22 June 2013

yes! aku terima kau bab 18

BAB 18

“PENATNYA! Rasa nak tercabut kaki aku ni, bibir aku ni pun dah cramp sebab asyik senyum” keluh Farshah setelah habis sahaja majlisnya di hotel itu tadi.

            “kau ingat kau sorang je? aku ni lagi penat tau! Kau okey lagi sebab duduk, aku ni kena berdiri je sebelah kau” omel Isya yang menjadi pengapitnya sebentar tadi.

            “kau penat? Menipu je lebih, kau ingat aku tak perasan ke yang kau asyik senyum-senyum macam nyah kat jalan Haji Taib bila tengok muka si Hadzrin tu. Aku yang tengok pun seram!” sindir Farshah. Isya yang mendengarnya menjengkilkan mata tanda tidak puas hati.

            “nyah? Kau ni kan!” Isya berpura-pura untuk mencekik Farshah. Akhirnya tawa mereka berdua meletus.

            “Ev… Macam mana kau boleh terima untuk kahwin dengan Daniel?” pertanyaan dari Isya ini membuatkan Farshah yang sedang tertawa serta merta terdiam.

            “Daniel tu kaya, hari-hari aku boleh shopping kalau kahwin dengan dia. Lepas ni tak payahlah susah payah aku kerja, aku cuma kena duduk rumah goyang kaki je. Ye la, nak buat apa kerja kalau laki aku dah kaya” jawab Farshah bersahaja.

            “ha? Kau ni betul ke tak Ev?” dahi Farshah disentuh.

            “betullah! Orang lain beriya nak kahwin dengan orang kaya, aku? Boleh pula aku tolak si Daniel, kalau kahwin dengan Daniel tu boleh diibaratkan dapat duit cash bergerak yang tak pernah habis tau tak” kata Farshah lagi.

            “kau ni biar betul Ev” Isya tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Farshah.

            “inilah Farshah Irdiana Eva yang sebenarnya kalau kau nak tahu” Farshah bangun sambil mengibar-ngibarkan rambutnya.

            “ceh… Takkan sebab tu je?” soal Isya lagi.

            “mana tau populariti aku makin meningkat bila kahwin dengan Daniel” kata Farshah lagi.

            “Ev… Kau ni biar betul? Kau ingat kau tengah main masak-masak ke sekarang ni” Isya mengecilkan matanya.

            “aku tahu dan aku sedar apa yang tengah berlaku” balas Farshah.

            “tapi…”

            “macam mana dengan Hadzrin? Suka? Minat?” potong Farshah.

            “erk… erm… Aku balik dululah ye, bye Ev” Isya mencium kedua belah pipi Farshah sebelum tergopoh-gopoh keluar dari bilik hotel tersebut.

            “Isya! Kalau kau balik, sape yang nak hantar aku balik? Kau tunggulah aku kejap” jerit Farshah.

            “suami tercinta kau tu ada, baliklah dengan dia” Isya melambai-lambaikan tangan.

            “alaaa Isya, tunggulah kejap”

            “tak nak” Isya menggeleng dan terus menghilang.

            “tak pe Isya, ada hari aku balas” kata Farshah sendirian.


YOU tak nak balik ke?” tanya Daniel yang melihat Farshah masih lagi tidak berganjak dari bilik hotel itu.

            Farshah senyap! Masih lagi tidak membuka mulut sejak semalam tanda protes.

            “daddy, mummy, Aleeya, dengan Isya dah balik, tak kan lah you nak balik dengan teksi. Nanti apa pula kata dorang, dah lewat malam ni” kata Daniel lagi meskipun Farshah masih diam membisu.

“tak guna you nak marah I sebab bukan I yang paksa you untuk ikut I dengan Isya balik hari tu. You sendiri yang nak balik kan?” Daniel bergerak perlahan menuju ke arah Farshah.

Farshah kembali mengingati kejadian semasa dia melarikan diri tempoh hari. Sewaktu Daniel, Isya dan Aleeya sudah melangkah pergi, kata-kata Isya bermain di fikirannya dan disaat itu jugalah dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Daniel. Walaupun perit untuk menerima hakikat itu, dia redha dan hanya mampu berserah. Dia yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“hari ni kita balik rumah mummy okey” pujuk Daniel lagi, dia menguntumkan senyuman manis.

Farshah mengangguk perlahan.

good, macam ini lah isteri I” kepala Farshah diusap. Farshah tersenyum hambar.

Masuk air ke Daniel ni? Dia ingat aku budak tadika ke!


“FARSHAH baru balik sayang? Mesti penat kan?” sapa Datin Elliya. Farshah tidak mengendahkan mummy-nya, dia terus mendaki tangga menuju ke bilik.

            “Farshah penat sangat tu mummy” kata Daniel yang ingin menyedapkan hati ibu mertuanya itu.

            “mungkin” jawab Datin Elliya sayu.

            “kalau macam tu, Daniel naik dululah ye mummy. Assalamualaikum” pamit Daniel seraya menyalami tangan Datin Elliya.

            Pintu bilik Farshah dibuka perlahan, dilihatnya Farshah sedang berada di balkoni sambil memandang langit yang penuh dengan bintang yang bergemerlapan. Daniel mengorak langkah menuju ke arah isterinya.

            “kenapa you buat mummy macam tu?” Daniel bersandar pada pintu lungsur sambil berpeluk tubuh.

            Farshah masih lagi senyap, dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun kecuali Isya.

            “I’m talking too you” kata Daniel lagi setelah melihat Farshah yang masih lagi berdiam diri.

            “tak guna you nak berdiam diri, semua yang berlaku ni atas kehendak you sendiri. You tak boleh nak salahkan mummy daddy, ini keputusan you. I dengan Isya tak pernah paksa you untuk ikut kita orang balik semasa di hotel Marion’s tempoh hari” terang Daniel.

            Farshah melangkah masuk ke dalam bilik, kata-kata Daniel tidak dibalas.

            Memanglah korang tak paksa! Tapi kalau aku tak ikut korang balik, mesti sekarang ni mummy daddy tengah tanggung perasaan malu. Aku ni tak adalah kejam sangat sampai nak lukakan hati mummy dengan daddy.

Comforter dan dua biji bantal diambil dari katil. Farshah bergerak menuju ke bilik wardrobe.

            “you tidurlah sini, I tidur dekat sofa” Daniel mengalah.

            Farshah menggeleng, pintu bilik wardrobe ditutup dan dan di kunci dari dalam.

            Tak nak aku kongsi bilik dengan dia! Nasib baik bilik ni ada aircond, kalau tak memang aku tak tahulah nak tidur dekat mana.


FARSHAH yang terjaga dari lenanya setelah mendengar suara seseorang lantas bangun dan membuka pintu bilik wardopenya itu sedikit untuk melihat ke arah bilik tidurnya. Dia terpaku sebentar melihat Daniel yang sedang mengalunkan ayat suci al-Quran, Farshah berasa tenang mendengarnya.

            Farshah selalu mendengar alunan yang sama semasa di UK, Azhim! Ya, Azhim! Setiap kali Farshah mengunjungi rumah Azhim untuk mengajaknya keluar makan, dia selalu terdengar ayat suci itu dibaca oleh Azhim. Fikirannya kembali mengingati Azhim.

            “you dah bangun? Baguslah, subuh pun dah nak masuk. Bolehlah kita berjemaah” tegur Daniel yang melihat Farshah seolah-olah sedang mengintai.

            Farshah tersentak, fikirannya kembali ke alam nyata. Dia mengeluh perlahan. Solat? Dia sudah lama tidak menunaikannya, bukan dia tidak tahu. Daddy dan mummy juga pernah mengajarnya semasa kecil, sewaktu di peringkat sekolah pun cikgu mengajarnya cara-cara untuk solat. Tetapi dia lalai dan tidak menunaikannya.

            “kenapa ni?” tanya Daniel lembut. Tangan Farshah ditarik duduk di birai katil.

            Farshah menggelengkan kepala.

            “you tak tahu macam mana nak solat?” soal Daniel lagi berhati-hati. Takut mengecilkan hati isterinya itu.

            Farshah menggeleng lagi.

            “then?”

            Farshah diam, masih lagi melancarkan mogok iaitu dengan mendiamkan diri.

            “holiday?” tanya Daniel lagi. Dia menayangkan sebaris senyuman nakal.

            Muka Farshah mula membahang, malu!

            Mulalah tu, suka sangat usik aku. Marah Farshah difikirannya.

            “dah azan tu, I nak pergi ambil wudhuk balik. You kerja tak hari ni?” soal Daniel yang sudah bangun dari kedudukannya.

            Farshah menggelengkan kepala.

            Daniel mengusap kepala Farshah sebelum berlalu pergi ke bilik air.

            Suka sangat buat aku macam ni, ingat aku ni budak-budak ke! Rambutnya dikemaskan semula dengan jari.


            Hurm… Baik aku sambung tidur balik. Mulutnya yang menguap ditutup.


6 comments:

  1. Replies
    1. insyaAllah nantik bila saya free, saya update lagi.

      Delete
  2. Kat uk dia pergi rumah hadRin ke adhim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang kat uk tu rumah azhim ,, hadzrin tu kawan daniel, banyak sangat watak ea? nantik saya kurangkan watak2 yg tk penting ni, hehe .. terima kasih baca :)

      Delete
  3. ohoo lama nya nk tgu n3...lupa dh jln cite. .hihihi nk kne bca blik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat masukkan n3 >.< lupa dah? sebab saya lambat masukkan n3 sampai lupa dah, hehe

      Delete

terima kasih kerana menjadi followers