27 June 2013

yes! aku terima kau bab 19

BAB 19

“MAK Mah tolong hantarkan makanan ke bilik Farshah, dari pagi dia tak jamah apa-apa. Keluar dari bilik pun tak, saya risaulah” Datin Elliya mulai bimbang.

            “baiklah Datin” Mak Mah menuju ke dapur.

Farshah yang sedang membaca komen-komen di instagram dan tweet ucapan tahniah daripada rakan-rakannya itu mengeluh perlahan. Handphone yang dipegang diletak tepi, malas untuk meneruskan pembacaanya lagi.

Lambakan bungkusan hadiah yang pelbagai saiz dan warna di sudut bilik dipandangnya sepi, dia memang suka akan hadiah pemberian orang tetapi tidak pada kali ini.

Makanan yang dihantar oleh Mak Mah sebantar tadi dijamahnya sedikit bagi mengalas perut yang kosong, selepas itu dia kembali berbaring di katil.

Apalah nasib aku lepas ni? Farshah mengeluh lagi.


BUNYI pintu yang dibuka dan ditutup semula menyedarkan Farshah dari lenanya. Farshah sengaja menutup kembali matanya kerana dia tidak perlu meneka siapa yang sedang memasuki biliknya itu.

            Daniel menarik kerusi di meja solek dan duduk berhadapan dengan Farshah, dia hanya memandang Farshah yang sudah membungkus dirinya seperti mumia.

            “sudah-sudahlah tu berlakon tidur, you tu model bukannya pelakon. Dah petang ni, takkanlah you nak tidur lagi” perli Daniel.

            Eh! Macam mana dia tahu aku cuma pura-pura tidur ni? Farshah masih lagi tidak bergerak.

            “I cakap dengan you okey” Daniel mula mengorak langkah dan duduk bersebelahan Farshah. Senyuman nakal mula terukir di bibirnya.

            Farshah sudah tidak tentu arah bila dia dapat merasakan katil yang dihuni olehnya seperti dipanjat seseorang, mata Farshah dipejam lagi rapat.

            Daniel sengaja meniup telinga Farshah.

            Farshah yang terkejut dengan perbuatan Daniel itu terus terduduk daripada baringannya, Daniel dipandang tajam.

            “you nak apa?! Kalau sehari tak kacau I tak boleh ke?” tanya Farshah geram.

            “I dah kejut you dengan cara elok you tak nak bangun, pura-pura tidur pula” Daniel tersengih.

            “I memang tidur okey! You yang kejutkan I guna cara kotor, tu yang I terkejut terus terbangun” tipu Farshah.

            “cara kotor? Macam mana tu? Boleh you tunjukkan?” sakat Daniel.

            “malaslah I nak layan you!” Farshah bergerak menuruni katil.

            “tadi ibu call, dia nak sangat jumpa you. Sebelum nikan ibu tak sempat nak berkenalan dengan you, apa kata kalau hari ni kita balik rumah I pulak” cadang Daniel.

            Farshah yang mendengarnya terus berpaling semula memandang Daniel dan menggelengkan kepala tanda tidak bersetuju.

            “suka hati youlah, tapi ibu I berharap sangat. Kalau you tak turun dalam masa setengah jam, I akan balik seorang. Nanti kalau ibu call, pandai-pandailah you jawab” Daniel bergerak keluar dari bilik.

            Ni yang aku malas! Suka sangat buat aku rasa bersalah. Farshah mengeluh, dia melangkah ke kamar mandi untuk membersihkan diri.


KERETA yang dipandu Daniel memasuki kawasan perumahan elit, Farshah yang berada disebelah Daniel hanya menjadi pemerhati. Dia sengaja menyepikan diri dari tadi tanda protes tidak mahu mengunjungi rumah ibu Daniel.

            “welcome home” ucap Daniel setelah kereta yang dipandunya membelok memasuki ke sebuah rumah yang sangat indah dari segi dekorasinya dan dua kali ganda lebih besar dari rumah yang dihuni oleh Farshah dan keluarganya.

            Farshah tergamam sebentar melihat rumah yang berada dihadapannya itu.

            “jomlah masuk” ajak Daniel. Dia keluar dari perut kereta, kemudian diikuti Farshah.

            “ibu call pagi, dah nak malam baru kamu sampai ye Niel. Lama ibu tunggu” tegur Puan Sri Syazmin yang sudah berdiri dihadapan pintu menyambut menantu barunya.

            “Niel ada hal siang tadi, tu yang lambat” jawab Daniel.

            “hal kamu tu kalau tak lain dan tak bukan mesti kerja, sama dengan ayah kamu. Apalah nasib kita berdua ni Farshah” Puan Sri Syazmin memandang Farshah beserta dengan mimik muka sedih.

            Farshah yang melihat telatah dua beranak itu tergelak.

            “dahlah tu ibu, tak nak ajak kita orang masuk ke? Penat menantu ibu ni berdiri” Daniel menjeling Farshah yang berdiri bersebelahannya.

            “ya Allah! Lupa pula, jomlah masuk” Puan Sri Syazmin menepuk dahinya.

            “inilah rumah ibu, kecil je. Mulai sekarang Farshah buatlah macam rumah sendiri, kalau bosan tengok muka Daniel tu datanglah sini jenguk ibu” Puan Sri Syazmin menunjukkan rumahnya.

            Farshah sekali lagi tergamam melihat susun atur rumah tersebut, bukan hanya diluar yang kelihatan cantik tetapi didalamnya juga cantik. Boleh dilihat dengan mata kasar kebanyakan barangan dirumah Daniel ini adalah import. Farshah mengakui yang rumah Daniel itu lebih besar dan mewah jika dibandingkan dengan rumahnya sendiri.

            “duduklah Farshah, ibu nak ke dapur” pelawa Puan Sri Syazmin.

            Daniel sudah pun berbaring di sofa sambil menyilangkan kaki dengan tangan yang memegang remote untuk mencari rancangan yang sesuai. Farshah yang melihatnya mencebik.

            Kalau dekat rumah aku jangankan baring sambil tengok tv, silang kaki pun tak pernah. Plastik betul Daniel ni, pandai kau berlakon!

            “pergilah dapur” Daniel mencuit Farshah.

            Farshah memandang Daniel dengan tanda tanya.

            “tolong ibu, pergilah cepat. Apa punya menantulah macam ni”

            “no way!” jawab Farshah.

            “ibu… Kalau Farshah nak tolong ibu, boleh ke?” jerit Daniel kuat.

            “marilah sini” balas Puan Sri Syazmin.

            Farshah sudah membulatkan matanya pada Daniel, nak tak nak terpaksa juga dia melangkah ke dapur.

            Daniel tersenyum tanda kemenangan miliknya.

            “duduk sini Farshah, jangan ikutkan sangat Niel tu. Dia kalau bab mengenakan orang memang nombor satu” Puan Sri Syazmin menolak kerusi sebelahannya.

            Farshah hanya menuruti.

            “bik… Perkenalkan ini menantu sulung saya, Farshah Irdiana Eva” Puan Sri Syazmin memanggil pembantu rumahnya yang sedang membancuh air itu.

            Pembantu rumah tersebut menghulurkan tangan sambil tersenyum.

            Farshah memandang ke arah Puan Sri Syazmin, akhirnya dia membalas huluran tangan itu diikuti dengan senyuman terpaksa.

            “nanti kalau dah siap airnya, hantar ke depan ye bik” pinta Puan Sri Syazmin.

            “ikut ibu kejap, ada perkara yang ibu nak bincangkan” Puan Sri Syazmin mengorak langkah menaiki tangga menuju ke ruang tamu kedua ditingkat dua rumah tersebut.


“TAMBAHLAH lagi Farshah, jangan malu” jemput Puan Sri Syazmin.

            Farshah hanya menayangkan senyuman plastik.

            “mana yang lain ibu? Tak balik lagi ke?” soal Daniel.

            “macam biasalah… Ayah kamu outstation, Syafrina ada dikondo dia. Ibu pun kadang-kadang bosan duduk seorang dekat rumah ni, Niel dengan Farshah duduklah sini temankan ibu” pinta Puan Sri Syazmin.

            Farshah menelan air liur yang di rasakan berpasir.

            Ha?! Duduk sini? Tak nak aku! Kalau Daniel nak, biar dia sorang je. Aku takkan ikut! Farshah hanya mendiamkan diri dan menunggu jawapan dari mulut Daniel.

            “Niel boleh je, tapi Farshah susahlah nanti ibu. Jauh dari tempat kerja” bohong Daniel. Dimana tempat Farshah bekerja pun dia tidak pernah tahu.

            Farshah yang mendengarnya berasa lega dengan jawapan yang keluar dari mulut Daniel itu.


“BETUL ke Niel dengan Farshah tak nak tidur sini temankan ibu?” soal Puan Sri Syazmin sekali lagi.

            “betul ibu, esok Farshah dah mula kerja dia balik. Jadual Farshah pun penuh” jawab Daniel yang sedang menyarungkan kasut.

            “kerja… Kerja juga Farshah, jangan jadi macam Niel. Sampai kesihatan sendiri pun dah tak terjaga” Puan Sri Syazmin memeluk Farshah erat.

            Farshah hanya tersenyum, dia lebih kepada mendiamkan diri daripada banyak bercakap seperti kebiasaanya pada hari ini.

            “Niel balik dululah bu” Daniel menyalami tangan Puan Sri Syazmin.


            “bawa kereta elok-elok” pesannya lagi.



22 June 2013

yes! aku terima kau bab 18

BAB 18

“PENATNYA! Rasa nak tercabut kaki aku ni, bibir aku ni pun dah cramp sebab asyik senyum” keluh Farshah setelah habis sahaja majlisnya di hotel itu tadi.

            “kau ingat kau sorang je? aku ni lagi penat tau! Kau okey lagi sebab duduk, aku ni kena berdiri je sebelah kau” omel Isya yang menjadi pengapitnya sebentar tadi.

            “kau penat? Menipu je lebih, kau ingat aku tak perasan ke yang kau asyik senyum-senyum macam nyah kat jalan Haji Taib bila tengok muka si Hadzrin tu. Aku yang tengok pun seram!” sindir Farshah. Isya yang mendengarnya menjengkilkan mata tanda tidak puas hati.

            “nyah? Kau ni kan!” Isya berpura-pura untuk mencekik Farshah. Akhirnya tawa mereka berdua meletus.

            “Ev… Macam mana kau boleh terima untuk kahwin dengan Daniel?” pertanyaan dari Isya ini membuatkan Farshah yang sedang tertawa serta merta terdiam.

            “Daniel tu kaya, hari-hari aku boleh shopping kalau kahwin dengan dia. Lepas ni tak payahlah susah payah aku kerja, aku cuma kena duduk rumah goyang kaki je. Ye la, nak buat apa kerja kalau laki aku dah kaya” jawab Farshah bersahaja.

            “ha? Kau ni betul ke tak Ev?” dahi Farshah disentuh.

            “betullah! Orang lain beriya nak kahwin dengan orang kaya, aku? Boleh pula aku tolak si Daniel, kalau kahwin dengan Daniel tu boleh diibaratkan dapat duit cash bergerak yang tak pernah habis tau tak” kata Farshah lagi.

            “kau ni biar betul Ev” Isya tidak percaya dengan apa yang keluar dari mulut Farshah.

            “inilah Farshah Irdiana Eva yang sebenarnya kalau kau nak tahu” Farshah bangun sambil mengibar-ngibarkan rambutnya.

            “ceh… Takkan sebab tu je?” soal Isya lagi.

            “mana tau populariti aku makin meningkat bila kahwin dengan Daniel” kata Farshah lagi.

            “Ev… Kau ni biar betul? Kau ingat kau tengah main masak-masak ke sekarang ni” Isya mengecilkan matanya.

            “aku tahu dan aku sedar apa yang tengah berlaku” balas Farshah.

            “tapi…”

            “macam mana dengan Hadzrin? Suka? Minat?” potong Farshah.

            “erk… erm… Aku balik dululah ye, bye Ev” Isya mencium kedua belah pipi Farshah sebelum tergopoh-gopoh keluar dari bilik hotel tersebut.

            “Isya! Kalau kau balik, sape yang nak hantar aku balik? Kau tunggulah aku kejap” jerit Farshah.

            “suami tercinta kau tu ada, baliklah dengan dia” Isya melambai-lambaikan tangan.

            “alaaa Isya, tunggulah kejap”

            “tak nak” Isya menggeleng dan terus menghilang.

            “tak pe Isya, ada hari aku balas” kata Farshah sendirian.


YOU tak nak balik ke?” tanya Daniel yang melihat Farshah masih lagi tidak berganjak dari bilik hotel itu.

            Farshah senyap! Masih lagi tidak membuka mulut sejak semalam tanda protes.

            “daddy, mummy, Aleeya, dengan Isya dah balik, tak kan lah you nak balik dengan teksi. Nanti apa pula kata dorang, dah lewat malam ni” kata Daniel lagi meskipun Farshah masih diam membisu.

“tak guna you nak marah I sebab bukan I yang paksa you untuk ikut I dengan Isya balik hari tu. You sendiri yang nak balik kan?” Daniel bergerak perlahan menuju ke arah Farshah.

Farshah kembali mengingati kejadian semasa dia melarikan diri tempoh hari. Sewaktu Daniel, Isya dan Aleeya sudah melangkah pergi, kata-kata Isya bermain di fikirannya dan disaat itu jugalah dia membuat keputusan untuk berkahwin dengan Daniel. Walaupun perit untuk menerima hakikat itu, dia redha dan hanya mampu berserah. Dia yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“hari ni kita balik rumah mummy okey” pujuk Daniel lagi, dia menguntumkan senyuman manis.

Farshah mengangguk perlahan.

good, macam ini lah isteri I” kepala Farshah diusap. Farshah tersenyum hambar.

Masuk air ke Daniel ni? Dia ingat aku budak tadika ke!


“FARSHAH baru balik sayang? Mesti penat kan?” sapa Datin Elliya. Farshah tidak mengendahkan mummy-nya, dia terus mendaki tangga menuju ke bilik.

            “Farshah penat sangat tu mummy” kata Daniel yang ingin menyedapkan hati ibu mertuanya itu.

            “mungkin” jawab Datin Elliya sayu.

            “kalau macam tu, Daniel naik dululah ye mummy. Assalamualaikum” pamit Daniel seraya menyalami tangan Datin Elliya.

            Pintu bilik Farshah dibuka perlahan, dilihatnya Farshah sedang berada di balkoni sambil memandang langit yang penuh dengan bintang yang bergemerlapan. Daniel mengorak langkah menuju ke arah isterinya.

            “kenapa you buat mummy macam tu?” Daniel bersandar pada pintu lungsur sambil berpeluk tubuh.

            Farshah masih lagi senyap, dia tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun kecuali Isya.

            “I’m talking too you” kata Daniel lagi setelah melihat Farshah yang masih lagi berdiam diri.

            “tak guna you nak berdiam diri, semua yang berlaku ni atas kehendak you sendiri. You tak boleh nak salahkan mummy daddy, ini keputusan you. I dengan Isya tak pernah paksa you untuk ikut kita orang balik semasa di hotel Marion’s tempoh hari” terang Daniel.

            Farshah melangkah masuk ke dalam bilik, kata-kata Daniel tidak dibalas.

            Memanglah korang tak paksa! Tapi kalau aku tak ikut korang balik, mesti sekarang ni mummy daddy tengah tanggung perasaan malu. Aku ni tak adalah kejam sangat sampai nak lukakan hati mummy dengan daddy.

Comforter dan dua biji bantal diambil dari katil. Farshah bergerak menuju ke bilik wardrobe.

            “you tidurlah sini, I tidur dekat sofa” Daniel mengalah.

            Farshah menggeleng, pintu bilik wardrobe ditutup dan dan di kunci dari dalam.

            Tak nak aku kongsi bilik dengan dia! Nasib baik bilik ni ada aircond, kalau tak memang aku tak tahulah nak tidur dekat mana.


FARSHAH yang terjaga dari lenanya setelah mendengar suara seseorang lantas bangun dan membuka pintu bilik wardopenya itu sedikit untuk melihat ke arah bilik tidurnya. Dia terpaku sebentar melihat Daniel yang sedang mengalunkan ayat suci al-Quran, Farshah berasa tenang mendengarnya.

            Farshah selalu mendengar alunan yang sama semasa di UK, Azhim! Ya, Azhim! Setiap kali Farshah mengunjungi rumah Azhim untuk mengajaknya keluar makan, dia selalu terdengar ayat suci itu dibaca oleh Azhim. Fikirannya kembali mengingati Azhim.

            “you dah bangun? Baguslah, subuh pun dah nak masuk. Bolehlah kita berjemaah” tegur Daniel yang melihat Farshah seolah-olah sedang mengintai.

            Farshah tersentak, fikirannya kembali ke alam nyata. Dia mengeluh perlahan. Solat? Dia sudah lama tidak menunaikannya, bukan dia tidak tahu. Daddy dan mummy juga pernah mengajarnya semasa kecil, sewaktu di peringkat sekolah pun cikgu mengajarnya cara-cara untuk solat. Tetapi dia lalai dan tidak menunaikannya.

            “kenapa ni?” tanya Daniel lembut. Tangan Farshah ditarik duduk di birai katil.

            Farshah menggelengkan kepala.

            “you tak tahu macam mana nak solat?” soal Daniel lagi berhati-hati. Takut mengecilkan hati isterinya itu.

            Farshah menggeleng lagi.

            “then?”

            Farshah diam, masih lagi melancarkan mogok iaitu dengan mendiamkan diri.

            “holiday?” tanya Daniel lagi. Dia menayangkan sebaris senyuman nakal.

            Muka Farshah mula membahang, malu!

            Mulalah tu, suka sangat usik aku. Marah Farshah difikirannya.

            “dah azan tu, I nak pergi ambil wudhuk balik. You kerja tak hari ni?” soal Daniel yang sudah bangun dari kedudukannya.

            Farshah menggelengkan kepala.

            Daniel mengusap kepala Farshah sebelum berlalu pergi ke bilik air.

            Suka sangat buat aku macam ni, ingat aku ni budak-budak ke! Rambutnya dikemaskan semula dengan jari.


            Hurm… Baik aku sambung tidur balik. Mulutnya yang menguap ditutup.


terima kasih kerana menjadi followers