17 May 2013

yes! aku terima kau bab 12


BAB 12

     SETELAH beberapa hari ‘bertapa’ di dalam bilik untuk berfikir, akhirnya Farshah mengambil keputusan untuk berbincang perkara tersebut.

Perkara ni kena settle cepat, kalau tak makin cepat lah aku ‘check in’ Hospital bahagia sebab dah terlebih bahagia dengan perkara yang boleh hancurkan hidup aku ni. Tapi kenapa Daniel setuju dengan perkahwinan ni ? Mesti otak Daniel ni rosak, tak pun fius kat dalam badan dia tercabut. Kalau betul kan bagus, aku boleh tumpang sedih.

Farshah menuju ke bilik bacaan daddy nya. Dia masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

“daddy busy ke?”

“kenapa? Ada apa-apa yang Farshah nak bincang dengan daddy ke?”

Ehh daddy ni macam tau-tau je yang aku ni datang ‘berhajat’.

“erm ada”

“Pasal perkahwinan Farshah ke?”

Cayalah daddy ni, aku belum cakap dia dah tau. Boleh jadi ahli nujum ni.

“ha’a, boleh tak kalau batalkan je perkahwinan ni” usul Farshah yang sedang menunduk itu.

“kenapa? Farshah tak happy ke?” tanya Datuk Arsyad prihatin.

“bukan tak happy daddy, cuma Farshah belum bersedia lagi nak jadi isteri Daniel”

“sampai bila Farshah tak sedia ni”

“sampai bila-bila” jawab Farshah spontan.

Ehh mulut ni, aku cubit kang. Pandai-pandai je kau jawab kan, derhaka dengan tuan sendiri.

“Farshah!! Cuba jadi matang” suara Datuk Arsyad tegas

sorry daddy”

“Farshah tak suka Daniel ke?”

“memang tak suka pun! Dia tu dah lah jahat, kejam, tak berperikemanusiaan, suka kenakan Farshah, riak, bajet bagus, and yang last dia dah ada girlfriend tapi still nak kahwin dengan Farshah” luah Farshah.

Datuk Arsyad yang mendengarnya terus tergelak.

“itu je? tak apa lah Farshah, yang penting dia bukan pembunuh bersiri” balas daddy.

Farshah yang mendengarnya terus mencebik.

“malas lah nak cakap dengan daddy”

“cuba Farshah senaraikan pula kebaikan Daniel” pinta daddy.

“di…dia……..” sejak bila pulak aku ada penyakit gagap ni.

“Farshah sendiri pun tak tahu kan? Ini semua sebab Farshah terlalu benci Daniel sampai kebaikan dia pun Farshah tak nampak”

“kalau depan daddy dengan mummy memang lah Daniel tu baik, tapi bukan depan Farshah daddy”

“sekarang ni Farshah nak bagi tahu daddy yang Daniel ni berpura-pura lah ye?” daddy memandang tepat wajah Farshah.

“memang pun, tak kan lah orang macam ni yang daddy nak kahwinkan dengan Farshah?” pertanyaan berani dari Farshah.

“Farshah ingat daddy dengan mummy senang-senang je nak bagi Farshah kahwin dengan Daniel tanpa usul periksa? Daddy kenal family Daniel tu bukan setahun dua dan daddy kenal sangat dengan Daniel tu sejak dari dia kecil lagi. Macam mana ayah dengan ibu Daniel didik dia, semua tu daddy tau Farshah”

“tu daddy, bukan Farshah. Daddy yang kenal dia dari kecik, bukan Farshah daddy. Kita bukan tau perangai dia yang sebenar macam mana sebab kita ni bukan duduk sebumbung dengan dia pun, kalau tengok luaran je mestilah semua orang cakap dia tu baik. Walaupun Farshah baru kenal dia sebulan lebih tapi dah ‘terserlah’ semua keburukan dia kat depan Farshah” luah Farshah yang tidak berpuas hati.

Aku bukan nak jadi anak yang kurang ajar, aku cuma cakap apa yang betul. Sorry daddy!

“perkahwinan ni tidak perlukan persetujuan Farshah”

“daddy mana boleh buat macam tu, ini soal kehidupan Farshah daddy”

“keputusan daddy muktamat!” tegas Datuk Arsyad yang tidak suka keputusan yang dibuatnya di bangkang.

“daddy! Farshah tak suka lah orang paksa-paksa Farshah dalam hal yang macam ni” jelas Farshah yang cuba pertahankan diri.

“daddy pun tak suka anak daddy ingkar dengan apa yang daddy cakap”

please daddy, Farshah tak pernah langgar apa yang daddy cakap selama ni. Tapi tak kan lah dalam soal jodoh pun daddy yang tentukan, ini zaman IT lah daddy. Jangan paksa Farshah keluar dari rumah ni”

“Farshahhh!!! Jangan nak melampau!” marah daddy dengan nada yang tinggi.

Tekejut Farshah yang berada dihadapannya kerana selama 24 tahun dia hidup, Datuk Arsyad tidak pernah meninggikan suara padanya.

“Farshah sudah-sudah lah tu, jangan nak bangkitkan kemarahan daddy lagi” pujuk mummy yang baru sahaja berada di pintu bilik bacaan tersebut setelah mendengar suara Datuk Arsyad sebentar tadi.

“tapi mummy……..”

“jom keluar Farshah, jangan ganggu daddy” mummy mengajak Farshah keluar supaya tidak berlaku pertelingkahan.

Farshah hanya menurut sahaja.

“mulai sekarang pengawal peribadi daddy akan sentiasa berada di sisi Farshah sehingga lah hari pernikahan Farshah”

Farshah yang baru sahaja melangkah untuk keluar dari bilik tersebut terus berpaling.

“daddy!!”


APA yang dah jadi ni? Aku nak selesaikan perkara ni secepat mungkin tapi kenapa dah jadi makin rumit?

“Farshahhh” panggil mummy.

Farshah yang mendengarnya hanya memandang Datin Elliya yang berada di sebelahnya tanpa menyahut.

“tolong ikut apa yang daddy cakap, ini semua untuk kebaikan Farshah juga”

“ini bukan demi kebaikan Farshah mummy tapi lebih kepada perjudikan masa depan Farshah”

“kalau Farshah tidak setuju, bincang lah dengan Daniel untuk selesaikan perkara ni. Cuma Daniel seorang yang boleh batalkan perkahwinan ini” pujuk Datin Elliya.

Farshah yang mendengar idea bernas dari Datin Elliya itu terus bersinar matanya.

“sayang mummy, mummylah penyelamat Farshah. Terima kasih mummy” ucap Farshah lalu mencium pipi Datin Elliya.

“kalau dah jadi macam ni baru nak sayang mummy, Farshah dah makan ke?”

“kejap lagi Farshah makan, sekarang Farshah ada hal”

“jangan lupa makan, kalau ada masalah macam mana sekalipun tetap kena isi perut tu”

“baik boss”


TUTTT tutt tutt……… this is voicemail for number 01………

Ni lagi seorang manusia, tak reti nak angkat phone ke. Penat telinga aku dengar suara minah operator ni.

Untuk kali ke-5 Farshah mendail lagi number yang di minta dari Datin Elliya sebentar tadi.

“helo.. woii Daniel, kau pergi mana hah. Penat aku call banyak kali” kata Farshah setelah panggilan tersebut di jawab.

“ada I suruh you call ke?” tanya Daniel yang boleh mengagak siapa yang sedang bercakap dengannya itu.

“banyak songehlah pulak kau ni, ingat aku nak sangat ke call kau hah. Buang masa aku je”

“sekarang ni you yang buang masa I, I busy. Bye!”

“ehh kejap, aku nak jumpa kau sekarang”

I busy

“peduli apa aku kalau kau busy pun, jumpa aku sekarang. Sekaranggg!!” perkataan ‘sekarang’ itu ditekankan sedikit oleh Farshah supaya Daniel mendengarnya.

I ada meeting, bye” jawab Daniel lalu memutuskan talian tersebut.

“helo…helo…helo!!”

Eh Daniel ni, aku cepuk jugak kang. Kau ingat aku ni main-main ke, saja je nak buat aku hangin kan. Pedulik apa aku dengan meeting kau tu, tunggu aku ye wahai Encik Muhammad Daniel Hafiy yang tersayang.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers