17 May 2013

yes! aku terima kau bab 16


BAB 16

SETELAH beransur malam, Daniel sekeluarga dan Isya meminta diri untuk pulang ke rumah masing-masing.

            “ayah dengan ibu balik dulu, Hafiy ada hal kejap” Daniel mengejar Isya yang baru sahaja membuka pintu keretanya.

            “I rasa kita kena cari Farshah malam ni juga” kata Daniel.

            “ha? Nak cari kat mana? Kalau dia ada kat Malaysia lagi senang lah, macam mana kita nak cari dia yang entah-entah tengah tengok omputih berjemur kat tepi pantai” Isya cuba membuat lawak tetapi hampa kerana sedikit pun tidak kelihatan senyuman di wajah Daniel. Daniel membuat muka serius tanda tidak menyukai apa yang di perkatakan oleh Isya itu.

            “okey-okey! I tak cakap macam tu lagi, tapi nak cari dia kat mana?” tanya Isya lagi.

            “I dapat maklumat dari kawan I yang Farshah masih lagi di sini, dia belum keluar dari Malaysia” terang Daniel.

            “habis tu you nak start cari dia kat mana?” soal Isya. Orang kaya! Senang lah, buat je satu call dah boleh tau orang tu ada kat mana.

            “I pun tak pasti, dia ada kawan lain selain dari you?” Daniel menyoal lagi.

            “tak ada rasanya, kalau ada pun cuma kawan yang biasa-biasa” jawab Isya setelah lama memerah otak berfikir.

            “kalau macam tu, kita cari di semua hotel. Farshah mesti check in hotel sebab dah malam ni, mana lagi dia nak tidur selain hotel kan”

            “I dah suruh semua orang I cari dia dikesemua hotel mewah yang ada” tambah Daniel lagi. Farshah mengangguk tanda setuju.

            “tapi… Kalau kita tak jumpa juga?” Isya risau.

            “itu semua takdir, asalkan kita dah cuba sedaya yang mampu untuk cari Farshah” Daniel memasuki keretanya.

            Untung kau Ev dapat future husband yang betul-betul ambil berat macam ni, aku harap kau masih lagi ada di Malaysia.


DANIEL dan Isya telah pergi kesemua hotel terkemuka yang pernah dikunjungi Farshah tetapi hampa! Farshah tiada di situ, Isya mula buntu memikirkan ke mana arah tuju sahabatnya itu.

            “nak cari kat mana lagi ni? Semua hotel yang selalu Ev lepak pun dia tak ada?” tanya Isya yang mula risau.

            “you sure ke yang kita dah pergi semua hotel yang Farshah selalu datang?” soal Daniel pula.

            “ye! I sure sangat, I bukan kenal dia dua tiga tahun Daniel”

            “maknanya you tahu siapa Azhim tu?” Daniel mula menyoal.

            “I rasa you patut tanya Ev sendirilah” Isya merasakan Farshah lebih berhak menceritakan hal tersebut.

            “kenapa? I ni kan bakal suami dia, salah ke kalau I nak tahu” Daniel mula curiga.

            “kalau semalam memang you masih lagi bakal suami Ev, tapi hari ni? Sekelip mata perkataan tu berubah, Ev tak pernah macam ni Daniel. Keadaan dia yang sekarang ni cukup sama masa dia terima berita kematian Azhim, Ev nampak macam mayat hidup. Ev yang dulu dengan yang sekarang jauh berbeza, lepas dia balik Malaysia dia terus jadi macam orang lain sampai I sendiri pun tak percaya yang tu Ev” luah Isya yang mengingati kembali keadaan Farshah yang tidak boleh menerima berita kematian Azhim.

            “jadi macam mana? I tak faham lah” dahi Daniel berkerut-kerut.

            “Ev yang I kenal dulu berbeza dengan Ev yang sekarang, lain sangat! Bila dia ada masalah, mesti dia akan ceritakan pada I semuanya. Tapi sejak pemergian Azhim, dia dah mula pendam masalah dia sendiri sehingga sampailah satu tahap seperti kejadian pada hari ni. Sebelum ni kalau dia nak lepaskan tension mesti dia bagi tau mummy dia yang dia nak pergi UK, setiap kali dia pergi sana I mesti ikut sebab I risau kalau-kalau dia buat sesuatu diluar jangkaan. Selama tempoh dia berada di UK tu lah dia menangis setiap hari bila berjalan-jalan kat tempat yang mengingatkan dia pada Azhim, bila dia puas menangis barulah dia balik Malaysia. Bila dia balik sini, dia ceria sangat macam tak ada apa-apa yang pernah berlaku. Ev selalu berlagak happy sedangkan hati dia setiap hari teringatkan Azhim, I tak tau mana dia dapat kekuatan untuk sentiasa tersenyum” Isya menyeka air matanya apabila mengenangkan keadaan Farshah masa itu.

            “kenapa mesti di UK? Kenapa tak di Malaysia je?” soal Daniel lagi. UK? Ulu Klang? Ulu Kinta? Ke United Kingdom? Eh! Mestilah United Kingdom, kan Farshah study kat overseas.

            “Ev kan study di UK, masa itulah dia kenal dan bercinta dengan Azhim. Semua kenangan dia dengan Azhim ada di situ, kalau sampai je di UK mesti dia start cakap sorang-sorang. Dia macam dapat rasakan yang Azhim ada di sisi dia. Ev pergi sana sebab dia tak nak mummy dengan daddy dia tengok keadaan dia yang macam tu, dia tak nak mummy daddy dia risau kalau nampak keadaan dia yang tak bermaya tu” Isya merangkan keadaan Farshah yang sebenar.

            Nak nangis je pergi UK, dia ingat UK tu sebelah rumah dia ke? Senangnya dia habiskan duit, membazir! Omel Daniel dalam hatinya.

you tak rasa Farshah pergi UK ke sekarang ni?” teka Daniel.

“tak mungkin! dia takkan sekali-kali cerita pasal lelaki lain, terutamanya pasal perkahwinan ni di tempat yang penuh memori dia dengan Azhim” kata Isya yang masak benar perangai sahabatnya itu.

Telefon Daniel tiba-tiba berbunyi, Daniel pantas menjawab setelah melihat number yang tertera.

“macam mana?”

“Marion’s hotel?”

korang berjaga didepan pintu bilik dia! Pastikan dia tak perasan korang ada di situ dan jangan sekali-kali bagi dia keluar. Ikat dia kalau dia tetap berdegil nak keluar, aku sampai kejap lagi” kata Daniel yang berbaur arahan.

“kenapa Daniel?” tanya Isya cemas setelah melihat Daniel yang tergesa-gesa.

“orang I dah jumpa Farshah” jawabnya pendek.

“macam mana boleh cepat sangat you jumpa Ev?” tanya Isya lagi yang hairan.

guard rumah dia cakap Farshah naik teksi keluar dari rumah, so I suruh security check CCTV untuk tengok nombor plat teksi tu. Lepas dapat, I cari company teksi tu. It’s easy Isya, asalkan ada usaha” Daniel mula melangkah pergi.

“Daniel kejap! I ikut boleh?” pinta Isya.

“sekarang dah lewat malam, you baliklah. Nanti parents you risau pula” Daniel melihat jam dipergelangan tangannya.

I dah call mama tadi, dia tahu I takkan boleh tidur selagi tak jumpa Ev. Mama benarkan I untuk ikut you cari Ev” Isya tersenyum.

“lagi pun dia BFF I, I lagi faham dia berbanding you. Sekali you berkasar dengan dia, berkali ganda dia akan bertambah kasar” tambah Isya lagi.

“tapi takkanlah kita berdua je yang akan berada dalam kereta? Dah lewat malam sangat ni, I tak selesa. Lebih baik you balik” mohon Daniel.

I dah message Aleeya tadi, dia cakap dia nak ikut. Kita ambil Aleeya sekarang” Isya melayang-layangkan IPhonenya di hadapan Daniel.

“geliga betul otak you ni, tapi bagi tahu Aleeya jangan sampai mummy daddy dia tahu. I tak nak Farshah dipaksa balik” Daniel mengingatkan.
Isya mengangguk tanda mengerti.


SETELAH tiba dihadapan pintu bilik yang dihuni oleh Farshah, Daniel menyuruh lelaki-lelaki yang berjaga di situ untuk berlalu pergi. Setelah menarik nafas beberapa kali dan mengumpulkan kekuatan, Daniel mengetuk pintu.

            “room service ke? Takkan lah! Sebab aku tak panggil pun” omel Farshah yang pelik sambil berjalan menuju ke pintu dan melihat keluar melalui lubang yang ada di situ. Dia terkejut!

            Macam mana Daniel boleh tahu aku ada kat sini? Apa yang dia nak lagi? Kalau setakat nak cakap terima kasih kat aku sebab dah tolong dia batalkan perkahwinan ni, bila-bila pun boleh.

            Daniel mengetuk pintu itu lagi tapi masih juga tidak di buka.

            “Farshah! I tahu you ada kat dalam, baik you buka sebelum I pecahkan pintu ni” jerit Daniel tidak dapat menahan amarahnya itu.

            “Daniel!” tegur Isya cuba menenangkan Daniel.

            Lamunan Farshah terus hilang setelah mendengar jeritan tersebut. Gila apa jerit-jerit, nak bagi tau semua orang ke yang aku ada kat sini!

            “you nak apa? Kalau you datang semata-mata nak ucapkan terima kasih sebab I dah selamatkan you, baik you balik. I tak perlu ucapan terima kasih you tu” teka Farshah.

            “Ev… kau bukalah pintu, untie dengan uncle risau sangat pasal kau. Mummy kau tak berhenti daripada salahkan daddy kau” Isya terus memberitahu perihal yang sebenar tanpa mempedulikan Daniel yang baru sahaja ingin membalas kata-kata Farshah sebentar tadi.

            Farshah terdiam sebentar.

            “kak long …” panggil Aleeya perlahan.

            “Aleeya? Buat apa kat sini? Dah tengah malam, pergi balik! Nanti mummy dengan daddy risau” arah Farshah.

            “mummy dengan daddy lagi risau bila dapat tau kak long lari dari rumah, kak long baliklah. Mummy asyik nangis dari siang tadi, kak long tak kesiankan mummy ke?” tanya Aleeya. Air matanya diseka perlahan.

            Farshah membuka pintu, dipeluknya terus Aleeya.

            Daniel menarik Farshah dari pelukan Aleeya dengan kasar dan ditolaknya ke dinding, Farshah yang tidak sempat berbuat apa-apa itu terus terlekat pada dinding.

            Ouch! Sakitnya! Dia ingat aku ni cicak ke nak tolak sampai aku melekat kat dinding! Patutnya bersyukur sikit sebab aku bukakan pintu, tak de lah kau penat berdiri dekat luar!

            “Daniel!!!” marah Isya. Ditolaknya perlahan Daniel ke tepi sebelum membantu Farshah untuk berdiri semula.

            “apa masalah you ni ha?! You patut berterima kasih pada I sebab dah selamatkan you dari berkahwin dengan perempuan macam I! Bukan buat I macam ni!” hambur Farshah sambil menolak bahu Daniel berkali-kali.

            “you nak I buat macam mana? Melutut pada you? Cium kaki you? Tak pun you nak I bagi tau satu Malaysia yang I berterima kasih sangat pada you sebab dah bantu I dengan buat perkara bodoh macam ni? You ingat dengan lari dari rumah boleh selesaikan perkara ni? Kenapa you ni bodoh sangat ha?!” ditepis kasar tangan Farshah yang menolak bahunya.

            “bodoh? Lepas apa yang dah I buat untuk tolong you, you cakap I macam tu? You nak apa sebenarnya ni Daniel?” tanya Farshah serius.

            “dah lah tu Ev, kita orang datang bukan nak gaduh” pintas Isya dengan segera bagi mengelakkan sesuatu yang tidak dijangka bakal berlaku disitu jika Farshah dan Daniel masih lagi bertikam lidah.

            Farshah mendengus kasar, Daniel menyilangkan tangan dan berlalu duduk di atas kerusi yang berada di hujung katil. Aleeya terus memeluk bahu Farshah untuk menenangkannya.

            “kalau korang datang semata-mata nak pujuk aku balik rumah, batalkan je niat korang tu” kata Farshah jujur.

            “aku takkan paksa kau balik Ev, lagipun kau bukan budak kecil yang tak dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Aku datang cuma nak bagi tahu yang mummy dengan daddy kau risau sangat pasal kau, aku tak sampai hati tengok mummy kau yang tak henti-henti nangis. Aku tahu tak guna aku cakap panjang lebar sebab kau bukan nak dengar pun, aku harap kau gunalah akal kau tu untuk berfikir” pedas kata-kata dari Isya.

Farshah yang mendengarnya menelan air liur! Sejak hari pertama Farshah mengenali Isya, dia tidak pernah sama sekali mendengar Isya mengeluarkan ayat yang sebegitu tajam.

“a… aku… aku…”

“tak payah terangkan apa-apa kat aku sebab bukan aku yang akan tanggung perasaan malu bila media dapat tahu pasal ni” potong Isya.

Farshah mati ayat!

“kau sanggup buat macam ni pada orang yang dah jaga kau dengan sepenuh hati sejak dari kau lahir? Ini yang kau balas? Seronok ke kau kalau satu Malaysia kutuk dan caci mummy daddy kau sebab tak didik kau dengan baik? Macam mana mummy daddy kau nak terangkan pada media yang perkahwinan ni dibatalkan sebab pengantin perempuan iaitu anak kesayangan dia melarikan diri? Mana dia orang nak letak muka lepas ni? Macam mana Aleeya nak berhadapan dengan kawan-kawan dia disekolah lepas ni? Ada tak kau fikir semua perkara ni dulu?” bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut Isya.

Farshah terkedu mendengar pelbagai soalan dari Isya itu, dia tidak menjangka sama sekali yang Isya akan bertanya soalan yang langsung sama sekali tidak pernah terlintas difikirannya.
Farshah menggigit bibirnya, dia tidak tahu bagaimana harus menjawab pertanyaan itu.

“Daniel! Aleeya! Jom balik, tak guna kita nasihatkan orang yang keras kepala macam dia ni. Selfish!” Isya menarik tangan Aleeya keluar dari bilik tersebut, Aleeya hanya memandang Farshah dengan pandangan sayu. Daniel bangun dari kedudukannya dan menggelengkan kepala beberapa kali dihadapan Farshah.

Farshah mengeluh.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers