17 May 2013

yes! aku terima kau bab 13


BAB 13

SETELAH siap menukar pakaian, Farshah terus menapak keluar dari bilik wardrobe tersebut menuju ke ruang tamu mencari Datin Elliya. Matanya melilar mencari susuk tubuh tersebut tapi tidak juga di temui.

Mana pulak mummy ni pergi? Pagi tadi ada, tak kan lah pergi boutique.

“mummy mana mak Mah?” tanya Farshah pada pembantu rumah yang kebetulan berada di situ.

“Datin Elliya ada di bilik bacaan”

Mummy buat apa kat situ? Setahu aku daddy seorang je yang rajin ‘lepak’ dalam bilik tu, mesti ada apa-apa ni.

Dengan perasaan penuh tanda tanya, Farshah menapak ke bilik bacaan tersebut. Setelah tiba di hadapan pintu itu, Farshah ‘melekatkan’ telinganya untuk mendengar perbualan di antara mummy dan daddy nya tetapi hampa kerana dia tidak mendengar sebarang suara pun.

Kenapalah pintu ni tebal sangat, kan aku dah tak boleh nak ‘menghendap’ apa yang mummy dengan daddy bincangkan. Lepas ni cakap je kat daddy, tak payah letak pintu kat bilik bacaan ni. Tak de lah aku kena jadi ‘james bond’ yang terkemuka macam ni.

“mummy!” sergah Farshah yang baru sahaja membuka pintu.

“terkejut mummy, lain kali ketuk pintu dulu”Datin Elliya yang mengurut dadanya akibat terkejut.

sorry, mummy bincang apa dengan daddy? Macam serius je Farshah tengok”

“tak…tak ada apa-apa lah Farshah, bincang tentang business

“ohhh, kenapa? Mummy nak tambah cawangan untuk boutique mummy ke?”

“Farshah nak pergi mana ni?” Datin Elliya tidak menjawab bahkan pertanyaan Farshah di jawab dengan pertanyaan juga.

“Farshah nak pergi jumpa Daniel jap”

“boleh tapi dengan syarat, bodyguard daddy akan berada di samping Farshah” kata Datuk Arsyad tiba-tiba yang berdiam sejak dari tadi.

“daddy! Farshah nak jumpa Daniel je, bukan nak lari dari sini”

“daddy buat macam ni sebagai langkah berjaga-jaga sahaja”

“mungkin bagi daddy langkah untuk berjaga-jaga, tapi tak bagi Farshah daddy”

“kalau Farshah tidak setuju, daddy tak benarkan Farshah keluar”

“daddy!!!”

“sudah lah tu Farshah, jangan melawan apa yang daddy cakap” pujuk Datin Elliya yang cuba menenangkan Farshah.

“tapi mummy…”

“tak salah kan kalau bodyguard Daddy ikut Farshah” potong Datin Elliya.

“tapi Farshah tak suka”

“suka atau tidak Farshah kena turuti juga apa yang daddy cakap”

“tak kan lah jumpa Daniel pun ‘dia orang’ ikut, daddy buat Farshah macam banduan” kata Farshah yang meminta simpati dari mummy nya itu.

“shhh… jangan cakap macam tu Farshah, think positive okey”

Selepas menarik nafas, akhirnya Farshah mengambil keputusan untuk berjumpa Daniel juga bagi mencari jalan penyelesaian secepat mungkin.

“thanks mummy, sayanggg mummy lebih” jawab Farshah seraya mencium kedua belah pipi Datin Elliya.


SETELAH tiba di tempat yang dituju, Farshah bingkas keluar dari perut kereta yang di pandu drivernya . Matanya sempat lagi menjeling ke arah tiga orang lelaki yang memakai suit membontotinya sejak dari tadi.

Pintu kaca di buka kasar dari luar, Farshah menjeling Daniel. Semua mata yang sedang memandang ke arahnya tidak di endahkan.

“maaf Encik Hafiy, saya dah cuba halang Cik Farshah tapi ……” tergagap-gagap wanita yang merangkap setiausaha Daniel itu menjawab.

it’s okey” jawab Daniel pandek. Daniel memandang Farshah tidak puas hati.

sorry guys, boleh I pinjam dia sekejap?” tanya Farshah yang tersenyum sambil menarik lengan Daniel keluar dari meeting room tersebut.

“hei! You ni kenapa ha?! Tak nampak ke I ada meeting!” Daniel menarik kembali tangannya.

“peduli apa aku dengan meeting kau tu! Kehidupan aku lagi penting daripada meeting kau tu” jawab Farshah kasar.

you nak apa lagi? Kalau you tak setuju dengan perkahwinan ni, buat apa nak bincang dengan I? Pergilah bincang dengan mummy daddy you” Daniel bersandar pada dinding.

“sebab dia orang tak boleh dibawa berbincanglah aku datang jumpa kau” Farshah memandang Daniel meminta belas kasihan.

“kalau you datang jumpa I pun, I  bukan boleh nak tolong” jujur jawapan Daniel.

please Daniel, cuma kau seorang yang boleh batalkan perkahwinan ni. Aku dah try untuk terima kenyataan ni, tapi tak boleh. Tak boleh Daniel! Aku tak kenal kau dan kau pun tak kenal aku, macam mana kita nak hidup sama?” terang Farshah.

Daniel meraup wajahnya.

“tunggu I habis meeting baru kita bincang” Daniel berjalan meninggalkan Farshah.

Farshah hanya memandang sepi melihat ke arah Daniel yang sedang menuju ke bilik yang di tinggalkannya sebentar tadi. Meeting lagi penting dari aku yang bakal jadi isteri dia? Orang yang macam ni yang akan jadi husband aku? Memang boleh gang dengan Daddy!

“kau! Kau dan kau! Tunggu kat tempat lain boleh tak, menyemak je kat sini. Sakit mata aku tengok korang” kata Farshah geram yang memandang pada tiga orang lelaki yang di berdiri dihadapannya.

“tapi Cik Farshah ……”

“kau tak dengar ke aku cakap! Aku tak kan larilah!” jerit Farshah. Lelaki-lelaki itu yang mendengarnya dengan pantas berlalu keluar dari bilik Daniel.


LAMBAT lagi ke Daniel ni? Dah nak dua jam aku duduk kat office dia ni, dia ingat aku ni tunggul ke nak tunggu dia? Majalah yang di pegang Farshah di campak ke meja. Dia berjalan mengelilingi meja Daniel, interkom yang berada diatas meja ditekan.

            “ye Cik Farshah? Ada yang boleh saya bantu?” ramah pertanyaan setiausaha Daniel.

            “buatkan I fresh orange, I hauslah” order Farshah.

            Dia ingat aku ni kedai mamak ke sesedap hati dia suruh aku buat air, kalau Encik Hafiy yang minta tak apa juga, mentang-mentanglah bakal jadi isteri Encik Hafiy.

            “baiklah Cik Farshah” setiausaha Daniel menurut.

            Pintu kaca tersebut dibuka dari luar dan Daniel melangkah perlahan masuk. Dia melihat Farshah dengan riak yang pelik kerana berada di hadapan meja kerjanya itu.

            “aku tak usik apa-apa pun, cuma suruh P.A kau buatkan aku air. Dah 2 jam aku duduk kat sini, bukan nak bagi air. Nak kena minta baru terhegeh-hegeh nak buatkan air” Farshah mencebik.

            “I yang cakap pada Sophie supaya tak kacau you” terang Daniel.

            Tok… tok... Tok bunyi pintu yang di ketuk dari luar.

            “masuk” arah Daniel.

            Air yang di pegang oleh Sophie diletakkan diatas meja tetamu dan dia berlalu hendak keluar.

            “wait!” kata Farshah tiba-tiba.

            “ye Cik Farshah?” Sophie yang baru sahaja mahu menolak pintu kaca kembali memandang Farshah.

            “you ni nak pergi kerja atau pergi club?” jari telunjuk Farshah menunjuk ke arah pakaian Sophie yang sendat lagi terdedah di atas dan pendek paras peha.

            Sophie tergamam sebentar! Ha? Aku? Dia pun sama, ada hati nak kata aku pula. Ayat tersebut hanya bergema di hatinya.

            “Sophie, you boleh keluar sekarang. Thanks” Daniel tersenyum.

            Sophie dengan pantas keluar dengan perasaan yang bercampur-baur diantara marah dan malu dengan ayat yang terkeluar dari mulut Farshah sebentar tadi.

            “you memang tak pernah belajar adab untuk menghormati orang lain ke?” Daniel memandang Farshah serius.

            “kenapa? kau ada apa-apa ke dengan Sophie tu?”

            “I tanya bukan bermaksud nak menangkan Sophie, tapi perangai you tu tak pernah nak jaga perasaan orang. You pun apa kurangnya, cuba you tengok pemakaian you. Tak ada beza pun dengan Sophie” luah Daniel geram sambil memandang Farshah dari hujung rambut sehingga hujung kaki yang memakai Dress bewarna krim tidak berlengan paras lutut.

            “jaga mata kau tu Daniel!” marah Farshah.

            “tahu pun you marah bila I tengok macam ni, macam inilah lelaki lain tengok you. You tak malu ke pakai macam ni?” soal Daniel.

            Farshah menarik muka tanda protes.

            “dah masuk zohor, I nak solat. You tak nak solat?” pertanyaan Daniel itu merubah air muka Farshah.

            “a… aku… aku…”

            “bagi I 10 minit, nanti kita lunch sambil bincang” kot yang dipakai Daniel dibuka lalu disangkut pada penyangkut, lengan kemeja dilipat sehingga paras siku lalu dia bergerak memasuki sebuah bilik yang berada di situ.

            Farshah terkedu!
            

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers