura bangun semula dari kerusinya dengan handbag di tangan.

            Fahim turut berjalan beriringan dengan Naura kemudian dia membuka pintu untuk buah hatinya itu.

            Semasa melalui meja secretarynya, Naura menghentikan langkah.

            “I dah sign file yang you bagi tadi, boleh ambik kat meja I” kata Naura sambil meneliti jam di pergelangan tangannya.

            “baik cik Naura” balas secretarynya bersama dengan senyuman. Dia sendiri berasa senang bekerja dengan Naura kerana sikapnya, oleh kerana itu juga dia merasakan Naura dan Fahim sangat sepadan kerana kedua-duanya mempunyai sifat yang seakan-akan sama dari pemerhatiannya.

Dia sudah bekerja dengan syarikat tersebut sebelum Naura memegang syarikat itu lagi dan selama empat tahun Naura dan Fahim menjalinkan hubungan dia jugalah yang melayan karenah kedua-duanya. Seorang merajuk, seorang lagi menyuruh hantar bunga. Seorang hantar coklat, yang seorang lagi memberikan coklat tersebut kepadanya. Macam-macam karenah yang dihadapinya setiap hari, ibarat mempunyai dua orang bos.

            Naura dan Fahim beriringan menuju ke lif dan turun ke lobi sambil bergurau senda. Naura sudah merasakan yang dia dah bersedia untuk pergi ke alam perkahwinan bersama Fahim, tapi setiap kali dia menyuarakan hal tersebut Fahim seolah-olah melarikan diri dari topik tersebut.

            Dia sendiri tidak mengerti apa yang diinginkan oleh Fahim, dia tidak mahu hubungan mereka berdua itu hanya sebagai pasangan bercinta. Fahim selalu mengatakan yang dia tidak bersedia lagi kerana Naura seorang pengarah syarikat yang terkenal, dia takut tidak mampu memberikan apa yang dimahukan oleh Naura.

            Banyak kali juga Naura mengatakan yang dia tidak memerlukan wang ringgit ataupun sesuatu yang bernilai ratusan ribu ringgit, dia hanya mahukan hubungan mereka di jalan yang diredhaiNYA. Naura sebagai seorang wanita berasa malu kerana sering bertanyakan soal perkahwinan pada seorang lelaki.

            Langkah Naura terhenti, dia memusingkan kepalanya memandang belakang.

            “what’s wrong?” Tanya Fahim yang juga turut menghentikan langkahnya.

            “I rasa macam ada orang tengah perhatikan I” bola mata Naura masih lagi ligat memerhatikan sekeliling.

            “tulah you, I dah ingatkan banyak kali jangan cantik sangat bila masuk office. Tengok sekarang, semua tertarik nak tengok you. Meranalah I nanti” kata Fahim untuk menyedapkan hati Naura.

            “you ni sukakan macam ni” Naura memusingkan kepalanya kembali memandang Fahim sambil tergelak.

            Mereka kembali beriringan meninggalkan perkarangan lobi tersebut.

            Naura merasakan yang dirinya diperhatikan sejak minggu lepas lagi, kemana saja dia pergi dia dapat merasakan ada saja mata yang sedang memerhatikan gerak-gerinya. Pernah terdetik dihatinya untuk mengupah bodyguard seperti yang diarahkan papanya selama ini tapi tiada apa-apa yang terjadi. Dia mengambil langkah untuk membiarkan saja, mungkin wartawan yang cuba mengorek perhubungannya dengan Fahim. Sangkaan Naura.

            Papanya sendiri berasa teramat risau kerana Naura adalah satu-satunya anak yang dimiliki olehnya dan isteri. Dia tidak mahu sesuatu yang tidak di jangka terjadi pada anak tunggalnya itu.

 p/s: sorry lama tak hapdet T.T ........ k kali ni saya serious! tiap minggu nak hapdet, thanks sebab singgah belog ni :)

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers