17 May 2013

yes! aku terima kau bab 9


BAB 9

SELESAI sahaja sesi fotografi, farshah terkocoh-kocoh keluar dari studio tersebut setelah di telefon berulang kali oleh sahabat baiknya itu. Sejak bilalah Isya ni jadi seorang yang tak penyabar, ni mesti dah terikut-ikut perangai aku.

Farshah yang terdengar iphonenya mendendangkan lagu untuk sekian kalinya dengan pantas tangannya menyeluk ke dalam beg bimbit.

Farshah yang meraba-raba isi kandungan begnya sejak dari tadi itu tidak berjaya menjumpai telefonnya lalu dia menunduk sedikit supaya dapat melihat ke dalam beg bimbitnya.

Banyak betul barang yang aku letak dalam beg ni, dah macam poket doraemon pula. Si Rina ni bukan nak tolong kemas kan, tapi ada ke personal assistant buat kerja macam tu?

“ish! Isya nikan, saja je call aku banyak kali” omel Farshah sendirian yang merasakan Isya yang menelefonnya, tangan Farshah masih lagi ligat mencari telefon bimbitnya itu sambil berjalan menuju ke tapak parking.

Bukkk!! Bunyi Farshah yang terjatuh bagaikan nangka busuk akibat terlanggar wanita muda di hadapannya, wanita yang dilanggar oleh Farshah sebentar tadi terus memandangnya sambil tersenyum sinis.

“yang kau jadi tugu peringatan dekat tengah jalan ni kenapa!” hambur Farshah pada wanita muda tersebut.

“orang kalau jalan guna mata bukan guna mulut!” herdik wanita muda itu.

“ada kau nampak aku ni jalan guna mulut ke” balas Farshah

“baguslah kalau kau sedar yang kau tu guna mata, kau yang langgar aku lepas tu sekarang nak marah-marah aku pulak”

Farshah yang mendengarnya berasa berkepul-kepul asap keluar dari telinganya.

“kalau kau tak jadi patung cendana dekat tengah-tengah jalan ni, aku takkan terjatuh tau tak” marah Farshah yang bercekak pinggang.

“jatuh sikit pun nak bising, anak manja betul!” jawab wanita muda tersebut sambil menjeling.

“memang aku bisinglah, macam mana kalau ada anggota badan aku yang tercedera. Kau ingat badan aku ni kereta, senang dapat spare part dekat kedai” balas Farshah panjang lebar.

“kalau mulut kau dah asyik membebel macam burung kakak tua ni, aku rasa kau tak apa-apa” kata wanita tersebut bersahaja.

Baru sahaja Farshah ingin membalas, ada seseorang yang terlebih dahulu bersuara.

“Farshah! Kenapa ni?” tanya Daniel yang baru berada disitu sambil memaut wanita muda tersebut.

Dia ni lagi, boleh tak kalau sehari aku tak jumpa dia. Kalau aku jumpa dia je mesti ada perkara buruk yang terjadi.

“tak de apa-apa lah” jawab Farshah yang menjeling ke arah wanita muda tersebut sebelum berlalu pergi.

Dah ada girlfriend tapi nak kahwin dengan aku, ini lah lelaki . Tak pernah cukup seorang, tamak betul! Memang padanlah kau orang berdua, aku boleh jamin kalau Daniel kahwin dengan perempuan gila ni memang dengan dia sekali jadi k.o. Tapi aku macam pernah nampaklah perempuan tu, tapi dekat mana eh?

Farshah terus berjalan menuju ke tapak parking.

Ishhh mana pulak Rina ni, ye pun bukalah dulu pintu kereta ni. Tak delah aku kena terconggok dekat tepi kereta, dia ingat pantai ke dok berjemur bawah matahari.

Setelah menunggu Afrina hampir sepuluh minit, akhirnya kelibatnya kelihatan.

you pergi mana Rina, dah lah lambat lepas tu jalan terhegeh-hegeh macam siput sedut” marah Farshah.

“maaf cik Farshah! Saya terlambat sebab tadi mummy cik Farshah call, dia suruh saya ingatkan cik untuk pergi ke boutique” jawab Afrina panjang lebar.

“pergi boutique? Nak buat apa?” tanya Farshah pelik.

try baju pengantin untuk perkahwinan cik Farshahlah”

I rasa tak payahlah, sekarang hantar I jumpa Isya kat tempat biasa” arah Farshah.



“ADA apa kau call aku banyak kali Isya?” tanya Farshah.

“saja” jawab Isya pendek.

“aku ingat kau ada emergency case, kelam-kabut aku habiskan photo shoot sampai aku ‘tergolek’ masa nak angkat call kau” jawab Farshah yang risau akan keselamatan sahabat baiknya itu.

“tergolek?” tanya Isya pelik.

“aku jatuhlah”

“macam mana boleh jatuh?” tanya Isya lagi.

“sebab ada tiang bergerak yang berdiri tengah jalan”

“tiang bergerak?” Isya bertanya lagi beserta mimik muka pelik.

“apa-apalah, ada apa kau nak jumpa aku sangat ni Isya?” tanya Farshah pula.

“aku just nak tunjuk ni dekat kau” jawab Isya sambil menghulurkan helaian surat khabar yang di pegangnya sejak dari tadi.

“apa ni?”

“kau baca jelah” arah Isya.

“model terkenal bakal melangsungkan perkahwinan bersama tokoh usahawan muda” Farshah membaca tajuk berita hiburan tersebut.

“tokoh usahawan muda tu Daniel ke?” sambung Farshah lagi.

“mestilah Daniel, takkanlah aku pulak” jawab Isya diselangi ketawa.

“kau ni kan Isya, serious boleh tak. Kau beriya jumpa aku sebab nak bagi tahu hal ni je”

“bukanlah, aku nak offer diri aku ni untuk jadi wedding planner kau. Boleh tak?”

“bila aku cakap aku nak kahwin?”

“semalam”

“itu daddy aku yang nak kahwin dengan Daniel, bukan aku”

“mummy kau bagi ke?” Isya bertanya soalan bodoh.

Farshah yang mendengarnya terus menampar bahu sahabatnya itu.

“Eva!! Sakitlah” marah Isya.

“tau pun, siapa suruh kau mengarut”

“kau yang mengarut, aku pula yang kena”

“kalau kau dekat tempat aku, apa yang kau buat Isya?” tanya Farshah serius.

“kalau aku dekat tempat kau, aku rasa bersyukur sangat sebab dapat bakal suami sebaik Daniel”

“aku pula rasa bersyukur sangat sebab sebelum kahwin aku dah dapat tau yang Daniel tu sewel” kata Farshah lalu tergelak terbahak-bahak.

“ni aku malas nak cakap dengan kau” jawab Isya yang bengang dengan sikap sahabatnya itu.

sorry Isya, kenapa kau cakap Daniel tu baik?” tanya Farshah lagi

“bukan aku yang cakap tapi hati aku yang bagi tau”

Farshah yang mendengarnya terus ketawa lagi.

“hati kau hantar massage dekat kau ke Isya?”

Isya yang mendengarnya terus memasamkan muka.

Farshah terus berhenti ketawa setelah melihat muka sahabat baiknya itu.

Isya ni kalau dah merajuk, susah aku nak pujuk kang!

sorry again, okey aku serius. Kenapa aku tak pernah nampak kebaikan Daniel?” tanya Farshah.

“sebab kau selalu nampak keburukan berbanding kebaikan dia, so walaupun dia berbuat baik macam mana sekalipun kau tetap tak nampak”

Farshah terdiam setelah mendengar kata-kata sahabatnya itu.

“cubalah fikir ke arah positive” tambah Isya lagi.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers