BAB
21
DATIN
Elliya duduk bersebelahan Farshah yang sedang merenung kosong ke arah kolam
renang sejak dari tadi.
“Farshah marah mummy dengan daddy
lagi ke? Sejak Farshah keluar dari rumah tempoh hari sampailah hari ni, Farshah
diam je. Mummy minta maaf ye sayang kalau apa yang mummy dengan daddy ni buat
melukakan hati Farshah” tangan Farshah diraih.
“tapi mummy yakin sangat yang Daniel
mampu membahagiakan Farshah” tambah Datin Elliya lagi.
Farshah
masih lagi menguncikan mulut.
“Farshah sayang mummy kan?
Percayalah mummy. Farshah akan bahagia dengan Daniel”
Farshah tidak mengeluarkan sebarang
kata-kata.
“Farshah janganlah diam macam ni,
Farshah buat mummy tambah rasa bersalah. Sampai bila Farshah nak mendiamkan diri,
salah ke apa yang mummy dengan daddy ni buat? Ini semua demi kebahagiaan
Farshah juga, daddy tak bagi tahu Farshah sejak dari awal sebab daddy risau
yang Farshah akan buat perkara yang tak diduga. Daddy dengan mummy dah agak
yang Farshah tidak akan setuju, sebab tu daddy cadangkan buat press conference. Daddy dengan mummy
sayang sangat Farshah, sebab tu kami tak nak tengok Farshah bersedih lagi sejak
Azhim pergi” terang Datin Elliya panjang lebar, mula berasa kesabarannya
memuncak dia meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.
Farshah yang mendengar nama Azhim
disebut terus merasakan dirinya tidak dapat dikawal.
“cukup mummy! Tak de seorang pun
yang dapat gantikan tempat Azhim, Farshah cuma sayangkan dia sorang. Bahagia mummy cakap? Mummy
bahagia tengok Farshah hidup dengan orang yang Farshah tak pernah kenal? Selama
ni Farshah ikut semua cakap mummy dengan daddy, tapi tak boleh ke mummy tanya
pendapat Farshah? Susah sangat ke mummy dengan daddy nak minta pendapat Farshah
pasal press conference tu? Farshah
tertekan fikir pasal tu! Nak tak nak Farshah terpaksa terima Daniel sebab
Farshah tak nak tengok mummy dengan daddy malu. Farshah sayang mummy dengan
daddy, tapi kenapa mummy dengan daddy tak pernah bagi Farshah peluang untuk
kenal Daniel terlebih dahulu? Farshah ni teruk sangat ke sampai mummy dengan
daddy tak percayakan Farshah? Apa salah Farshah mummy?!” soal Farshah dengan
suara yang lantang.
“Farshah tak salah, ini semua salah
mummy dengan daddy sebab buat keputusan yang melulu. Tapi percayalah, Daniel tu
baik. Dia mampu bahagiakan Farshah”
“kalau Daniel tu penyangak
sekalipun, Farshah kena terima sebab dia dah jadi suami Farshah. Tak ada orang
yang boleh bahagiakan Farshah selain Azhim” suara Farshah kembali mengendur.
“Azhim… Azhim… Azhim… Kenapa Farshah
tak boleh terima yang Azhim tu dah lama meninggal? Dia dah tiada di dunia ni
lagi, lupakan dia!”
“Azhim sentiasa hidup dalam hati
Farshah! Mummy tak berhak nak suruh Farshah lupakan dia!”
“sudah Farshah! Cukup! Tak boleh ke
Farshah terima yang Farshah jadi isteri kepada Daniel? Lupakan Azhim!”
“terima? Sampai bila-bila pun
Farshah tak akan sudi bergelar isteri kepada Daniel dan Farshah takkan pernah
lupakan Azhim. Farshah benci mummy!!!” teriak Farshah yang sudah tidak dapat
mengawal dirinya lagi.
Datin Elliya sudah mengalirkan air
mata.
“Farshah! Cukup tu” arah Datuk
Arsyad yang baru sahaja tiba dirumah.
“apa lagi yang daddy nak?! Tak cukup
lagi ke daddy rampas kebahagiaan Farshah?! Tak cukup lagi ke daddy tengok
Farshah terseksa? Tak cukup lagi ke dengan apa yang semua daddy buat kat
Farshah ni?!” kini Farshah bertentang mata dengan Datuk Arsyad. Datin Elliya
masih lagi tersedu-sedan.
“kurang ajar!” tangan Datuk Arsyad
sudah naik untuk menampar Farshah.
“ya Allah! Abang!” jerit Datin
Elliya. Datuk Arsyad yang baru tersedar terus menurunkan tangannya kembali.
“tamparlah! Tamparlah! Kenapa daddy
tak teruskan? Memang Farshah ni kurang ajar!” jerit Farshah. Air matanya yang
sudah membasahi pipi dikesat menggunakan tangan kanan.
Datuk Arsyad terduduk, dia menyesal
kerana gagal mengawal amarahnya.
“Farshah!!!” panggil Daniel dengan
nada yang tinggi. Briefcase yang
dipegang diletak tepi.
Farshah tersentak!
“behave
yourself! Tak boleh ke you hormat
daddy dengan mummy?!” kata Daniel dengan nada yang masih sama. Nafasnya turun
naik menahan marah.
“you
diam! Ini hal family I, you
tu cuma orang luar” marah Farshah pula, dia terus berlari menuju ke biliknya
sambil mengesat air matanya yang sudah lebat membasahi pipi.
“FARSHAH…
Buka pintu ni” pinta Daniel yang sudah beberapa kali mengetuk pintu bilik wardrobe. Kini bilik itulah yang menjadi
bilik tidur Farshah.
“Farshah… Kalau you berkurung macam ni, sampai bila masalah ni nak selesai?” pintu
bilik wardrobe diketuk lagi.
Farshah diam tidak menyahut.
Akhirnya Daniel menggunakan kunci
pendua untuk membuka pintu bilik itu. Dilihatnya Farshah sedang duduk memeluk
kedua-dua kakinya, dia bergerak perlahan duduk dihadapan Farshah.
“hey, kenapa ni?” tanya Daniel
lembut, tidak seperti tadi.
Farshah mendengus kasar, wajahnya
dipalingkan ke arah lain.
“sorry,
tadi I tak sengaja tinggikan suara
pada you”
Eleh! Dah marah baru nak minta maaf,
no way! Farshah mencebik.
“kenapa you buat daddy dengan mummy macam tu? You marah sebab apa? Tak guna you
nak marahkan mummy dengan daddy, benda dah jadi. Kenapa you tak terima je?”
Farshah menggeleng.
“apa yang tak? Dari pagi tadi you gelengkan kepala sampai I dah balik kerja ni pun you masih buat perkara yang sama.
Kenapa? Leher you terkehel ke?” kata
Daniel yang cuba membuat Farshah tersenyum.
What?
Leher aku terkehel? Otak dia tu yang terkehel! Mereng betul Daniel ni. Farshah sedikit pun tidak mengendahkan
Daniel.
“mummy suruh I panggil you untuk makan
malam, jomlah turun. Dari tadi mummy risaukan you” pujuk Daniel.
Farshah
masih mendiamkan diri.
Blurppp…
Perut Farshah tiba-tiba berbunyi.
Daniel
yang terdengar terus menghamburkan tawanya.
Perut
ni pun! Kalau nak berdangdut pun janganlah kuat-kuat, buat malu aku je!
“dah
jom turun makan” tangan Farshah ditarik.
Farshah
merentap tangannya, dia menggeleng laju.
“takkanlah
you tak nak makan? I tahulah you nak diet sebab I kata you berat hari tu, tapi janganlah sampai menyeksa diri macam ni
sekali” perli Daniel.
Farshah
membuat muka serius.
“whoa…
whoa… whoa… Garangnya! Kalau macam tu kita makan luarlah, lepas tu nanti I bawa you pergi satu tempat”
Perut
dah macam buat pesta ni, takkanlah aku tak nak makan. Kau gila! Hurm… makan kat luar? Bolehlah! Farshah pantas
mengangguk.
“pergi
siap, I tunggu you kat bawah
DIA
bawa aku makan tempat yang macam ni? Biar betul! Aku mana pernah makan kat tempat yang macam ni, Daniel ni saja
je!
Matanya
melilar melihat keadaan disekeliling dilihatnya. Cuma kedai yang mempunyai meja
empat persegi plastik dan kerusi plastik tetapi kedai tersebut penuh dengan
pelanggan yang datang untuk menjamu selera.
“makanlah, you kan lapar. Tempat ni bersih, janganlah risau. Lagipun orang
dekat sini takkan perasan you, sebab you
tu bukan artis pun” nasi dihulurkan pada Farshah.
Farshah hanya melihat makanan yang
dihidangkan dihadapannya.
“ni ada tomyam, ikan tiga rasa,
sotong goreng tepung, sayur kangkung goreng belacan, makanan dekat sini sedap. You try
lah makan, kalau tak cukup nanti I order lagi” ikan tiga rasa diletakkan ke
dalam pinggan Farshah.
Farshah yang melihat Daniel menyuap
sejak dari tadi terus memegang sudu dan garfunya.
Nasib perut aku lapar, kalau tak
memang aku tak makanlah tempat macam ni.
SIT BELT
dipasang, Daniel memandu keretanya menuju ke tempat yang ingin ditunjukkan pada
Farshah.
“sedap tak lauk tadi?” tanya Daniel
yang memulakan bicara.
Farshah membisu.
“Farshah…” panggil Daniel, kepalanya
dipusing memandang Farshah.
Tidur? Penat sangatlah tu.
“DAH
sampai ni, bangunlah” bahu Farshah digerakkan sedikit.
Farshah membuka matanya
perlahan-lahan. Rumah sape pulak ni?
Daniel ni pun satu, kalau nak pergi rumah sedara
dia pun, bagi tahulah aku dulu.
“kat mana ni? I nak baliklah, I dah
mengantuk sangat ni” adu Farshah, dia melelapkan matanya semula.
“kat siam sayang” Daniel memandang
isterinya.
“tak
kelakar okey!” mata Farshah masih lagi tertutup.
“inilah
rumah kita” luah Daniel.
“what?
rumah kita?” tanya Farshah yang terkejut. Matanya tertutup tadi, kini terbuka luas
akibat mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Daniel. Dia keluar dari perut
kereta.
“yup! Inilah rumah you dengan I sekarang”
“rumah ni? Rumah I? Eh! You kan kaya, kenapa pilih rumah yang macam ni. I tak nak! I nak balik! Kalau you
nak duduk sini, you stay sorang” rumah teres satu tingkat yang
berada dihadapannya di jeling.
“ada yang tak kena ke dengan rumah
ni? Lagipun kita berdua je, buat apa nak membazir beli rumah besar-besar”
“I
tak bawa baju, jomlah balik. I nak
balik!” Farshah memberi alasan. Lengan baju Daniel ditarik-tarik.
Gila ke nak suruh aku tinggal berdua
dengan dia ni, bertambah tak betul aku ni kang.
Orang kaya tapi suruh isteri dia tinggal dekat rumah macam ni, tak nak aku.
“baju you I dah sediakan dalam
bilik wardrobe”
“tapi…”
“kalau you nak duduk dekat luar ni sampai esok, you duduklah. I nak masuk
dalam” Daniel melangkah memasuki rumah barunya itu.
Farshah melihat sekitarnya, gelap
dan sunyi! Dia juga terus membontoti Daniel.
-ni bab yang last akan dipublish, saya tengah gigih siapkan manuskrip ..
-terima kasih sebab baca YATK dari awal :)