17 May 2013

yes! aku terima kau bab 8


BAB 8

     AKU mesti pujuk mummy supaya batalkan semua perkara mengarut ni, cuma mummy sorang je yang boleh tolong aku buat masa sekarang.

Farshah terus turun dari katil dan berjalan menuruni tangga untuk mencari datin Elliya.

“selamat pengantin baru kak long!” jerit Aleeya pada Farshah sambil tersenyum.

Farshah yang mendengarnya terus mengangkat muka, dilihat Aleeya sedang membelai Kitty yang berada di pelukannya.

Ish budak nikan! Aku dahlah tengah serabut otak sekarang ni, saja je nak buat aku hangin monsun timur laut aku datang pagi-pagi macam ni.

“Aleeyaaa!” teriak Farshah yang bengang akan kata-kata adiknya itu sambil berjalan menuju ke arah Aleeya.

Aleeya yang melihat terus dia meletakkan Kitty ke lantai dan berlari menuju ke ruang tamu. Farshah yang melihat terus mengejarnya, apabila tiba diruang tamu Farshah terdengar suara orang mentertawakannya. Lantas Farshah melihat ke arah suara tersebut dan dia melihat Daniel sedang duduk bersila di atas sofa.

Ni lagi seorang manusia yang buat taufan katrina aku datang, pagi-pagi macam ni dah jadi semak-samun dalam rumah aku.

“buat apa datang sini?” tanya Farshah tidak puas hati. Aleeya terus berlalu pergi kerana tidak mahu mengganggu perbualan tersebut.

“ibu I yang paksa I datang sini” jawab Daniel sambil memandang Farshah dari atas hingga ke bawah.

you belum mandi lagi ke?” sambung Daniel lagi.

Farshah yang mendengar pertanyaan tersebut terus dia teringat yang dia baru sahaja bangun dari tidur dan terus turun ke bawah untuk mencari mummy tanpa membersihkan diri dulu.

“suka hatilah, jangan nak menyibuk boleh tak” balas Farshah yang menutup perasaan malunya itu.

“patut lah muka you ada air liur basi” kata Daniel yang menunjuk ke arah wajah Farshah.

Farshah yang mendengarnya terasa seperti sebakul cili merah di simbah ke wajahnya.

“Farshah! Mummy tahulah yang Farshah ni tak sabar nak jumpa Daniel, tapi mandilah dulu” Farshah yang mendengar Datin Elliya bersuara tidak jadi untuk menjawab kata-kata Daniel yang menyakitkan hati sebentar tadi.

“Farshah excited sangat nak jumpa future husband, tu yang sampai terlupa nak mandi” jawab Farshah sambil menjeling pada Daniel.

Setelah melihat Datin Elliya berlalu ke dapur, Farshah terus berbisik pada Daniel “kejap lagi kita bincang pasal ni”

       
     FARSHAH sengaja mengambil masa yang agak lama untuk bersiap supaya dia tidak perlu bersarapan bersama Daniel. Setelah berpuas hati melihat penampilan diri di hadapan cermin, Farshah terus turun ke ruang makan untuk bersarapan.

Farshah yang baru sahaja melabuhkan punggungnya terus mengangkat muka selepas mendengar kerusi dihadapannya ditarik.

Huh! aku ingat dia dah balik sebab tunggu aku bersiap lama sangat.

“sejak dari tadi Daniel tunggu Farshah sebab nak breakfast sama-sama” ucap Datin Elliya.

“oh ye ke mummy, ni yang buat Farshah bertambah-tambah sayang dekat dia” jawab Farshah bersama senyuman yang dibuat-buat itu.

“Farshah layan Daniel baik-baik, mummy nak pergi siram pokok bunga” kata Datin Elliya yang tersenyum memandang Daniel.

“adinda junjung perintah wahai bonda ku sayang, Farshah akan layan Daniel ‘sebaik’ yang boleh” balas Farshah yang sudah mempunyai rancangan itu.

“eh kejap mummy, mana yang lain? Dari Farshah turun tadi tak nampak pun semua orang” tanya Farshah berpura-pura prihatin.

“daddy main golf dengan ayah Daniel, Aleeya pergi tuisyen”

maid mana mummy?” tanya Farshah lagi.

“seorang pergi pasar, seorang lagi ada di laundry. Kenapa Farshah tiba-tiba tanya?” soal Datin Elliya pula yang pelik akan sikap anak sulungnya itu yang tidak pernah mengambil tahu aktiviti orang yang berada di sekelilingnya.

“saja” jawab Farshah pendek sebelum melihat Datin Elliya berlalu.

Setelah memastikan ruang makan tersebut hanya tinggal mereka berdua, Farshah terus memandang Daniel sambil tersenyum.

“sayang, sendukkan I nasi lemak tu” pinta Farshah yang sengaja menggunakan panggilan tersebut.

you ni kenapa? mesti kepala you terhantuk dekat tab mandi, tu yang jadi tak betul” jawab Daniel yang tersenyum.

Farshah yang mendengar terasa telinganya berasap.

you ni kelakarlah sayang, cepatlah ambilkan nasi lemak tu” balas Farshah yang menahan amarah itu.

Daniel yang melihat perubahan Farshah tersebut terus berasa pelik.

“tangan you ada lagikan, so ambil sendiri” perli Daniel.

“ala sayang, sampai hati you kan” jawab Farshah yang sengaja menggunakan nada lembut itu.

stop calling me sayang” kata Daniel yang mula berasa tidak selesa.

“kalau I berkasar you tak suka, bila I dah berlembut pun you tak suka”

“ini bukan berlembut tapi lebih kepada gedik!”

“sayang, janganlah macam tu” rengek Farshah yang sengaja menaikkan lagi rasa meluat Daniel.

you ni kenapa Farshah?” tanya Daniel.

you tak suka ke kalau I panggil you sayang?” tanya Farshah pula yang bangun dari kerusinya lalu pindah ke sebelah Daniel.

“memang I tak suka sebab cara you cakap menakutkan I” jawab Daniel yang memandang pelik ke arah Farshah di sebelahnya.

Kalau kau kata cara aku cakap tu menakutkan, aku yang cakap ni lagilah rasa nak muntah pelangi.

you ni comellah sayang bila cakap macam tu” kata Farshah sambil mengenyitkan mata pada Daniel.

you ni bukan setakat menakutkan, menyeramkan pun ada” balas Daniel yang menjarakkan dirinya dari Farshah.

“sebab tu you kena batalkan perkahwinan ni, you nak ke hidup dengan orang yang menyeramkan macam I ni sayang” ucap Farshah sambil menyenduk nasi lalu mengambil sambal udang dan diletakkan ke dalam pinggannya. Sebelah kakinya diletakkan ke atas kerusi manakala yang sebelah pula berada di bawah.

“mana boleh I batalkan perkahwinan ni” jawab Daniel selamba.

Nasi lemak yang sedang dikunyah oleh Farshah terus tersembur pada wajah Daniel akibat terkejut mendengar jawapannya itu.

you ni kenapa Farshah! Boleh tak you makan dengan cara yang sopan” ucap Daniel sambil mengelap butir-butir nasi yang berada di wajahnya itu.

“ulang balik apa yang sayang cakap tadi” balas Farshah yang menekan perkataan sayang.

I tak boleh batalkan perkahwinan ni”

Farshah yang mendengarnya terus membulatkan mata.

“kenapa tak boleh pulak, entah-entah kau yang gatal nak kahwin dengan akukan” teka Farshah.

Daniel berasa lega kerana Farshah tidak lagi memanggilnya sayang.

you beri I sebab yang munasabah kenapa you kata I yang gatal nak kahwin dengan you” jawab Daniel yang geram dengan sikap serkap jarang Farshah itu.

“sebab aku model yang terkenal, mesti kau nak tumpang kepopularitian aku kan” balas Farshah dengan riak.

“daripada I ambil you sebagai isteri, lebih baik I ambil cleaner yang tahu menjaga auratnya. You makan lah kepopularitian you tu sampai kenyang sebab I tak rasa terliur pun” balas Daniel panjang lebar.

Farshah yang mendengarnya terus mencebik.

Kalau macam tu kahwin jelah dengan cleaner tu, tak payah aku bersusah-payah fikir macam mana nak batalkan wedding ni.

“baguslah kalau macam tu! Sekarang aku nak keluar pergi photo shoot, kau tolong fikir macam mana nak batalkan perkahwinan ni” kata Farshah yang malas berbalah dengan Daniel lagi.

“Aku cuma ada dua idea buat masa ni, pertama kau kena kahwin dengan perempuan lain ataupun yang kedua kau tak payah datang masa upacara akad nikah nanti. Kau fikirlah cara mana satu yang kau nak guna, okey sayang” sambungnya lagi.

Daniel yang mendengarnya terus melopong kerana terkejut mendengar idea yang tidak bernas itu.

you ni memang masuk airlah Farshah! You dengar sini, pertama I boleh kahwin sampai empat dan cara kedua tu lebih baik you je yang tak payah hadir sewaktu majlis tu sebab I tak kan sekali-kali memalukan ibu dan ayah I di khalayak ramai” terang Daniel yang membuat muka serius.

Betul jugak apa yang Daniel cakap, macam mana aku boleh lupa yang lelaki boleh kahwin sampai empat. Kalau aku hilang waktu upacara akad nikah tu mesti daddy dengan mummy malu sangat sebab perkahwinan diantara aku dengan Daniel dah diumumkan kat media.

“kalau macam tu, you fikirlah cara lain” balas Farshah sebelum berlalu pergi.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers