15 April 2013

yes! aku terima kau bab 6


BAB 6

     BUKAN ke kalau nak pergi majlis kesyukuran kena pakai baju kurung? Ni apa kejadahnya pula mummy bagi aku dress, tak ke nanti orang tengok aku semacam. Mummy ni pun lagi satu, aku taulah aku ni model yang kena peragakan baju untuk boutique dia tapi mesti ke pakai dress masa majlis kesyukuran. Kang free-free je reporter tulis ‘model terkenal tidak berpakaian sopan semasa menghadiri majlis kesyukuran’, mummy ni macam nak sabotaj aku je. Apalah kau ni Farshah, dengan mummy sendiri pun boleh beranggapan macam tu.

“Farshahh!!” laung mummy memanggil Farshah yang berada di biliknya tingkat dua villa tersebut.

“ye mummy, ada apa?” tanya Farshah yang sejak dari tadi melihat cermin kerana pelik tentang pakaiannya itu. Trend sekarang ke kalau pergi majlis kesyukuran pakai dress? Aku tak pernah tau pun.

“Farshah buat apa lagi tu, sekarang dah pukul 7.55 malam. Nanti lambat pula sampai majlis tu, kenapa Farshah lambat sangat ni” bebel mummy.

“mummy pergilah dulu, nanti Farshah pergi sendiri” balas Farshah yang masih berada di hadapan cermin itu.

“Farshah kalau kata pergi sendiri, mummy boleh jamin yang Farshah takkan ada di majlis tu” jawab mummy sambil mendaki tangga menuju ke bilik Farshah.

“erk! Farshah nak pergilah ni” kata Farshah yang tidak perasan kehadiran mummynya di situ.

“dah siap pun, kenapa tak turun lagi? Penat mummy tunggu, daddy pun dah bising” tanya mummy sambil melihat kearah Farshah yang masih melihat cermin itu.

“kenapa mummy suruh Farshah pakai dress pula? Nanti apa kata orang yang ada dekat situ, macam pelik je” tanya Farshah kembali.

“Farshah kan suka pakai dress, mummy suruhlah pekerja boutique hantarkan dress yang terbaru” jawab mummy panjang lebar.

“mummy ni macam sindir Farshah je, Farshah memang suka pakai dress tapi takkanlah nak pakai macam ni pergi majlis tu” kata Farshah yang sudah memuncung itu.

“mana ada mummy sindir, dah jom cepat” jawab mummy sambil menarik tangan Farshah turun ke bawah.

“tapi mummy……”

“tak payah nak tapi-tapi lagi, Farshah kan watak utama untuk majlis tu nanti” pintas mummy.

Kenapa aku pula yang jadi watak utama? Ingat ni drama ke sampai nak ada watak utama.

“hah!! Watak utama? Maksud mummy?” tanya Farshah yang pelik dengan kata-kata mummynya itu.

“apa-apalah Farshah, nanti kalau dah sampai sana Farshah tau lah” jawab Datin Elliya sambil membuka pintu kereta.

Mummy ni kalau dah cakap macam tu, mesti ada surprise. Ni yang aku tak suka, kejutan mummy tu boleh buatkan aku duduk dalam hospital bahagia seumur hidup.

Farshah yang berada di dalam kereta hanya diam memerhatikan keadaan sekeliling sahaja sejak tadi, dia tidak berminat untuk mengikuti perbualan tersebut. Mummy dengan daddy ni dari tadi asyik senyum je even benda yang dia orang cakapkan tu tak kelakar langsung, putus fius betul.


FARSHAH mula berasa pelik setelah melihat kereta yang dinaikinya itu memasuki sebuah hotel terkemuka. Takkanlah dia orang buat majlis kesyukuran tu di hotel? Ramai sangat ke jemputan yang dibuat sampai buat dekat hotel? Kalau hotel kaki lima tak pe juga, ni hotel yang berbintang-bintang. Lupa pula nak tanya kat mummy, majlis kesyukuran apa.

Setelah kereta yang dipandu berhenti di hadapan pintu besar hotel itu, Farshah terus keluar dari kereta tersebut.

Farshah yang masih berasa pelik akan perkara itu lantas bertanya pada mummy yang beriringan dengannya. “kenapa dia orang buat kat hotel mummy?”

“sebab majlis tu special” jawab mummy sambil tersenyum.

“majlis kesyukuran untuk apa?” tanya Farshah lagi.

“untuk perkara yang menggembirakan” jawab mummy lagi bersama senyumannya.

“perkara apa tu? Mummy tak cerita pun” Farshah bertanya lagi, tetapi mummynya terus meninggalkannya berjalan keseorangan.

Ishhh mummy ni saja je nak buat gempak, bagi tau je lah. Saja nak buat aku rasa suspendlah tu.

Farshah hanya membontoti sahaja mummynya itu, seorang pekerja hotel membawa mereka menuju ke sebuah bilik.

Eh kenapa tak terus pergi ke majlis tu? Kenapa pekerja hotel ni hantar kita orang pergi bilik pula? Takkanlah pergi majlis kesyukuran yang biasa-biasa tu sampai kena duduk dulu dalam bilik?

Semua persoalan tersebut hanya bermain di fikiran Farshah sahaja kerana tidak terluah untuk betanyakan lebih lanjut pada mummy atau daddynya.

Pekerja hotel itu terus membukakan pintu setelah sampai di hadapan sebuah bilik. Apabila Farshah masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, alangkah terkejutnya dia kerana melihat Daniel dan keluarganya juga turut berada di situ.

Setelah melihat Daniel di situ, perasaan bersalah Farshah padanya bertambah membuak-buak. Farshah melihat wajah Daniel untuk mencari kesan-kesan luka tempoh hari, dia berasa amat lega kerana kesan luka tersebut sudah hilang.

Daniel yang perasan seseorang sedang melihatnya sejak dari tadi lantas mengangkat muka.

Gulp! Farshah yang tidak sempat memandang ke arah lain itu terus menjeling Daniel yang tersenyum sinis kerana Farshah telah tertangkap sedang asyik memandangnya.

Ish yang mamat ni kenapa pula, dahlah buat muka innocent plus senyum yang menyakitkan hati tu. Aku bagi makan kaki kang baru tau.

“sebenarnya majlis apa ni daddy? Kalau tak penting, Farshah balik dululah” lancang mulut Farshah berkata setelah melihat semua yang berada di situ tidak mengendahkan dirinya.

behave yourself Farshah!! Tolong hormat parents Daniel yang ada di sini” marah daddy pada Farshah yang sudah memasamkan muka itu.

Farshah terus memalingkan wajahnya ke arah lain tanda protes, tapi apabila dia terpandangkan wajah Daniel yang sedang tersenyum sinis itu membuatkan perasaan marahnya itu makin bertambah lagi.

Ni lagi seorang manusia yang suka huru-harakan hidup aku, saja je nak buat aku lagi tambah bengang. Aku baling juga heels ni kang, naya je kalau kena.

Ketukan di pintu membuatkan fikirannya yang melayang sebentar tadi kembali ke alam nyata.

“boleh dimulakan sekarang, persilakan tuan dan puan” kata pekerja hotel tersebut setelah pintu di buka.

Daddy, mummy dan ibu bapa Daniel terus bangun setelah di beritahu. Farshah juga turut bangun dan diikuti oleh Daniel.

Daddy dan ayah Daniel berjalan seiringan dan turut diikuti mummy dan ibu Daniel. Manakala Farshah berjalan berseorangan kerana Daniel berada di belakangnya.

Kenapa aku rasa makin lama makin pelik ye? Ke aku seorang je yang rasa, sejak bila daddy dan mummy rapat dengan family Daniel? Aku busy sangat kot, tu yang aku tak tau dia orang ni rapat. Kata Farshah untuk menyedapkan hatinya.

Farshah yang sedang mengelamun itu menyebabkan dia berjalan semakin perlahan, Daniel yang asyik melihat handphone sejak dari tadi juga tidak perasan akan situasi itu menyebabkan Daniel terlanggar Farshah.

Farshah yang baru tersedar dari lamunannya itu dengan pantas menoleh ke arah Daniel.

“kau ni kalau tak kacau aku tak boleh ke ha” hambur Farshah pada Daniel.

“bila masa pula I kacau you” tanya Daniel yang melihat Farshah sudah berukar riak itu.

“habis tu yang kau langgar aku ni kenapa, buta ke?” marah Farshah lagi pada lelaki itu.

you yang langgar I, jalan mengalahkan ulat beluncas” balas Daniel.

Macam mana pula aku yang tengah jalan dekat depan ni boleh langgar dia yang dekat belakang? Mamat ni memang bangang betul, belajar entah sampai darjah berapa. Tak logik langsung!

“Farshah! Daniel! Cepatlah sikit, yang kamu berdua bersembang dekat situ kenapa” laung daddy yang memanggil Farshah dan Daniel kerana mereka telah jauh ditinggalkan akibat pertelingkahan itu.

Farshah dan Daniel yang mendengarnya terus melangkah beriringan.

Setelah mereka semua tiba di hadapan satu pintu besar, Farshah dan Daniel diminta bersama-sama berada dihadapan untuk berjalan beriringan. Diikuti ibu bapa Daniel dan di belakang mereka pula daddy dan mummy.

Farshah yang pada mulanya tidak mahu terpaksa juga berjalan ke hadapan setelah daddy memandangnya tajam.

Ishhh!! Beriya sangat suruh aku jalan dengan mamat ni kenapa pula.

Pintu besar itu dibuka dari luar dan alangkah terkejutnya Farshah kerana melihatan begitu banyak cahaya yang berkelipan.

Farshah yang pelik melihat begitu ramai wartawan berada di situ terus memandang ke arah Daniel yang juga sedang memandangnya.


1 comment:

  1. dorang kena kawin paksa ke???
    sekarang byk cter kahwin paksa...
    that only my comment,u can ignore it =)

    ReplyDelete

terima kasih kerana menjadi followers