BAB
20
FARSHAH
yang duduk dikerusi empuk itu mula berasa tidak selesa melihat Puan Sri Syazmin
yang sejak dari tadi merenungnya.
“ibu nak cakap apa pada Farshah?”
tutur Farshah lembut.
“ibu? Kau bukan anak aku, jangan
panggil aku dengan panggilan tu kalau cuma ada kita berdua. Aku tak suka!”
jawab Puan Sri Syazmin kasar.
Farshah menelan liur, dia hanya
mendiamkan diri kerana tidak tahu apa yang harus diperkatakan.
“aku tak tahu apa agenda kau
sehinggakan anak aku yang paling taat tu boleh suka kat perempuan macam kau ni,
entah apa ubat guna-guna yang kau bagi kat Daniel” Puan Sri Syazmin menjeling
Farshah.
“apa yang Puan cakap ni? Saya tak
faham” Farshah bingung.
“tak payah nak berlakonlah! Perempuan
macam kau ni memang suka kejar lelaki kaya, tak cukup dengan kejadian sebelum
ni sekarang kau rampas pula kebahagiaan satu-satunya anak lelaki aku. Dasar
perempuan tak tahu malu!” cerca Puan Sri Syazmin.
“hey! Cakap elok sikit boleh tak! Saya
pun tak inginlah anak Puan tu, kalau tak disebabkan mummy dengan daddy jangan haraplah
saya nak kahwin dengan dia” tempelak Farshah. Kesabarannya mula menghilang, dia
bangun dari kedudukannya lalu bersemuka dengan Puan Sri Syazmin.
“habis tu kau ingat aku nak
sangatlah tengok kau kahwin dengan Daniel?! Kalau kau tak rela, aku ni sebagai
ibu dia lagilah tak rela bermenantukan perempuan macam kau! Perempuan tak sedar
diri!” bentak Puan Sri Syazmin kasar. Bahu Farshah ditolak-tolaknya.
“Puan dengar sini! Saya tak pernah
ada apa-apa dendam pada puan, jadi jangan nak cari pasal dengan saya kalau puan
tak nak susah!” ugut Farshah. Tangan Puan Sri Syazmin ditepis.
“kau…” kata-katanya tergantung
begitu saja setelah terdengar suara Daniel di depan pintu bilik bacaan itu.
“ibu bawa Farshah masuk sini
kenapa?” tanya Daniel sedikit hairan. Dia melihat seraut wajah Farshah yang
sudah menegang seperti menahan amarah.
“eh Niel! Ibu saja nak tunjukkan
buku-buku agama yang ada di sini, mana tahu Farshah berkenan dan rasa nak
pinjam. Boleh tambah ilmu agamakan Farshah?” perli Puan Sri Syazmin. Dia memandang
Farshah diikuti dengan senyuman manis yang seolah-olah menyindir.
Apa? Tak pe! Depan anak kau bolehlah kau sorok perangai ‘baik’ kau tu, aku
ni Farshah Irdiana Eva lah! Apa kau ingat aku ni perempuan lembik ke yang akan
nangis lepas dengar apa yang kau cakap tu, memang salah oranglah!
“jom teman I kat bawah” ajak Daniel.
Dia dapat merasakan sesuatu yang kurang enak terjadi disitu.
“you
tak kerja ke hari ni?” soal Daniel yang mematikan lamunan Farshah sebentar
tadi. Farshah memandang sekilas ke arah Daniel yang sudah lengkap berpakaian formal
untuk ke pejabat.
Kejadian
yang berlaku di bilik bacaan semasa di rumah Daniel tempoh hari selalu bermain
difikirannya. Farshah tidak tahu apa yang sudah dia lakukan sehinggakan ibu
Daniel membencinya begitu sekali.
Farshah menggeleng.
“hari tu time you dengan ibu ada
kat dalam bilik bacaan, ada ibu cakap apa-apa?” Daniel mula mengorek rahsia
kerana dia dapat merasakan ada sesuatu yang terjadi sejak mereka pulang dari
rumah Puan Sri Syazmin.
Farshah mula berfikir. Mesti ke aku
bagi tau Daniel? tapi kalau aku bagi tau pun, Daniel nak percaya ke? Dah
semestinya dia cakap aku buat cerita pulak.
Farshah mengambil keputusan untuk
tidak memberitahu, dia menggelengkan kepala.
DANIEL
yang baru menerima panggilan dari Datuk Arsyad sebentar tadi terus bergegas
pergi ke syarikat ayah mentuanya itu.
Tok… Tok… Tok… Daniel mengetuk
pintu.
“masuk” arah Datuk Arsyad yang
sedang menyemak dokumen.
Daniel membuka pintu sambil
memberikan salam dan berjalan masuk menuju ke arah Datuk Arsyad, Daniel
menghulurkan tangan.
“waalaikumsalam, cepatnya Niel
sampai. Duduklah” Datuk Arsyad membalas huluran tangan Daniel.
“kebetulan Niel ada meeting dengan klien kat area sini, tu
yang terus datang sini jumpa daddy”
“Farshah macam mana? Dia boleh
terima Niel?” soal Datuk Arsyad yang bimbang akan anak sulungnya yang sorang itu.
Daniel tersenyum bila memikirkan
karenah isterinya itu.
“kenapa? Farshah ada susahkan Niel
ke?” tanya Datuk Arsyad lagi yang risau.
“tak de lah daddy, Farshah tak
pernah susahkan Daniel” ujar Daniel yang ingin menyedapkan hati Datuk Arsyad.
Tak pernah menyusahkan aku? Pandai
betul kau tipu ye Daniel! Dialah manusia yang paling suka susahkan aku! Sebelum
kahwin pun dah macam-macam yang dia buat, inikan pulak bila dah kahwin!
“Perangai
Farshah tu susah nak dijangka, keras kepala! Daddy harap Niel perbanyakkan
bersabar dengan karenah dia”
“Niel
tak kesah macam mana pun perangai Farshah, asalkan dia sanggup hidup dan lalui
semua dugaan dengan Niel” bohong Daniel, hakikatnya dia sendiri pun mahu
termuntah dengan ayat yang keluar dari mulutnya itu sendiri.
Keras
kepala? Kita tengok siapa yang keras kepala nanti!
“kebetulan tengah bercakap pasal
perkara ni, boleh tak kalau Niel nak minta kebenaran daddy?” Daniel teringat
tentang sesuatu yang difikirkan sebelum ini.
“cakaplah”
“kalau Niel nak bawak Farshah
tinggal dengan Niel boleh?” berhati-hati Daniel bertanyakan soalan, dia tidak
mahu Datuk Arsyad berkecil hati.
Datuk Arsyad terdiam sebentar
seperti memikirkan sesuatu.
“Niel faham kalau daddy tak
benarkan” pantas Daniel membuka mulutnya semula setelah melihat Datuk Arsyad
yang sedang termenung.
“jangan salah faham, daddy lupa yang
Farshah dah bersuami. Selagi Niel bergelar suami kepada Farshah, bawalah dia ke
mana saja Daniel pergi. Tempat seorang isteri adalah disisi suami, daddy takkan
halang” Datuk Arsyad tersenyum.
Daniel yang mendengarnya berasa
lega.
“terima kasih daddy”
“Niel nak duduk kawasan mana? Nanti
daddy arrangekan” Datuk Arsyad
memberikan tawaran.
“terima kasih daddy, tapi Niel dah
sediakan dari awal lagi. Itupun kalau Farshah tak kesahlah sebab rumah yang Niel
sediakan tu tak sebesar rumah daddy” Daniel berasa sedikit risau.
“tak kesahlah kecil atau besar,
asalkan ada tempat untuk kamu berdua berteduh”
“tapi macam mana Niel nak ajak
Farshah pindah? Mummy bagi ke?”
“macam mana Niel nak bawa Farshah tu
daddy tak tahu, Niel fikirkanlah idea tu sendiri. Kalau pasal mummy, tahulah
daddy uruskan nanti” jawab Datuk Arsyad bersahaja.
Daniel yang mendengarnya sudah
tersenyum sehingga ke telinga setelah mendapat green light dari ayah
mentuanya itu untuk berpindah.
“baliklah rumah selalu, kesian mummy
tu nanti rindu kat Farshah” tambah Datuk Arsyad lagi.
“yang tu daddy dengan mummy jangan
risau”