17 May 2013

yes! aku terima kau bab 15


BAB 15

HABIS sahaja melipat dan memasukkan baju-bajunya kedalam luggage, surat yang telah ditulis selepas balik daripada berjumpa Isya ditampal di atas cermin meja mekap yang berada didalam biliknya supaya senang dilihat.

            “Mummy… Daddy… Maafkan Farshah sebab dah jatuhkan air muka mummy dengan daddy, Farshah terpaksa juga buat macam ni” Farshah menyeka air matanya yang sudah mengalir deras apabila melihat gambar mereka sekeluarga yang berada di atas meja mekap itu.

            Farshah melangkah perlahan menuruni tangga sambil membimbit luggagenya itu. Sampai sahaja di depan pagar rumah dilihatnya teksi yang dia telefon sebentar tadi sudah berada di situ.

            “Cik Farshah nak pergi mana pukul tiga pagi macam ni?” tanya salah seorang pengawal yang menjaga di hadapan pintu pagar.

            “nak pergi hantar barang-barang ni kat Hotel sebab dia orang kena pasang sekarang juga, lusa kan saya dah nak kahwin” bohong Farshah.

            “tapi kenapa tak suruh Pak Akob hantar? Dah lewat sangat ni Cik Farshah, Datuk dengan Datin tahu ke?” pengawal tersebut risau.

            “eh tak apalah, Pak Akob dah tidur. Tak payahlah kejut, lagipun teksi tu kawan saya sendiri” bohong Farshah lagi.

            Cik Farshah ada ke kawan dengan orang yang pangkat setakat kerja teksi je? Pengawal itu pelik!

            “saya tanya Datuk dulu ye?” tanya pengawal yang sudah mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menelefon Datu Arsyad.

            Kau gila! Hish! Menyibuk je nak tau.

            “tak payahlah pak cik, daddy sendiri yang bagi kebenaran tadi” ucap Farshah.

            “baiklah Cik Farshah” pengawal tersebut membukakan pintu pagar.

“MAK Mah… Tolong kejutkan Farshah, dah tengahari ni. Nanti dia lambat pula pergi photo shoot, Rina dah call banyak kali tadi suruh dia datang cepat sebab Daniel ada meeting kejap lagi” arah Datin Elliya yang masak benar perangai anaknya itu yang sukar bangun awal.

            “baik Datin” Mak Mah hanya menurut dan berlalu pergi.

            “Farshah ni pun lagi satu, dah tahu hari ni ada sesi photoshoot dengan Daniel untuk majalah Diva pun boleh lagi bangun lambat. Apa nak jadi lah dengan dia ni” bebel Datin Elliya seorang.

            “Farshah tiada di bilik Datin, mungkin dia dah keluar awal” kata Mak Mah setelah melihat bilik Farshah kosong.

            “kalau macam tu, call Rina! Bagi tahu yang Farshah dah keluar dari tadi” arah Datin Elliya lagi sambil menyapu jem strawberi pada rotinya.

            “baik Datin” Mak Mah bergerak ke meja yang menempatkan telefon rumah.

            Datin Elliya menyuap perlahan roti ditangannya.

            “kenapa ni Mak Mah?” Datin Elliya pelik melihat Mak Mah yang sudah berkerut-kerut dahinya.

            “Rina cakap dia dah tunggu Farshah dekat nak sejam di situ, tapi Cik Farshah tak datang pun. Encik Daniel pun dah banyak kali telefon Farshah tapi tak dapat dihubungi” ujar Mak Mah.

            Datin Elliya mula tidak senang duduk, lantas mendail number Isya. Mungkin dia ada dengan Isya! Datin Elliya cuba menyedapkan hatinya.

            “Assalamualaikum Isya, Farshah ada dengan Isya ke?”

            “waalaikumsalam, tak de pun untie. Kenapa?” tanya Isya risau.

            “tolong untie carikan Farshah”

            “kenapa ni untie? Ev pergi mana?” Isya mula gelabah.

            “untie tak tahu dia keluar waktu bila, Rina dengan Daniel pun dah banyak kali call dia tapi dia off phone” Datin Elliya menerangkan perihal sebenar.

            “untie janganlah risau ye, Isya cari Farshah sekarang juga” kata Isya yang ingin menyedapkan hati Datin Elliya.

            “terima kasih Isya, assalamualaikum”

            Setelah Isya menjawab salam, talian diputuskan. Dia mula berasa risau apabila teringatkan apa yang diperkatakan Farshah semalam.

            “dah cari Farshah betul-betul ke dalam bilik dia?” tanya Datin Elliya lagi sekali pada Mak Mah.

            “sudah Datin” balas Mak Mah yang juga risau.

            “pergi cari dalam semua bilik di rumah ni, tanya pada semua orang sama ada nampak Farshah atau tidak” Datin Elliya mengeluarkan arahan sebelum bergerak semula menuju ke bilik Farshah.

            Dibukanya pintu bilik wardrobe yang berhubungan dengan bilik Farshah, kosong! Dibuka pula pintu bilik air, tiada juga. Dilihatnya pula pada balkoni, tetap tiada. Datin Elliya bergerak pula ke katil yang masih rapi, dia pelik! Kerana setiap hari pembantu rumahnya yang akan mengemas bilik anaknya itu. Mata Datin Elliya terpaku pada cermin mekap bersebelah katil! Dicapai kertas tersebut dan di bacanya, menggigil dia membacanya.

            “Mak Mah! Call Datuk Arsyad sekarang! Cakap yang Farshah dah lari dari rumah ni” jerit Datin Elliya pada pembantu rumahnya itu.

            “Ya Allah Farshah! Kenapa buat mummy dengan daddy macam ni” air mata yang deras mengalir dipipi diseka perlahan.

            “sabar Datin” Mak Mah cuba menenangkan Datin Elliya.

            “mana Liya tahu Farshah lari?” tanya Datuk Arsyad pada Datin Elliya sebaik sahaja sampai dirumahnya itu.

            Datin Elliya menyerahkan surat yang berada di tangannya.

            Datuk Arsyad terduduk setelah membaca surat tersebut, dia meraup wajahnya.

            “ini semua salah abang! Kalau abang tak paksa Farshah, hal macam ni takkan berlaku” Datin Elliya menyalahkan Datuk Arsyad.

            “bawa bertenang Liya, abang akan cari Farshah sampai jumpa” dikeluarkan telefon bimbitnya lalu Datuk Arsyad menghubungi seseorang.

            “abang nak cari Farshah di mana lagi? Sekarang ni dia mesti ada di atas kapal terbang, tak guna abang nak cari dia lagi” marah Datin Elliya. Datuk Arsyad diam!

            “Farshah pergi mana untie?” tanya Daniel yang baru sahaja menjejakkan kakinya setelah diberitahu oleh Mak Mah.

            Datin Elliya menarik kasar surat yang berada di tangan Datuk Arsyad dan diberikan pada Daniel.

Assalamualaikum mummy dengan daddy …
Bila mummy dengan daddy baca je surat ni, Farshah dah tak ada kat Malaysia ni lagi. Maafkan Farshah mummy sebab dah jatuhkan air muka mummy dengan daddy. Farshah nak ucapkan ribuan terima kasih sebab mummy dengan daddy jaga makan pakai Farshah selama 24tahun Farshah hidup. Didik Farshah sampai ke overseas, tak terbalas dengan kata-kata jasa baik mummy dengan daddy. Farshah bukan nak jadi anak derhaka tapi Farshah tak boleh terima mana-mana lelaki sejak kematian Azhim, disini Farshah nak berterus-terang yang Farshah sambung belajar di Malaysia setelah 2 tahun berada di UK adalah kerana Farshah tak boleh terima berita kematian Azhim. Mummy pun tahu kan yang Farshah sayang Azhim tu sangat-sangat. Farshah minta maaf sangat sebab mengecewakan daddy, Farshah sayang daddy tapi Farshah tak boleh daddy. Farshah dah cuba untuk tunaikan permintaan daddy tapi semakin Farshah cuba semakin kuat Farshah teringatkan Azhim. Harap daddy tak buat macam ni pada Aleeya.

Daniel sekeluarga…
Maaf sebab kecewakan untie dengan uncle, Daniel terlalu baik untuk dijodohkan dengan Farshah. Maaf lagi sekali kerana telah memalukan uncle dengan untie sekeluarga, tolong jangan ambil apa-apa tindakan ke atas keluarga Farshah kerana ini semua adalah salah Farshah sendiri. Farshah tidak sesuai menjadi menantu uncle dengan untie, carilah menantu yang menepati citarasa Daniel.

            “I cuma berharap isteri I seorang yang pandai menjaga auratnya”

Daniel teringat kembali kata-katanya tempoh hari, dia terkedu sebentar kerana dia adalah salah satu punca Farshah melarikan diri. Daniel menyambung kembali bacaanya.

Daniel, I memang tak layak untuk you. I dah cuba cari jalan penyelesaian lain tapi buntu! Inilah satu-satunya jalan yang I ada untuk menolong you daripada berkahwin dengan orang seperti I. Maafkan I kalau pemergian I menyebabkan pekerjaan you terjejas dan I berharap sangat semoga you dapat isteri yang lebih baik daripada I.

Isya…
Terima kasih sebab menjadi sahabatku yang paling memahami dan banyak menasihatiku ketika mempunyai masalah, tak ada orang yang boleh ganti tempat kau wahai sahabat. Aku mohon sangat, apa yang aku katakan semalam adalah benar. Tolong tengokkan keluarga aku tau, aku cuma percayakan kau seorang.

Salam sayang dari,
Fashah irdiana eva


Isya yang juga baru habis membaca surat tersebut terus terduduk! Farshah! Kenapa kau bodoh sangat buat macam ni? kenapa kau tak cakap kat aku je yang kau masih teringatkan Azhim? Kau kat mana sekarang ni Farshah?

Daniel mendail nombor seseorang.

“abang seronoklah sekarang bila tahu Farshah dah lari, abang puaslah sekarang. Liya dah banyak kali nasihatkan abang, jangan buat keputusan mengejut macam ni. Tapi abang tak dengar! Farshah tak pernah ingkar kata-kata abang tapi dalam soal yang macam ni kenapa abang nak tetapkan juga? Itu hak Farshah bang!” Datin Elliya meluahkan segala yang terbuku di hati.

“sabar untie, nanti Isya dengan Daniel akan cuba sedaya upaya cari Ev. Untie janganlah risau ye” Isya segera memeluk Datin Elliya yang sudah teresak-esak itu.

Daniel tidak mampu berkata apa-apa, otaknya juga sudah ligat berfikir.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers