17 May 2013

yes! aku terima kau bab 7


BAB 7

     SETELAH memasuki ruang tersebut, keluarga Farshah dan keluarga Daniel diminta untuk duduk di kerusi yang telah disediakan. Farshah yang tergamam akan kejadian yang sedang berlaku itu hanya menurut sahaja, Daniel pula duduk bersebelahan Farshah.

Apa yang sedang berlaku ni? Someone please tell me!!

Farshah menghantar isyarat mata pada mummy untuk meminta penjelasan akan situasi yang terjadi sekarang tetapi hanya dibalas dengan senyuman sahaja.

Farshah memandang tajam pula ke arah daddynya yang berada di sebelah kanannya, tapi daddynya itu tidak mengendahkannya dan memandang ke hadapan sahaja.

Okey sekarang ni memang surprise sangat sebab mummy dengan daddy buat dek je.

Ayah Daniel mengambil microphone yang berada di hadapannya lalu didekatkan padanya.

“saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana menghadiri press conference yang dibuat secara mengejut ini, saya membuatnya secara tiba-tiba adalah kerana ingin mengumumkan tentang majlis yang bakal kami adakan tidak lama lagi” ucapnya sebagai pembuka kata.

Press conference untuk majlis apa? Takkanlah setakat nak promote baju kena buat press conference? Hebat betul mummy ni.

“saya serahkan kepada Datuk Arsyad untuk mengumumkan perkara tersebut” tambahnya lagi.

Daddy terus mengambil microphone tersebut.

press coference yang dibuat ini adalah untuk mengumumkan perkahwinan diantara anak perempuan saya iaitu Farshah Irdiana Eva bersama pasangannya Muhammad Daniel Hafiy” kata daddy yang tersenyum itu.

Farshah yang terkejut mendengarnya hanya mampu berpura-pura tersenyum sahaja manakala Daniel pula terus memandang ke arah ayahnya meminta penjelasan.

Oh may god! Nonsense!

Habis sahaja daddynya mengumumkan perkara tersebut, Farshah terus menarik lengan daddynya itu bertanya dengan lebih lanjut.

are you kidding me? Kenapa mesti Farshah daddy?” bisik Farshah yang cuba menahan amarahnya itu.

Tetapi pertanyaan itu dibiarkan berlalu sepi oleh daddynya. Farshah yang melihatnya hanya mampu tersenyum kerana dia berhadapan dengan bagitu banyak wartawan.

“majlis perkahwinan ini bakal diadakan dua minggu lagi dari sekarang, semua yang berada di sini dijemput hadir bagi memeriahkan lagi majlis tersebut” kata mummy sambil tersenyum manis.

Dua minggu lagi? Eh kenapa mummy tak cakap esok je, lagi ‘bahagia’ aku yang mendengarnya. Aku kenal Daniel pun baru sebulan, itu pun dia dah buat hidup aku jadi tunggang-langgang. Fikiran Farshah terus melayang sehinggalah majlis tersebut tamat, kemudian diikuti dengan jamuan makan.

Habis sahaja jamuan makan tersebut, Farshah terus bangun berlalu pergi tanpa menyalami ‘ibu dan ayah mertuanya’. Daddy yang turut memanggilnya hanya dibiarkan sahaja.

Tangan Farshah pantas mendail number seseorang.


sETELAH Farshah melihat Isya yang baru sahaja berada di situ, dia terus menuju padanya lalu memeluk sahabatnya itu sambil menangis tersedu-sedan.

Isya yang terkejut melihat Farshah menangis lantas bertanya

“kenapa kau menangis ni Ev? Anything wrong, please tell me” pujuk Isya sambil membawa Farshah duduk di kerusi restaurant tersebut kerana mereka telah menarik perhatian beberapa pengunjung yang sedang menjamu selera di situ.

“aku rasa macam nak mati sekarang ni Isya, kenapa mummy dengan daddy buat aku macam ni?” kata Farshah yang masih menangis sambil membetulkan kedudukan cap dan cermin mata hitam yang digunakan supaya wajahnya tidak kelihatan oleh orang lain.

“sabar Ev, parents kau buat apa?” tanya Isya sambil mengelap air mata Farshah yang deras mengalir itu.

“dia orang buat press conference mengejut cakap aku akan kahwin dengan Daniel dua minggu dari sekarang, apa salah aku sampai daddy dengan mummy buat perkara macam ni” jawab Farshah.

“lah ye ke, congratulation Ev. Aku baru nak mengorat si Daniel tu, kalau macam ni tak jadilah” balas Isya yang cuba membuat sahabatnya itu tersenyum.

“Isya! Kalau kau nak ganti tempat aku pun boleh, dipersilakan”

“oh my princess, mana boleh you cakap macam tu” sampuk Daniel yang tiba-tiba muncul itu.

Farshah yang mendengarnya terus mencebik manakala Isya tersenyum.

“kau nak apa lagi Daniel?! tak cukup lagi ke kau dah tunggang-langgangkan hidup aku sebelum ni, tambah lagi stupid things yang baru terjadi tadi. Jangan nak tambahkan lagi masalah aku boleh tak!” hambur Farshah setelah melihat Daniel duduk berhadapan dengannya.

I datang sini nak jumpa Isya, yang you ni marah-marah macam orang gila kenapa” jawab Daniel sambil mengenyitkan matanya pada Isya.

Ye! Memang aku dah gila, gila sebab perkara yang baru terjadi tadi.

shit!” luah Farshah sambil mengetuk meja lalu pergi ke tandas.

     APABILA Farshah kembali semula pada meja yang ditinggalkan sebentar tadi terus matanya membulat kerana meja tersebut kosong, dia pantas berjalan keluar dari restaurant itu untuk mencari Isya tetapi hampa kerana bayangannya pun tidak kelihatan di situ.

Farshah melihat jam di pergelangan tangannya dan ia menunjukkan 12.15a.m. Lantas Farshah teringat akan beg tangan yang ditinggalkan pada Isya sewaktu dia ke tandas.

Alamak! Macam mana ni, phone ada dalam handbag. Tadi datang sini pun driver daddy yang hantar.

Tiba-tiba sebuah kereta yang berada di hadapan Farshah membunyikan hon, Farshah terus mengangkat muka untuk melihat siapa disebalik cermin tinted itu. Cermin tersebut diturunkan lalu wajah Daniel kelihatan di situ.

you nak tidur dekat sini atau I hantarkan you balik?” tanya Daniel yang memandang ke arah Farshah.

Ish! Mamat ni lagi, aku ingatkan dia pergi dating dengan Isya tadi. Nak hantar aku baliklah konon, tah-tah nanti kau jual aku pula!

you tak nak balik ke? Mummy you suruh I hantar anak dia balik sekarang sebab dah lewat malam ni” kata Daniel lagi setelah melihat Farshah yang sudah jauh mengelamun.

“eh tak pelah, aku tak sudi pun” jawab Farshah sambil menjeling.

I pun bukan nak sangat hantar you balik, membazir petrol je. Jangan nak salahkan I kalau terjadi apa-apa kat you, bye!” balas Daniel yang menutup semula cermin keretanya itu.

Kedekut petrol! Aku boleh belikan stesen minyak tu terus kalau kau nak, tapi guna duit daddylah sebab duit aku tak banyak.

Kata-katanya itu tak terluah setelah melihat keadaan sekeliling yang gelap.

“eh kejap Daniel!” panggil Farshah sambil menahan cermin kereta itu daripada terus tertutup.

Daniel yang mendengarnya terus menurunkan kembali cermin keretanya.

“kau ni layak jadi driver aku je, bukan future husband” sambung Farshah lagi sambil masuk ke dalam perut kereta di bahagian penumpang belakang.

Daniel yang melihatnya mengangkat kening menghantar persoalan pada Farshah.

Dia ingat aku ni driver dia ke, suka hati dia je duduk belakang. Sukalah tu buat aku ni macam balaci dia.

“Daniel” panggil Farshah setelah melihat keadaan yang sunyi sepi sejak tadi.

Daniel tidak menyahut tetapi hanya memandang Farshah sekilas.

“kau dah tau ke pasal press conference sebelum ni?” tanya Farshah.

“tidak sopan jika seorang wanita memanggil bakal suaminya dengan panggilan kasar sebegitu rupa” kata Daniel sambil tersenyum sinis.

Mamat ni kenapa? Sebelum ni okey je, sekarang pulak tiba-tiba nak kecoh. Baru jadi bakal suami dah macam ni, kalau jadi suami aku mesti lagi teruk. Correction, dia takkan pernah jadi suami aku okey.

“aku tanya lain, kau jawab lain! Bangang!” tempelak Farshah.

“Farshah Irdiana Eva binti Datuk Arsyad! Walaupun you tak hormatkan I sebagai bakal suami, at least you hormatkan orang yang lebih tua dari you!!” tengking Daniel yang tidak suka akan sikap Farshah yang kasar itu.

Gulp! Yang nak marah-marah aku ni kenapa, siap sebut nama penuh aku lagi. Aku taulah aku tengah tumpang kereta dia. Sabar jelah, kang tak pasal-pasal kena tinggal dekat sini.

Farshah teringat kembali akan kejadian yang berlaku di restaurant tempoh hari semasa dia memanggil Daniel dengan perkataan ‘bodoh’ dan akibatnya sampai sekarang dia masih mengingatinya.

“Farshah” panggil Daniel lembut setelah melihat Farshah yang lama terdiam.

“apa lagi!” jawab Farshah pendek.

sorry, I tak sengaja. I tak suka dengar wanita macam you ni mengeluarkan kata-kata kesat” terang Daniel.

“soalan aku tak jawab lagi” balas Farshah sambil memandang ke luar.

“tukar panggilan tu jadi lebih sopan sikit” kata Daniel lagi.

Aku campak juga kang Daniel ni masuk tanjung rambutan, ajarlah semua yang ada dekat situ cara bersopan. Gerenti dengan dia sekali yang jadi mereng.

“apa-apa lah” jawab Farshah.

I pun terkejut sangat time daddy you umumkan tadi, sebab sampai sekarang I rasa you ni tak layak langsung jadi isteri I” sindir Daniel.

Ni yang buatkan aku nak sumpah seranah si Daniel ni, menyampah betul! Kalau dah time mood angel memang baik gila tapi kalau mood evil dia dah datang, aku rasa nak backhand je.

“kalau aku tak layak untuk kau, kau tu seribu kali tak layak jadi suami aku!” hambur Farshah sebelum berlalu masuk ke dalam rumah setelah Daniel memberhentikan keretanya dihadapan villanya itu.

Aku memang tak layak jadi isteri kau sebab aku lagi layak jadi hantu buat masa sekarang ni, boleh aku cekik kau hari-hari. Daripada aku layan mamat yang perasan bagus tu baik aku tidur, lagi baik!

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers