17 May 2013

yes! aku terima kau bab 10


BAB 10

     ARGHHH!!! Serabut otaklah aku fikir perkara mengarut macam ni, apa mummy dengan daddy ingat ni zaman batu ke nak kahwinkan anak perempuan dengan pilihan hati dia orang. Macam dalam drama pulak, kahwin sebab parents then tak lama lepas tu bahagia hingga akhir hayat. Kalau macam tu lah ceritanya, mesti semua perempuan nak kahwin dengan pilihan keluarga masing-masing.

“aku tak nak dapat tittle J masa muda” esak Farshah sambil mengelap air matanya.

Apa mummy dengan daddy ingat aku ni tak laku sangat ke sampai nak jodohkan aku dengan si Daniel tu, aku punya lah berjaga-jaga biar tak de kontroversi dengan mana-mana pihak supaya tak susahkan mummy dengan daddy. Tup-tup sekarang tak ada taufan, tak ada tsunami tengok-tengok keluar berita yang aku nak kahwin.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi seseorang mengetuk pintu biliknya.

Farshah tidak membuka pintu mahupun menyahut kerana dia tidak mahu diganggu pada masa ini.

“kak long! Boleh Aleeya masuk tak?” jerit Aleeya di luar pintu.

Hah! Ni lagi satu makhluk yang suka kacau aku. Masa aku tengah cacat otak macam ni lah dia datang, kau memang bijak dalam memilih masa Aleeya!

“jangan kacau kak long boleh tak!!” jerit Farshah dari dalam.

Aleeya yang mendengarnya terus memulas tombol pintu sambil tersenyum pada Farshah.

“sorry, Aleeya bukan nak kacau kak long”

“hurm ada apa ni?”

“boleh Aleeya masuk?” tanya Aleeya sambil menuju ke arah katil yang diduduki oleh Farshah.

“dah masuk baru nak tanya”

“kak long okey?” tanya Aleeya lagi yang memandang Farshah

“ada Aleeya nampak yang kak long ni okey?” Farshah bertanya semula.

“ye Aleeya nampak, yang kak long ni tersangat lah k.o”

“baguslah kalau dah nampak, sekarang boleh tak Aleeya keluar. Kak long nak rehat” pinta Farshah lalu berbaring dan menarik selimut menutupi semua anggota badannya sehingga ke paras kepala.

“kak long ingat dengan tak makan dan tak keluar bilik selama dua hari boleh selesaikan masalah kak long? Tau tak yang mummy dengan daddy risau”

Farshah yang mendengarnya terus menarik semula selimut yang menutupi mukanya dan memandang tepat ke arah wajah Aleeya.

“kalau mummy dengan daddy risaukan kak long, kenapa dia orang tak risaukan pulak masa depan kak long kalau kak long kahwin dengan Daniel? Ada mummy dengan daddy tanya pendapat kak long pasal perkara ni? Ada dia orang fikir perasaan kak long pasal perkahwinan tu?” tanya Farshah panjang lebar.

“Aleeya ingat perkahwinan kak long ni macam main pondok-pondok ke, sampai je waktu petang dah boleh balik then esok sambung lagi” sambung Farshah lagi yang masih memandangan Aleeya.

Aleeya yang mendengarnya terus mengeluh.

“mummy dengan daddy buat macam tu mesti ada sebab kak long, tak ada ibubapa yang nak tengok anak dia orang tak bahagia”

“sebab apa daddy dengan mummy buat macam ni?” soal Farshah.

“Aleeya pun tak tau lah kak long, nanti kak long tanya lah daddy dengan mummy. Sekarang ni yang penting, kak long kenalah makan dulu biar ada tenaga. kalau tak macam mana nak berdebat dengan mummy daddy kan” jawab Aleeya yang menasihati Farshah.

Farshah yang mendengarnya terus tersenyum.

“Aleeya rasa mummy dengan daddy nak tak kalau batalkan perkahwinan tu? Kak long baru 24 tahun, nak bersuka-ria pun tak puas lagi”

“macam mana nak batalkan? Kan dah buat press conference hari tu. Kak long tu bukan muda lagi nak bersuka-ria, lain lah Aleeya ni”

“tak tau lah Aleeya, kak long pun tengah fikir. Aleeya tu SPM pun tak habis lagi dah sibuk nak bersuka-ria”

“tinggal lagi berapa bulan je nak SPM, lepas tu boleh lah enjoy”

“enjoy menghabiskan duit daddy kan”

“eh mana ada lah, Aleeya bukan macam kak long yang nak pakai barang branded je” kata Aleeya sambil tersengih pada Farshah.

“amboi! Mengata kak long je kerja Aleeya” balas Farshah seraya mencubit pipi Aleeya.

“kak long!” jerit Aleeya.

“cubit sikit pun dah melalak”

“kok long pergilah makan ye, mummy dan daddy risau sangat” pujuk Farshah.

“nanti kak long turun lah”

“nanti kak long tu sampai esok pun belum tentu”

“kak long turunlah nanti”

“kalau macam tu Aleeya turun dulu lah” ujar Aleeya yang bangun dari katil tersebut dan berjalan menuju ke arah pintu.

“Aleeya” panggil Farshah.

“ye” sahut Aleeya yang berhenti dari terus berjalan dan memandang Farshah.

thanks

“untuk?” tanya Aleeya pelik.

“sebab Aleeya dah jadi pakar kaunseling yang terbaik untuk kak long” jawab Farshah sambil tersenyum manis.

“kalau kak long ada masalah, cerita je kat Aleeya. Jangan seksa diri kak long sampai tak makan okey”

“sebenarnya kan Aleeya, kak long bukan lah tak makan langsung. Kak long cuma makan roti je dua hari ni” kata Farshah yang memberitahu perihal yang sebenarnya.

Aleeya yang mendengarnya terus membulatkan mata.

“kak long!” jerit Aleeya.

“patutlah kalau mummy hantar makanan, kak long tak makan. Dah kenyang rupanya” sambung Aleeya lagi.

“kak long ni bijak kan?” puji Farshah pada diri sendiri.

“terlebih bijak sangat, Aleeya keluar dulu lah” kata Aleeya sambil menarik tombol pintu.

“Aleeya” panggil Farshah lagi.

Aleeya yang baru sahaja mahu menutup pintu bilik tersebut terus menariknya kembali.

“apa lagi kak long?”

“kenapa mummy dengan daddy tak pilih Aleeya je”

“kenapa Aleeya pula?” tanya Aleeya.

“sebab Aleeya tak cepat melatah kalau ada masalah, tak macam kak long ni”

“lepas ni Aleeya kena berterima-kasihlah kat mummy sebab bagi skrip yang best ni” jawab Aleeya bersahaja.

“hah? Kak long tak faham” balas Farshah yang kurang mengerti itu.

“tu semua idea mummy”

“Maknanya mummy punya ayat lah tadi tu?”

“yup” balas Aleeya pendek.

“Aleeya boleh dapat awards kan kak long, mesti kak long terharu dengan kata-kata Aleeya tadi. Lepas ni kak long pun boleh lah kalau nak jadi pelakon watak sedih, Aleeya terasa sayu sangat tengok air mata kak long tadi” Tambahnya lagi sambil tergelak dan terus menutup pintu.

“Aleeyaaa!!!” jerit Farshah.

Patutlah tiba-tiba ayat dia semacam, saja je nak kenakan aku. Aku ni pun lagi satu, macam tak pernah tau pulak yang Aleeya tu mana pernah nasihatkan aku.
  

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers