17 May 2013

yes! aku terima kau bab 11


BAB 11

            SAMPAI sahaja di syarikat legasi tersebut, Isya terus berjalan ke kaunter penyambut tetamu yang berada di lobi itu.

“selamat datang ke Mahligai Holding, ada yang boleh saya bantu cik” tanya wanita tersebut.

“boleh saya tahu, pejabat En.Daniel tingkat berapa ye?” tanya Isya pula.

“cik maksudkan En.Daniel Hafiy ke?”

“ye” jawab Isya pendek.

“tingkat 13”

“terima kasih” ucap Isya sebelum berlalu pergi.


SETELAH sampai ke tingkat 13, Isya terus melangkah masuk mencari pejabat Daniel.

“mana ni?” kata Isya bersendirian sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.

Wanita 30-an yang sejak dari tadi memandang Isya tidak berhenti berjalan kehulur-hilir terus menegurnya.

“ada apa-apa yang boleh saya bantu” sapa wanita tersebut.

Isya yang mendengar seseorang bersuara terus berpaling memandang wanita yang sedang duduk di meja tersebut.

“mana satu bilik Daniel” tanya Isya.

“Daniel? cik maksudkan En.Daniel Hafiy ke?” Tanya wanita itu pula.

“ye”

“yang tu” tunjuk wanita tersebut pada sebuah bilik dihadapannya.

“okey thanks” ucap Isya lalu berjalan menuju ke bilik tersebut. Isya memandang pada plat nama yang tertulis ‘ENCIK HAFIY’ yang berada di pintu kaca tersebut.

“patut lah aku cari nama Daniel dari tadi tak jumpa” omelnya sendirian.

Isya terus menolak pintu kaca tersebut dan melangkah masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

Daniel yang sedang asyik memandang skrin laptop terus mengangkat muka setelah mendengar derapan kaki seseorang.

“Isya? You buat apa datang sini?” tanya Daniel dengan pelbagai persoalan yang bermain di mindanya.

“sebab you” jawab Isya lalu menarik kerusi yang berada di hadapannya sebelum duduk.

I tak faham”

“perangai sawan future wife you dah datang”

“hah? Future wife?”

“baru berapa hari tak jumpa Eva, tak kan lah you dah lupa bakal isteri you siapa” kata Isya yang mengingatkan Daniel.

“oh, sejak bila Farshah ada penyakit sawan?” tanya Daniel pelik.

“sejak Ev dapat tahu yang dia kena kahwin dengan you

“bagus lah kalau dia ada sawan, tak ada lah I terpaksa kahwin dengan perempuan gila macam tu” jawab Daniel.

“Danielll!!” laung Isya yang tidak puas hati.

you datang jumpa I semata-mata nak beritahu hal tu je?” soal Daniel.

“bukan”

“kalau bukan apa? You datang nak mengorat I ke?” tanya Daniel lagi.

you ni kan, patutlah Ev tak ngam dengan you. Tak pernah nak serious!” Isya menjeling ke arah Daniel yang sedang duduk di kerusi empuk itu.

sorry, now tell me. Apa yang penting sangat you datang jumpa I ni?”

“Ev…..”

“kenapa dengan Farshah?” tanya Daniel yang mula berasa risau.

“dah dua hari dia berkurung dalam bilik dan tak makan apa-apa”

“apa kena-mengena dengan I? Farshah bukan budak kecik yang nak kena paksa makan”

“memang ada kena-mengena dengan you pun! Sejak dia dapat tau yang dia kena kahwin dengan you, dia terus jadi tak tentu hala. Sejak dari dulu lagi I berkawan dengan dia, I tak pernah tengok dia jadi down sampai macam ni. Ev memang anak manja, apa yang dia nak mesti mummy dengan daddy dia bagi. Sebab itu lah dia tak pernah alami masalah besar macam ni, I kesian kat mummy dia yang asyik salahkan diri sendiri sebab setuju buat press conference mengejut tu” terang Isya panjang lebar.

Daniel yang mendengarnya hanya mampu mengeluh.

“siapa yang cerita kat you?”

I call Ev banyak kali tapi dia off phone, jadi I terus call number rumah dia sebab I risau kalau sesuatu terjadi kat Eva. Then Aleeya yang angkat, dia yang cerita semua perkara ni kat I” jawab Isya.

“so sekarang apa yang boleh I buat?”

“pergi rumah Ev dan pujuk dia”

you ni gila ke nak suruh I pujuk Farshah tu, kalau dia nampak je muka I mesti naik angin” kata Daniel yang tidak setuju cadangan Isya.

“nak tak nak you mesti buat jugak”

“nanti lah I fikir, I banyak lagi kerja yang kena di siapkan daripada melayan perangai minah giler tu”

“minah giler tu jugak yang bakal jadi isteri you” sindir Isya.

Daniel yang mendengarnya tersenyum sumbing.

“jangan tak pergi pulak! I rasa Eva mesti tertekan sekarang ni, dia mana pernah ada masalah besar sejak dari kecil lagi kan”

“insyaallah kalau kerja I habis cepat, I pergi”

“kalau macam tu, I balik dulu lah Daniel”

“ok, kalau free datang lah office I lagi. I belanja you lunch” kata Daniel lalu mengenyitkan matanya.

“nanti I suruh Ev datang office you, boleh lah you all lunch sama-sama” Isya mengenakan Daniel.

“eh tak apa lah Isya, I sanggup berlapar” jawab Daniel pula.

Isya dan Daniel terus sama-sama tergelak.

2 comments:

  1. Terdapat kesilapan watak. 'Terima kasih' ucap fashah sebelum berlalu pergi. Sepatutnya Isya. Bukan Fashah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru perasan, hehe .. terima kasih bagi tahu :)

      Delete

terima kasih kerana menjadi followers