11 April 2013

yes! aku terima kau bab 4


BAB 4

GENAP seminggu Farshah berehat dirumah, kakinya yang terseliuh itu hanya dijadikan alasan sahaja supaya Farshah tidak perlu kemana-mana. Kejadian yang berlaku di restaurant dan boutique pada tempoh hari selalu bermain di fikirannya, Farshah teringat semula kata-kata Isya kepadanya selepas Daniel berlalu pergi dari boutique tersebut

“Daniel tu sesuailah dengan kau Ev” kata Isya yang mencuba untuk menarik perhatian Farshah yang ralit melihat pergelangan kakinya.

Farshah yang mendengarnya bagaikan terkena renjatan elektrik terus mengangkat muka dengan pantas dan menjawab “apa yang kau merepek ni Isya?”

seriously aku tak tipu Ev, Daniellah satu-satunya manusia dalam dunia ni yang beruntung sebab dapat penampar sulung kau” terang Isya yang tersenyum.

“hanya disebabkan aku tampar dia, kau cakap Daniel tu sesuai dengan aku? Habis tu kalau aku tampar buaya dekat zoo tu, buaya tulah yang sesuai dengan aku ye?” balas Farshah sambil tergelak.

“aku kenal kau dari sekolah rendah lagi Ev. Sekejam-kejam kau dari dulu sampailah sekarang, kau tak pernah lagi ‘sentuh’ anak orang. Aku seriouslah Ev, janganlah buat lawak pula!” jawab Isya yang geram dengan sikap sahabatnya itu.

Kenapa pulak dengan Isya ni, tiba-tiba je kata aku ni sesuai dengan Daniel. Ni mesti dah tangkap cintun dengan si Daniel, tu yang asyik merepek je kerja dia.


“KAK long!!” jerit Aleeya pada Farshah. Farshah yang asyik mengelamun sejak dari tadi terkejut mendengar suara adiknya itu.

“Aleeya nak apa ni? Boleh tak jangan kacau kak long” marah Farshah yang tidak suka diganggu apabila dia sedang berehat.

“hari ni kak long free tak?” Aleeya bertanya.

“tak” jawab Farshah pendek yang malas mahu melayan karenah adiknya itu.

“tipu je lebih, dah seminggu Aleeya tengok kak long tak buat pape kat rumah”

“Aleeya nak apa sebenarnya ni?” tanya Farshah. Ni kalau tiba-tiba datang bilik aku, mesti ada something nak mintak tolong aku.

“Aleeya nak minta tolong kak long teman Aleeya pergi beli buku boleh tak? Kejap je” rayu Aleeya.

“ajak lah orang lain, kak long malaslah”

“mummy yang suruh kak long hantar Aleeya sebab driver tak de hari ni” terang Aleeya jujur.

“esok tak boleh ke Aleeya? Kak long malaslah hari ni” jawab Farshah yang masih lagi malas untuk menghantar Aleeya.

“mana boleh kak long, esokkan Aleeya sekolah. Lagipun buku yang Aleeya kena beli tu, cikgu nak guna esok. Jomlah kak long, lepas Aleeya beli buku tu kita terus balik” janji Aleeya bersungguh-sungguh.

Setelah lama Farshah berdiam, akhirnya dia menjawab “nasib baik Aleeya SPM tahun ni kalau tak, jangan harap kak long nak tolong. Jomlah”

“sayang kak long” kata Aleeya sambil memeluk Farshah. Aku dah tolong baru dia nak sayang? Habis tu kalau aku tak tolong tadi mesti Aleeya cakap ‘benci kak long’, hampeh punya adik.


FARSHAH hanya memakai pakaian yang ringkas sahaja, rambutnya yang panjang melepasi paras bahu itu dibiarkan lepas.

Nak pergi kedai buku je, so tak payahlah nak over dressing. Tapi janganlah serabai sangat sampai orang sekeliling pun tengok pelik, pada masa yang sama kenalah jugak jaga penampilan sebab aku ni kan model terkenal.

“kedai buku tu belah mana Aleeya?” Farshah bertanya setelah sampai ke shopping complex tersebut.

“sebelah boutique tu kedai buku” jawab Aleeya sambil menunjuk ke arah kedai tersebut.

Farshah dan Aleeya berjalan beriringan sambil mata mereka melilau melihat deretan kedai yang pelbagai di situ. Mata Farshah dapat menangkap satu susuk tubuh manusia yang amat dikenalinya kerana banyak menyusahkannya baru-baru ini, idea jahat mula timbul di fikiran Farshah. Kau tunggu ye Daniel, biar kau tau siapa sebenarnya Farshah Irdiana Eva yang kau malukan tempoh hari.

“Aleeya pergilah dulu beli buku, kak long tunggu Aleeya kat boutique ni ye. Kak long nak tengok baju kejap” beritahu Farshah pada Aleeya bersama senyuman yang tidak lekang dari tadi.

“sejak bila kak long berminat dengan baju yang ada dekat Malaysia ni?” Aleeya bertanya dengan riak terkejut.

“saja tukar taste, Aleeya cepatlah pergi beli buku tu. Kak long tinggal Aleeya dekat sini baru tau” jawab Farshah. Hishh banyak tanya pulak budak ni, sekeh kang kepala tu baru tau.

“ye, nak pergilah ni” Aleeya terus berlalu pergi setelah menghabiskan ayatnya itu.

Daniel sayang  I’m coming, habislah kau hari ni. Farshah menuju ke boutique tersebut bersama senyuman jahat yang muncul sejak dari tadi.

Farshah berjalan perlahan-lahan supaya heels yang di pakainya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, Daniel yang sedang ralit membelek pakaian tersebut tidak perasan akan kewujudan Farshah yang sedang membelakanginya.

“Daniel tolong I boleh tak? Please, I mohon sangat” Farshah bersuara perlahan dan masih tidak berganjak dari kedudukannya. Farshah sengaja menggunakan  perkataan ‘I’ sebagai kata ganti dirinya supaya lakonan yang dilakukannya lebih berkesan.

Daniel yang mendengar seseorang menyebut namanya dengan pantas menoleh dan kelihatan Farshah sedang membelakanginya tanpa memandangnya. “Farshah? You buat apa dekat sini?” Daniel bertanya dengan riak pelik.

“nantilah I jawab soalan you tu daniel, ada orang jahat kejar I dari tadi. You boleh tolong I tak Daniel?” jawab Farshah dengan nada sayu yang dibuat-buat. Farshah masih lagi dengan kedudukannya tadi.

“orang jahat? Dah you pun jahat, memang padan sangatlah dia kejar you sebab sama jahat” balas Daniel sambil tergelak dan menyambung semula kata-katanya itu “you nak I tolong apa?”

Mamat ni nak gaduh ke dengan aku? Ada juga yang tidur kat jail malam ni kang. “I tak tau nak buat apa, you je yang boleh tolong I buat masa sekarang” jawab Farshah sambil membuat suara seakan-akan merayu. Wahhh! Farshah lepas ni baik kau jadi pelakon, mesti banyak awards yang kau boleh dapat.

I lagilah tak tau nak buat apa, I call polis jelah Farshah” kata Daniel sambil mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya.

I rasa tak payahlah sebab dah tak sempat ni” jawab Farshah. Kau giler Daniel, kang tak pasal-pasal aku pula yang kena tangkap sebab bagi laporan palsu. “I rasa takut sangat sekarang ni Daniel, boleh you peluk I sekejap? Please Daniel” sambung Farshah lagi. Kau betul ke tidak ni Farshah? Kalau daddy tau kau buat macam ni, mesti daddy ‘meletup’ punyalah.

you gila Farshah, I’m not your husband sampai nak berpeluk-peluk bagai ni” Daniel menjawab dengan nada tegas.

Farshah yang mendengarnya terus berpura-pura menangis perlahan.

Daniel yang mendengar esakan tersebut terus memeluk Farshah.

“tolonggg!! Ada peraba, pencabul!!” jerit Farshah dengan lantang setelah dapat merasakan ada tangan yang melingkari pinggangnya.

Farshah berpura-pura menangis sambil meraung dengan kuat supaya dapat menarik perhatian lebih ramai lagi pengunjung untuk melihat adegan tersebut. Dalam keadaan yang hinggar-binggar itu, Farshah sempat lagi mengangkat muka untuk melihat keadaan sekelilingnya. Huyoo ramai gila yang ‘singgah’ ke boutique ni semata-mata nak tengok apa yang terjadi, memang tak sia-sialah bakat lakonan aku yang dah lama ‘terendam’ ni.

Daniel yang terkejut akan kejadian tersebut dengan pantas mengalihkan tangannya yang berada di pinggang Farshah.

Pengunjung yang berada berhampiran Daniel terus memukul Daniel tanpa henti sehinggalah seorang pekerja boutique tersebut datang menghampiri mereka untuk melihat kekecohan yang berlaku sebentar tadi. Kacau daun betullah minah ni, kalau nak datang pun tunggulah sampai semua orang ‘penyek’kan si Daniel ni sampai lunyai.

“cik okey? Ada apa-apa yang perlu saya bantu?” tanya pekerja wanita tersebut sambil melirik pada Daniel.

“mana pengurus boutique ni? I nak jumpa dia sekarang” pekik Farshah pada pekerja wanita tersebut, wanita itu terus menunjukkan sebuah bilik yang berada di sudut boutique tersebut.

Farshah terus menarik Daniel masuk ke dalam bilik tersebut.

“ye cik, ada yang perlu saya bantu?” wanita tersebut bertanya ramah.

“macam mana pekerja you semua buat kerja sampai tak perasan ada orang meraba I?” hambur Farshah pada wanita muda tersebut.

“saya minta maaf bagi pihak boutique kami kerana kejadian begini berlaku pada cik” kata wanita tersebut sambil memandang Farshah.

I nak you call polis sekarang, biar lelaki ni meringkup dalam penjara” arah Farshah dengan lantang. Padan muka kau Daniel, lain kali jangan nak cari pasal dengan aku.

“sekali lagi saya memohon maaf cik, tolong jangan libatkan pihak polis kerana ia akan menjatuhkan nama baik boutique ni. Lagi pun cik kan model terkenal, nanti apa pula kata orang di luar sana setelah mengetahui perkara ni. Kami akan ambil tindakan sewajarnya pada lelaki ini” ucap wanita tersebut pada Farshah. Macam manalah aku boleh lupa yang aku ni model, kang tak pasal-pasal semua reporter kejar aku.

Farshah yang mendengarnya terus tersenyum. “baiklah, I serahkan hal ni pada you” jawab Farshah sebelum berlalu pergi.

“kenapa you malukan I sampai macam ni Farshah?” tanya Daniel yang berlari mendapatkan Farshah.

“ini balasan untuk perkara yang berlaku di restaurant tempoh hari” balas Farshah sambil tersenyum melihat kesan luka di wajah Daniel itu.

Belum sempat Daniel membalas kata-katanya, Farshah terus pergi meninggalkan Daniel keseorangan di situ.

Farshah terus mendapatkan Aleeya yang sedang dari tadi melihat Farshah dan Daniel berbual.

“siapa tu kak long” tanya Aleeya.

“orang gila, dah jom balik” jawab Farshah pendek. Hari ni aku rasa puas sangat, puas kenakan lelaki yang dah malukan aku.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers