17 May 2013

yes! aku terima kau bab 17


BAB 17

“SAH” kata kedua-dua orang saksi yang duduk bersebelahan Daniel, selepas itu doa di bacakan. Kini Farshah sudah sah menjadi isteri kepada Daniel.

            Datuk Arsyad sendiri yang menikahkan anaknya itu dengan Daniel, majlis akad nikah tersebut hanya dihadiri sanak saudara yang terdekat kerana ia adalah majlis tertutup, supaya para wartawan tidak berada di situ kerana akan menambahkan lagi keadaan Farshah menjadi lebih teruk dengan bermacam-macam soalan yang bakal ditanya.

            Habis sahaja mengaminkan doa, Farshah merasakan kepalanya berdenyut-denyut dan matanya mula berpinar-pinar. Dia memicit perlahan pelipisnya bagi mengurangkan rasa sakit.

            “kau okey tak Ev?” tanya Isya risau yang melihat Farshah.

            “aku o…” Farshah terus pengsan sebelum sempat menghabiskan ayatnya itu.

            Keadaan mula kelam-kabut sebentar setelah melihat Farshah terbaring.


FARSHAH yang baru tersedar mengurut perlahan pelipisnya yang masih berdenyut-denyut. Matanya memandang keadaan sekeliling, Datin Elliya yang berada disampingnya sejak dari tadi terus memeluk Farshah erat.

            “Alhamdulillah Farshah dah sedar” kata Datin Elliya.

            Farshah masih diam membisu, dia meleraikan pelukan Datin Elliya.

            “daddy…” Datuk Arsyad memulakan kata.

            Farshah melihat Datuk Arsyad yang sejak dari tadi duduk di sofa kini berjalan menuju ke arahnya, Farshah menarik kembali comforter dan menyelimuti kembali dirinya sehingga ke kepala.

            Datuk Arsyad terkedu, dia langsung tidak menjangka Farshah akan berkelakuan seperti itu. Datin Elliya faham akan keadaan anaknya yang sedang tertekan itu, lantas dia menarik tangan suaminya itu keluar dari situ. Dia tidak mahu fikiran Farshah tambah bercelaru.

            “Ev…” panggil Isya lembut.

            Farshah masih juga diposisinya.

            “Ev… Aku minta maaf pasal semalam” kata Isya yang merujuk perkara yang diucapkannya di bilik hotel semalam.

            Farshah tetap juga membatu, tidak mengendahkan sahabatnya itu.

            “kalau kau marah aku, cakaplah. Jangan diam macam ni” sambung Isya lagi yang melihat Farshah langsung tidak membuka mulut sejak dari tadi.

            “kalau macam tu aku keluar dululah Ev. Malam ni ada rehearsel untuk majlis resepsi kau esok, jangan tak datang pula” Isya mengingatkan. Diusapnya kepala Farshah yang dilitupi dengan comforter sebelum berlalu pergi.

            Setelah keadaan dibiliknya dirasakan tiada sesiapa, Farshah membuka comforter yang menutupi wajahnya. Dia mengeluh kasar.

            “orang lain masa akad nikah adalah hari yang paling bahagia, tapi you boleh pula pengsan. Penat mummy dengan daddy jawab pertanyaan dari tetamu yang datang” Daniel yang berada disitu sejak dari tadi terus bersuara setelah melihat Farshah yang tidak perasan akan kehadirannya di situ.

            Gulp! Farshah menelan air liur. Aku ingatkan dah tak de orang, apa Daniel ni buat dekat sini? Menyemak je!

            Farshah tidak membalas kata-kata Daniel.

            “next time kalau you nak pengsan ke nak pitam ke nak apa ke, tolong jangan depan I. Sebab nanti I juga yang kena angkat you, dah lah berat! I ingat model yang selim melim macam you ni ringan” perli Daniel yang sengaja ingin membuat Farshah naik angin.

            Apa? Berat? Dah tau berat buat apa kau angkat, biar jelah aku baring kat situ. Lagipun aku tak minta pun kau angkat aku! Marah Farshah dibenaknya.

            Farshah masih lagi diam, malas mahu melayan karenah Daniel yang sengaja membuat api kemarahannya semakin memuncak.

            Daniel perasan yang Farshah masih juga tidak membalas kata-katanya walaupun dia sengaja menyindirnya tadi. Akhirnya dia juga mengambil keputusan untuk keluar dari bilik itu dengan melayan tetamu-tetamu yang sedang menjamu selera selepas majlis akad nikah tadi.

            “nah you punya cincin, belum sempat I nak sarung you dah pengsan” ejek Daniel yang kembali membuka pintu. Diletaknya cincin itu ke atas kabinet kecil bersebelahan katil.

            Ingat bagus sangatlah perangai perli-perli macam tu! Farshah mencebik.


“EV… Sorry lah” kata Isya lagi sekali. Dia asyik mengikuti langkah Farshah sejak tadi dan sudah berulang kali ucapan maafnya itu tidak diendahkan oleh sahabatnya.

            Veil yang dipakai oleh Farshah dibuka dan disimpan kembali oleh pekerja Datin Elliya untuk dipakainya pada esok hari. Gaun yang akan digayakan oleh Farshah pada majlis resepsinya itu nanti direka khas oleh Datin Elliya sendiri. Setelah mengembalikan veil, Farshah kembali semula ke dewan untuk melihat acara yang seterusnya. Isya masih lagi mengikutnya dan tidak henti-henti memohon maaf, Farshah malas mahu melayan. Dia duduk di kerusi yang berada di hadapan pentas.

            Farshah melihat keadaan sekeliling dewan yang ditempah oleh mummy dan ibu Daniel itu, semua pekerja masih lagi ligat menyiapkan kerja masing-masing.

“kenapalah veil tu panjang sangat, rasa berat kepala aku nak jalan. Jadi penyapu pun ada juga” akhirnya Farshah bersuara setelah lama menguncikan mulut.

Isya senyap, tidak membalas.

Farshah terus memukul lengan Isya perlahan setelah menyedari apa yang diluahkannya sebentar tadi tidak didengari oleh Isya kerana matanya tidak lepas memandang ke atas pentas, disitu terdapat beberapa orang yang sedang menghias.

            “ha? Apa-apa? Sorry!” soal Isya yang mengalihkan pandangannya sekilas pada Farshah kemudian memandang lagi ke arah tadi.

            “aku tak marahkan kau pun” balas Farshah.

“betul ni?” Isya meminta kepastian.

Farshah mengangguk sambil tersenyum. Selepas itu dia perasan yang mata Isya dari tadi langsung tidak berganjak dari memandang ke pentas.

“kau minat Daniel ke? Dari tadi asyik pandang dia je” tanya Farshah yang memandang Daniel yang juga berada di atas pentas itu.

            “kau gila! Bukanlah” mata Isya dibesarkan.

            “habis tu kau tengok sape? Takkan lah kau tengok kawan Daniel tu pulak? Gatal!” kata Farshah yang merujuk kepada kawan Daniel yang akan menjadi pengapitnya.

            “erk! Eh! Tak… taklah, apa kau cakap ni” Isya tidak mengaku.

            “okey! Kau tunggu sini jap, aku ada hal” Farshah bangun dan menuju ke arah kawan Daniel itu.

            “weyh Ev! Kau jangan buat kerja gila, kau nak pergi mana?” Isya gelabah.

            Farshah tidak membalas kata-kata Isya dan terus pergi pada kawan Daniel tersebut.

            “err hai” sapa Farshah. Suaminya yang berada disebelah lelaki itu tidak diendahkan.

            “hai” balas lelaki tersebut.

            “nama I Farshah, and you?” Farshah memulakan sesi suai kenal.

            “Farshah Irdiana Eva right? Siapa yang tak kenal orang cantik macam you, I Hadzrin” puji Hadzrin.

            “you ni, buat I malu je” Farshah segan mendengar pujian dari Hadzrin itu. Mahu termimpi-mimpi aku malam ni dengar ayat tu, haha!

            “ehemmm” Daniel berdehem.

            “haha! Kau janganlah marah bro, aku bukan nak mengorat dia. Lagipun satu Malaysia dah tahu yang model meletop-letop ni kau punya” terang Hadzrin pada Daniel.

            “I ada hal nak cakap dengan husband I jap, you pergilah duduk dengan kawan I yang ada di bawah tu dulu. Mesti you penatkan dari tadi berdiri” Farshah menunjuk ke arah meja Isya.

            “kalau macam tu I pergi dululah” Hadzrin menuruni pentas. Isya menjengkilkan matanya pada Farshah, Farshah membalasnya dengan menjelirkan lidah.

            “apa yang you nak cakap pada I?” soal Daniel.

            Farshah mencebik.

            Aku bukan nak cakap dengan kau pun! Tadi tu cuma alasan je sebab aku nak tolong Isya kenal dengan kawan kau tu.


1 comment:

terima kasih kerana menjadi followers