BAB
7
MACAM
mana Haikal boleh ada kat Global Holding? Kenapa dia panggil Encik Zayyan tu
abang? Dorang tu kenal satu sama lain
ke? Ke Haikal tu cuma client? Haish!
Peninglah aku fikir. Damia mengaru-garu kepalanya, dia terus terjun ke atas
katil dan berbaring sambil memikirkan jawapan kepada semua soalannya tadi.
“Damia ohhh Damia… Kamu dah tidur
ke?” tanya Puan Afiah yang menjerit dari dapur. Damia yang sedang ralit
termenung sejak tadi terus tersentak, diurut perlahan dadanya tanda terkejut.
“belum… Kenapa umi?” Damia membalas
pertanyaan uminya dengan jeritan juga.
“Ammar ada beli makanan dari pasar
malam tadi, kamu tak nak ke?” Puan Afiah masih lagi menggunakan tone suara yang sama. Damia yang
mendengarnya dengan pantas menuju ke dapur.
“ada ayam percik lah, sedapnya…”
Damia menelan air liur. Baru sahaja dia hendak mengambil ayam tersebut,
tangannya di tahan.
“tu Ammar punya, kalau kak long nak.
Pergilah beli sendiri” Ammar menjelirkan lidah.
“dengan kak long pun nak kedekut,
alaaa kak long nak seketul je pun” Damia membuat mimik muka comel.
“tak boleh! Ni untuk Amani” Ammar
terus meletakkan ayam tersebut ke dalam pinggan.
“kedekut!” Damia mencebik.
“Amani! Kak long nak ayam ni boleh
tak?” teriak Damia yang bertanya pada adik bongsunya yang berada diruang tamu.
“ambik
lah, Amani dah kenyang” jawab Amani yang sudah tingkatan dua itu.
“thanks!
Nanti bila kak long dah gaji, kak long belanja” janji Damia. Dijelir Ammar yang
berada disebelahnya.
“dah lah suara macam langsuir
tercekik biji rambutan” sindir Ammar yang merujuk pada suara Damia semasa
menjerit tadi.
“sudah-sudah… Kamu berdua ni kalau
sehari tak bertekak tak boleh ke?” tegur Puan Afiah. Damia dan Ammar
masing-masing mendiamkan diri.
KERTAS
putih yang berada ditangannya ditenung, Damia mula bingung.
“Fiona’s Studio? Dekat mana pula ni?
Aku bukannya tahu! Kalau naik teksi, kompem
aku pokai bulan ni. Suruh Ammar
hantar guna motor dia tu? Tak nak aku, seram! Lagipun Ammar bukannya tahu
tempat ni, nak buat macam mana ni” omel Damia sendirian.
“nak tanya Encik Zayyan, aku mana
ada number phone dia. Kalau aku call pejabat Kak Sha sekarang ni, boleh
pengsan aku kalau ada yang jawab” Damia melihat jam dinding yang sudah
menginjak ke angka 11:00 malam.
“tak pelah, esok lepas subuh lagi
aku pergi jumpa Encik Zayyan” cadang Damia.
TEPAT
pukul 8:30 pagi Damia sudah terpacak
dihadapan secretary Zayyan.
“Encik Zayyan masuk pukul 9”
jawabnya pendek.
“oh… Terima kasih” Damia tersenyum
walaupun senyumannya langsung tidak pernah dibalas. Damia duduk di sofa
bersebelahan dengan meja wanita itu.
Hampir kesemua majalah business yang berada di situ di belek
oleh Damia, matanya yang mengantuk ditahan. Jam dipergelangan tangan di belek.
Ada lagi lima minit, apa aku nak
buat ea? Bosannya! Damia menggeliat.
“Delly… Nanti kalau ada client cari…” ayatnya tergantung setelah
melihat Damia berada disitu. Haikal yang baru sahaja keluar dari bilik yang
bersebelahan dengan Zayyan kaku sebentar di pintu biliknya.
Damia juga terkejut! Dia terus
mengambil majalah dan menutupi wajahnya.
“Damia?” tanya Haikal. Damia masih
juga berdiam.
“Aina Damia…” panggil Haikal,
ditariknya majalah yang dipegang Damia. Damia kaku, dia sedang bertungkus-lumus
memikirkan idea untuk melarikan diri.
“eh bukan, saya Saodah” tipu Damia
lagi.
“ikut saya…” arah Haikal.
“ha? Saya bukan Damia yang Encik
maksudkan, saya Saodah. Cleaner baru”
bohong Damia lagi.
“Damia…” panggil Zayyan yang baru
tiba disitu. Damia yang mendengar namanya dipanggil terus memandang Zayyan.
Syukur… ada juga penyelamat! Damia
bingkas bangun dan berdiri bersebelahan Zayyan.
“kenapa Haikal? Kenal ke?” soal
Zayyan.
“erm… Eh taklah, muka dia sama macam
kawan Haikal”
“oh… Ni Damia” Zayyan
memperkenalkan.
Boleh pula dia bagi tau nama aku,
habislah kantoi aku! Marah Damia yang tidak terluah.
“Damia? Tapi tadi dia cakap nama dia
Saodah, cleaner dekat sini” terang
Haikal pula.
“tak lah, dah pergi sambung kerja.
Tak payah nak mengayat perempuan lain, tak cukup lagi ke yang kat rumah tu”
sindir Zayyan. Haikal tersenyum sumbing.
DAMIA
berdiri dihadapan Zayyan bagaikan seorang pesalah, dia hanya memandang lantai.
“kenapa cari I Cik Saodah?” perli Zayyan.
“nama saya Damia lah Encik Zayyan”
Damia memperbetulkan.
“saya datang sebab saya tak tahu
Fiona’s Studio tu dekat mana” tambah Damia lagi.
“so?
Apa yang I boleh tolong? Lain kali google, kalau tak tau juga guna GPS. Kan Delly dah bagi you alamat, lembap sangat you ni kan” jawab Zayyan kasar.
“apa? Lembap? Saya tahu lah yang
Encik Zayyan ni bos, ye pun janganlah panggil saya macam tu. Mentang-mentang
Encik ni bos, sesuka hati je panggil kuli macam tu. Kalau semua bos kat dunia ni
macam Encik, kompem-kompem syarikat
dia lingkup sebab tak ada pekerja. Lagi satu, rumah saya jauh dari cc, tak boleh nak google menggoogle. Saya
ni mana mampu nak pakai GPS bagai, hanphone saya ni pun cikai je” balas
Damia geram.
“sekarang ni you nak salahkan I lah
ye?” Zayyan memandang Damia tajam.
“saya tak salahkan Encik, tapi kalau
Encik sendiri yang rasa bersalah. Baguslah!” kata Damia yang juga tidak mahu
kalah.
“you
tak pernah pergi class sivik ke? Attitude langsung tak ada”
“Encik tu yang tak de adab, cakap saya pula” selamba
jawapan Damia.
“apa?! You cakap lagi sekali?!” suara Zayyan mula meninggi. Damia
tersentak.
Habislah aku! Mulut ni pun, cubalah
kau diam kejap. Dia tu bos, kau kuli. Damia mula memarahi dirinya sendiri.
“Damia!!!” panggil Zayyan dengan
nada yang tinggi.
“ye Encik… Sa… Saya… Saya”
“pandai pula takut, tadi waktu cakap
langsung tak nak fikir” Zayyan bangun dari kerusinya.
“maaf… Kalau Encik Zayyan nak
batalkan kontrak tu sebab perangai saya, tak pe lah. Saya terima” Damia mengaku
salah.
“batal? Kalau you bayar tiga juta ringgit Malaysia, I akan batalkan”
“Encik ni tak habis-habis dengan
tiga juta, dah tau saya tak mampu nak bayar. Boleh lagi Encik cakap macam tu”
kata Damia laju.
“apa?”
Damia
yang sedar akan keterlanjurannya itu tadi terus menekup mulut.
“kenapa diam, cakaplah!”
“Encik mesti nak pergi Fiona’s
studio tu juga kan? Saya ikut Encik boleh tak? Lagipun tak salah kalau berkongsi
kereta, boleh kurangkan pencemaran udara” kata Damia sambil tersenyum lebar
dengan ideanya itu.
“you
pergi dengan Delly lah” jawab Zayyan pula.
“Delly ke jelly? Nama pelik betul! Tanak lah Encik, saya lagi rela tak
pergi”
Gila apa suruh aku pergi dengan si
jelly tu, dah lah muka ketat. Tak de
perasaan pula tu, kang tak pasal-pasal perangai dia tu terbluetooth dekat aku.
“jelly?” Zayyan gelak.
“Encik ni, saya serius ni. Lagipun
penggambaran tu start pukul 10:30
pagi kan, kalau macam tu saya tunggu Encik lah” luah Damia tanpa rasa segan.
“suka hati you lah”
“ABANG
kenal ke Aina Damia tu?” soal Haikal sewaktu melihat bayangan Zayyan di pantry.
“kenapa?” minuman di tangannya
dihirup perlahan.
“saja tanya, abang mana pernah ada
kawan yang dress up macam tu” perli Haikal.
“tak boleh ke abang ada kawan yang
macam tu? Mana tahu boleh buat bini, abang pun nak juga isteri abang tu macam
Nadya. Pandai menjaga aurat, tapi sayang je sebab Nadya tu dapat suami yang tak
reti nak menghargai dia” Zayyan pula yang memerli Haikal. Haikal yang sudah
berubah air muka itu terus berlalu pergi dari situ.
“itu baru sikit Haikal! Ada banyak
lagi yang aku nak kau rasa lepas ni” bisik Zayyan perlahan. Mug diletakkan ke
dalam sinki.