27 May 2013

cik culinary arts bab 7

BAB 7

MACAM mana Haikal boleh ada kat Global Holding? Kenapa dia panggil Encik Zayyan tu abang? Dorang tu kenal satu sama lain ke? Ke Haikal tu cuma client? Haish! Peninglah aku fikir. Damia mengaru-garu kepalanya, dia terus terjun ke atas katil dan berbaring sambil memikirkan jawapan kepada semua soalannya tadi.

            “Damia ohhh Damia… Kamu dah tidur ke?” tanya Puan Afiah yang menjerit dari dapur. Damia yang sedang ralit termenung sejak tadi terus tersentak, diurut perlahan dadanya tanda terkejut.

            “belum… Kenapa umi?” Damia membalas pertanyaan uminya dengan jeritan juga.

            “Ammar ada beli makanan dari pasar malam tadi, kamu tak nak ke?” Puan Afiah masih lagi menggunakan tone suara yang sama. Damia yang mendengarnya dengan pantas menuju ke dapur.

            “ada ayam percik lah, sedapnya…” Damia menelan air liur. Baru sahaja dia hendak mengambil ayam tersebut, tangannya di tahan.

            “tu Ammar punya, kalau kak long nak. Pergilah beli sendiri” Ammar menjelirkan lidah.

            “dengan kak long pun nak kedekut, alaaa kak long nak seketul je pun” Damia membuat mimik muka comel.

            “tak boleh! Ni untuk Amani” Ammar terus meletakkan ayam tersebut ke dalam pinggan.

            “kedekut!” Damia mencebik.

            “Amani! Kak long nak ayam ni boleh tak?” teriak Damia yang bertanya pada adik bongsunya yang berada diruang tamu.

            “ambik lah, Amani dah kenyang” jawab Amani yang sudah tingkatan dua itu.

            “thanks! Nanti bila kak long dah gaji, kak long belanja” janji Damia. Dijelir Ammar yang berada disebelahnya.

            “dah lah suara macam langsuir tercekik biji rambutan” sindir Ammar yang merujuk pada suara Damia semasa menjerit tadi.

            “sudah-sudah… Kamu berdua ni kalau sehari tak bertekak tak boleh ke?” tegur Puan Afiah. Damia dan Ammar masing-masing mendiamkan diri.


KERTAS putih yang berada ditangannya ditenung, Damia mula bingung.

            “Fiona’s Studio? Dekat mana pula ni? Aku bukannya tahu! Kalau naik teksi, kompem aku pokai bulan ni. Suruh Ammar hantar guna motor dia tu? Tak nak aku, seram! Lagipun Ammar bukannya tahu tempat ni, nak buat macam mana ni” omel Damia sendirian.

            “nak tanya Encik Zayyan, aku mana ada number phone dia. Kalau aku call pejabat Kak Sha sekarang ni, boleh pengsan aku kalau ada yang jawab” Damia melihat jam dinding yang sudah menginjak ke angka 11:00 malam.

            “tak pelah, esok lepas subuh lagi aku pergi jumpa Encik Zayyan” cadang Damia.


TEPAT pukul 8:30 pagi Damia sudah terpacak dihadapan secretary Zayyan.

            “Encik Zayyan masuk pukul 9” jawabnya pendek.

            “oh… Terima kasih” Damia tersenyum walaupun senyumannya langsung tidak pernah dibalas. Damia duduk di sofa bersebelahan dengan meja wanita itu.

            Hampir kesemua majalah business yang berada di situ di belek oleh Damia, matanya yang mengantuk ditahan. Jam dipergelangan tangan di belek.

            Ada lagi lima minit, apa aku nak buat ea? Bosannya! Damia menggeliat.

            “Delly… Nanti kalau ada client cari…” ayatnya tergantung setelah melihat Damia berada disitu. Haikal yang baru sahaja keluar dari bilik yang bersebelahan dengan Zayyan kaku sebentar di pintu biliknya.

            Damia juga terkejut! Dia terus mengambil majalah dan menutupi wajahnya.

            “Damia?” tanya Haikal. Damia masih juga berdiam.

            “Aina Damia…” panggil Haikal, ditariknya majalah yang dipegang Damia. Damia kaku, dia sedang bertungkus-lumus memikirkan idea untuk melarikan diri.

            “eh bukan, saya Saodah” tipu Damia lagi.

            “ikut saya…” arah Haikal.

            “ha? Saya bukan Damia yang Encik maksudkan, saya Saodah. Cleaner baru” bohong Damia lagi.

            “Damia…” panggil Zayyan yang baru tiba disitu. Damia yang mendengar namanya dipanggil terus memandang Zayyan.

            Syukur… ada juga penyelamat! Damia bingkas bangun dan berdiri bersebelahan Zayyan.

            “kenapa Haikal? Kenal ke?” soal Zayyan.

            “erm… Eh taklah, muka dia sama macam kawan Haikal”

            “oh… Ni Damia” Zayyan memperkenalkan.

            Boleh pula dia bagi tau nama aku, habislah kantoi aku! Marah Damia yang tidak terluah.

            “Damia? Tapi tadi dia cakap nama dia Saodah, cleaner dekat sini” terang Haikal pula.

            “tak lah, dah pergi sambung kerja. Tak payah nak mengayat perempuan lain, tak cukup lagi ke yang kat rumah tu” sindir Zayyan. Haikal tersenyum sumbing.


DAMIA berdiri dihadapan Zayyan bagaikan seorang pesalah, dia hanya memandang lantai.

            “kenapa cari I Cik Saodah?” perli Zayyan.

            “nama saya Damia lah Encik Zayyan” Damia memperbetulkan.

            “saya datang sebab saya tak tahu Fiona’s Studio tu dekat mana” tambah Damia lagi.

            “so? Apa yang I boleh tolong? Lain kali google, kalau tak tau juga guna GPS. Kan Delly dah bagi you alamat, lembap sangat you ni kan” jawab Zayyan kasar.

            “apa? Lembap? Saya tahu lah yang Encik Zayyan ni bos, ye pun janganlah panggil saya macam tu. Mentang-mentang Encik ni bos, sesuka hati je panggil kuli macam tu. Kalau semua bos kat dunia ni macam Encik, kompem-kompem syarikat dia lingkup sebab tak ada pekerja. Lagi satu, rumah saya jauh dari cc, tak boleh nak google menggoogle. Saya ni mana mampu nak pakai GPS bagai, hanphone saya ni pun cikai je” balas Damia geram.

            “sekarang ni you nak salahkan I lah ye?” Zayyan memandang Damia tajam.

            “saya tak salahkan Encik, tapi kalau Encik sendiri yang rasa bersalah. Baguslah!” kata Damia yang juga tidak mahu kalah.

            “you tak pernah pergi class sivik ke? Attitude langsung tak ada”

            “Encik tu yang tak de adab, cakap saya pula” selamba jawapan Damia.

            “apa?! You cakap lagi sekali?!” suara Zayyan mula meninggi. Damia tersentak.

            Habislah aku! Mulut ni pun, cubalah kau diam kejap. Dia tu bos, kau kuli. Damia mula memarahi dirinya sendiri.

            “Damia!!!” panggil Zayyan dengan nada yang tinggi.

            “ye Encik… Sa… Saya… Saya”

            “pandai pula takut, tadi waktu cakap langsung tak nak fikir” Zayyan bangun dari kerusinya.

            “maaf… Kalau Encik Zayyan nak batalkan kontrak tu sebab perangai saya, tak pe lah. Saya terima” Damia mengaku salah.

            “batal? Kalau you bayar tiga juta ringgit Malaysia, I akan batalkan”

            “Encik ni tak habis-habis dengan tiga juta, dah tau saya tak mampu nak bayar. Boleh lagi Encik cakap macam tu” kata Damia laju.

“apa?”

Damia yang sedar akan keterlanjurannya itu tadi terus menekup mulut.

            “kenapa diam, cakaplah!”

            “Encik mesti nak pergi Fiona’s studio tu juga kan? Saya ikut Encik boleh tak? Lagipun tak salah kalau berkongsi kereta, boleh kurangkan pencemaran udara” kata Damia sambil tersenyum lebar dengan ideanya itu.

            “you pergi dengan Delly lah” jawab Zayyan pula.

            “Delly ke jelly? Nama pelik betul! Tanak lah Encik, saya lagi rela tak pergi”

            Gila apa suruh aku pergi dengan si jelly tu, dah lah muka ketat. Tak de perasaan pula tu, kang tak pasal-pasal perangai dia tu terbluetooth dekat aku.

            “jelly?” Zayyan gelak.

            “Encik ni, saya serius ni. Lagipun penggambaran tu start pukul 10:30 pagi kan, kalau macam tu saya tunggu Encik lah” luah Damia tanpa rasa segan.

            “suka hati you lah”


“ABANG kenal ke Aina Damia tu?” soal Haikal sewaktu melihat bayangan Zayyan di pantry.

            “kenapa?” minuman di tangannya dihirup perlahan.

            “saja tanya, abang mana pernah ada kawan yang dress up macam tu” perli Haikal.

            “tak boleh ke abang ada kawan yang macam tu? Mana tahu boleh buat bini, abang pun nak juga isteri abang tu macam Nadya. Pandai menjaga aurat, tapi sayang je sebab Nadya tu dapat suami yang tak reti nak menghargai dia” Zayyan pula yang memerli Haikal. Haikal yang sudah berubah air muka itu terus berlalu pergi dari situ.

            “itu baru sikit Haikal! Ada banyak lagi yang aku nak kau rasa lepas ni” bisik Zayyan perlahan. Mug diletakkan ke dalam sinki.


5 comments:

  1. endbie : (Y)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. CCA akan disambung secepat mungkin, tapi sekarang tengah marathon buat YATK ..

      Delete
  3. bila nak sambung....dah d bukukan kah?...best jlan cerita

    ReplyDelete

terima kasih kerana menjadi followers