17 May 2013

yes! aku terima kau bab 14


BAB 14

“DANIEL…” panggil Farshah lembut yang melihat Daniel menyuap makanannya.

           “tunggu I habis makan baru kita bincang”

            Farshah hanya menguis-nguis makanannya, seleranya mati sejak peristiwa press conference tempoh hari.

            “Daniel” panggil Farshah lagi setelah melihat pinggan Daniel licin.

            “kenapa you tak makan? Mummy you kata you mogok makan, mesti you lapar sekarang ni kan. Makan lah dulu” Daniel mengelap mulutnya menggunakan napkin sebelum diletakkan di atas meja.

            “dah kenyang, boleh kita bincang sekarang?” pinta Farshah.

            “kalau you datang jumpa I semata-mata nak batalkan perkahwinan ni, maaf! I memang tak boleh tolong you Farshah” luah Daniel jujur.

            “kenapa? I mohon sangat pada you Daniel, cuma you seorang yang boleh batalkan perkahwinan ni” panggilan kau aku sudah bertukar.

            “you nak I buat apa Farshah? Reporters pun dah tahu pasal perkara ni, you nak I kata pada dia orang yang ini semua cuma prank? You rasa dia orang semua percaya tak?” tanya Daniel pula.

            Farshah mengeluh, dia buntu.

            “kenapa tak you je yang batalkan?” tanya Daniel lagi.

            “I tak tau nak buat apa Daniel, banyak dah I cuba buat. You sendiri tengok tu! Disebabkan daddy I takut I lari, dia upah lelaki-lelaki tu semua supaya ada di sisi I” Farshah menunjuk ke arah tiga orang lelaki yang berada selang beberapa meja dengannya.

            “itu menunjukkan daddy you ambil berat”

            “I tak pernah bantah apa yang daddy cakap selama ni, tapi tak boleh ke I uruskan sendiri perkara yang melibatkan pasangan I. Ini melibatkan masa depan I Daniel, macam mana kalau rumahtangga yang kita bina tu musnah? You akan ceraikan I dan I akan jadi janda, kalau you jadi duda tak apalah. You lelaki, makin naik saham you lagi adalah. Lagi pun kita dua tak pernah kenal sebelum ni, macam mana nak bahagia? You kaya dan berkerjaya, mesti ramai lagi perempuan yang tergila-gilakan you. You ambillah seorang dan gantikan dia dengan I” luah Farshah panjang lebar.

            Daniel mengeluh.

            “kita tak tahu apa yang bakal terjadi di masa hadapan, you tak pernah hidup bersama I. macam mana you tahu rumahtangga kita takkan kekal lama? Kalau dah tertulis Farshah Irdiana Eva Binti Arsyad jadi isteri I sehingga nafas I yang terakhir, you tak boleh menolak takdir Farshah” tegas Daniel.

            “maknanya you terimalah I ni jadi isteri you?” tanya Farshah tanpa berselindung.

            “I cuma berharap isteri I seorang yang pandai menjaga auratnya” wajah Daniel dipalingkan memandang tempat lain.

            Tengok tu! Sindir aku lah tu, kalau tak sakitkan hati aku memang tak sah!

            “tak payah nak menyindir I Daniel, I tau yang you pun berharap sangat isteri you tu bukan I” kata Farshah yang menahan amarah.

            “kalau tiada apa-apa lagi, I kena masuk office sekarang” Daniel melihat jam tangannya.

            “Daniel… I mohon sangat pada you, tolong batalkan perkawinan ni” kata Farshah lagi sekali.

            “macam mana I nak tolong you sedangkan perkara ni semua orang dah tahu? I pun dah penat fikirkan perkara ni Farshah, bukan you seorang!” Daniel melihat Farshah yang sudah mengalirkan air matanya.

            “please Daniel, seumur hidup I tak pernah merayu sampai macam ni sekali” air matanya diseka perlahan sebelum memakai sunglasess yang dikeluarkan dari tas tangan bagi mengelakkan pelanggan yang berada di meja lain melihat air matanya.

            “tak guna you merayu pada I sebab I pun dah puas pujuk ibu dan ayah I” Daniel bangun dan terus berlalu pergi tanpa berpamitan dengan Farshah.

            Farshah bungkam!


LAGI beberapa hari adalah hari pernikahannya, persiapan semua sudah dibuat oleh mummy dan ibu Daniel. Dia tidak boleh berundur lagi jika sudah sah menjadi isteri Daniel. Cuma satu sahaja idea yang bermain di fikirannya sejak berjumpa Daniel tempoh hari. Farshah tekad melakukannya meskipun akan menjatuhkan air muka keluarga Daniel dan keluarganya sendiri. Dicapai telefon bimbitnya lalu didail number Isya.

            “aku tunggu kau kat Hotel Hilton lagi 30 minit” kata Farshah.

            “ha? Sekarang ke? Aku busy sikit lah” Isya terkejut.

            “please Isya” mohon Farshah.

            “ye lah ye lah, aku datang”

            Farshah lantas bersiap lalu meminta diri pada mummynya sebelum melangkah keluar, tiga orang lelaki suruhan Datuk Arsyad masih lagi mengikuti langkah Farshah.

            “ada apa kau nak jumpa aku Farshah? Macam penting je” Isya seolah-olah dapat membaca fikiran Farshah.

            “tak ada apalah, aku saja je nak jumpa kau. Lepas aku jadi isteri Daniel mesti dah tak ada masa nak lepak dengan kau” bohong Farshah.

            “kau dah nak kahwin, aku bilalah lagi kan” Isya menunjukkan riak sedih.

            “kalau kau nak kahwin, nanti aku suruh papa dengan mama kau carikan calon” Farshah saja menduga Isya.

            “kau gila! Tak nak lah aku jadi macam kau” membulat mata Isya.

            “kau pun tak nak, macam tu lah juga dengan aku” luah Farshah.

            “Ev! Kau janganlah macam ni, mummy dengan daddy kau mesti tau apa yang terbaik untuk anak dia” nasihat Isya.

            Senang kau cakap Isya, tapi aku yang rasa. Kau takkan pernah tau perasaan aku sebab kau tak pernah berada di tempat aku.

            “Ev… Kau okey tak ni? Aku tengok muka kau pucat je, kau tak sihat ke?” Isya risau melihat keadaan sahabat baiknya itu yang kelihatan seperti tidak bermaya.

            “aku sihat je lah, Isya… Boleh kau janji something dengan aku?” pinta Farshah.

            “boleh, apa dia?”

            “kalau aku tak ada nanti, boleh kau tengok-tengokkan keluarga aku?” kata Farshah tiba-tiba.

            “ha? Kau nak pergi mana?” Isya penuh tanda tanya.

            “tak pergi mana pun”

            “kau ni jangan nak jadi pelik-pelik boleh tak? Aku tak suka lah dengar” marah Isya.

            “mana ada pelik, kau tu ha yang pelik. Nanti kau selalu lah datang jenguk daddy dengan mummy aku tau, kau anggap je dorang tu macam keluarga kau sendiri. Aleeya dah nak SPM, kalau dia nak beli buku kau tolong temankan dia tau” pesan Farshah.

            “kau ni nak kenapa Ev? Cuba kau jujur dengan aku” Isya mula menghidu sesuatu yang kurang enak bakal terjadi.

            “nak jujur apa, aku cuma cakap je lah. Janganlah buat muka kau yang serius tu, kang tak ada orang nak kat kau bila tengok muka kau tu” Farshah tergelak bagi mengelakkan Isya dapat membaca fikirannya.

            “eh kau ni kan Ev! Main-main pula, kenapa kau cakap macam tu?” tanya Isya lagi meminta kepastian.

            “tak ada apa-apalah, betul! Kau je yang fikir jauh sangat” Farshah menggeleng.

            “betul ni?”

            “kau ni kan, betullah tak ada pape” Farshah mengangguk beberapa kali.

            “macam mana persiapan? Dah sedia nak jadi isteri Daniel?” Isya menyedut minumannya.

            “eh kau dah tengok baju kau kat boutique mummy aku? okey tak?” Farshah mengelak daripada menjawab soalan Isya.

            “mestilah okey, kan kau yang design. Cantik! Aku suka” puji Isya yang bakal menjadi pengapit Farshah di majlis resepsinya.

            “tengok tanganlah” Farshah bangga.

            “eiyh! Ni yang aku malas nak puji kau lagi” Isya dan Farshah ketawa serentak.

            

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers