09 April 2013

yes! aku terima kau bab 3


BAB 3

KENAPALAH nasib aku malang sangat sampai boleh jumpa mamat tu dekat situ, dalam banyak-banyak manusia dalam dunia ni kenapa mesti dia yang malukan aku? Aku cuma cakap dia bodoh je then yang mamat tu over sangat sampai tuang air berbaldi-baldi dekat aku tu kenapa, apa dia ingat aku ni tak mandi setahun ke. Huhhh! Buat aku berapi je, aku punyalah dah ada feel nak jumpa Isya untuk bergosip.

Setelah tiba di rumah, Farshah lantas masuk ke rumah.

“ha Farshah, kamu ni baru balik dari bendang ke?” tanya mummy setelah terserempak dengan Farshah.

“eh taklah mummy, tadi Farshah pergi pesta lumpur. Memang best giler ‘pesta’ tu, next time mummy bolehlah join Farshah ye” jawab Farshah bersahaja. Mummy ni, dahlah aku tengah hangin satu badan boleh pulak dia buat lawak asia dekat sini,

“kalau mummy tanya, Farshah tak pernah nak bagi jawapan yang serius pada mummy. Apa yang terjadi sebenarnya ni, kenapa baju Farshah tu kotor sangat?” tanya mummy penuh prihatin sambil membelek dress Farshah yang sudah bewarna coklat kehitaman tersebut.

“mummy yang tak pernah serius bila tanya kat Farshah, mummykan tau yang Farshah takkan jejak bendang. Baju Farshah kotor sebab tadi ada orang giler derma beliter-liter air dekat Farshah, Farshah naik dululah mummy” balas Farshah seraya berlalu pergi.


HARI ni aku jadi ‘guard’ dekat boutique mummy sebab mummy kata dia busy hari ni, dahlah bosan gila dekat sini sebab tak de benda yang aku boleh buat. Kalau aku tidur pun mesti dah boleh keluar air liur, almaklumlah dekat sini semua kerja dah ada pekerja mummy yang buat and aku cuma ‘tenung-tenung’ dia orang. Mummy siap bagi tau awal-awal dekat aku yang dia busy hari ni, tapi kenapa mummy tak buat benda yang busy tu semalam sebab aku tengok dia bersuka ria je dekat rumah semalam. Pelik betul mummy ni.

Lantas Farshah mencapai iphonenya yang berada diatas kaunter lalu mendail number seseorang.

“woi Isya, kau kata nak datang boutique mummy aku. Ni apa kes pulak sampai sekarang aku tak nampak bulu hidung kau lagi kat sini” Farshah terus berkata tanpa henti apabila panggilan tersebut dijawab oleh Isya.

“kau nikan Ev, lain kali bagilah salam dulu. Aku boleh cepat masuk tiang dua kalau hari-hari kau call aku macam ni, aku dah sampai depan boutique mummy kau kejap lagi aku masuklah. Apa kejadahnya pulak kau nampak bulu hidung aku, eiii pengotorlah kau ni” balas Isya setelah Farshah habis berkata-kata.

Apa ke pelik Isya ni, tiap kali kalau aku call dia mana pernah bagi salam.

“hehe sorry Isya terover pula, jemputlah masuk ye” Farshah menjawab sambil tergelak lantas menamatkan perbualan tersebut.

Isya masuk ke dalam boutique tersebut lalu duduk di sofa yang disediakan khas untuk pengunjung yang datang ke boutique itu sementara menunggu Farshah.

Setelah Farshah melihat Isya berada di situ, lantas Farshah berjalan menuju tempat tersebut dan duduk bersebelahan Isya.

“ada apa kau beriya-iya sangat suruh aku datang sini” tanya Isya pada Farshah.

“saja je, aku bosanlah ada dekat sini sorang-sorang. Lagipun kau bukannya busy sangat kan, baik kau teman aku dekat sini lagi banyak manfaat” jawab Farshah sambil menunjukkan riak bosan.

Isya dan Farshah memang berasal dari keluarga yang kaya tetapi Isya tidak seperti Farshah yang riak dan selalu menunjuk-nunjuk kekayaannya, mereka berkawan sejak kecil lagi dan belajar di sekolah yang sama. Mereka berdua diibaratkan sebagai kembar kerana mempunyai raut wajah yang seiras, disebabkan mereka mempunyai paras rupa yang cantik tambahan pula mereka dari kalangan keluarga yang kaya menyebabkan mereka amat dikenali di sekolah elit tersebut. Tetapi apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, Isya memilih untuk menyambung di dalam Malaysia sahaja manakala Farshah pula ke overseas.

“banyaklah kau punya manfaat. Kau buat apa pada mamat semalam tu sampai dia simbah air dekat kau? Kalau sikit tak pe, ni sampai tiga gelas dia ‘bagi’ kau” tanya Isya pada Farshah.

“kau ni tak de soklan lain ke nak tanya, aku dahlah tengah bengkek dengan mamat tu. Perasaan malu aku sampai sekarang tak habis lagi tau, memang aku tak kan jejak lagi lah restaurant tu jawabnya” jawab Farshah sambil lewa.

Sebaik sahaja Farshah menghabiskan ayatnya, pintu boutique ditolak perlahan dari luar dan masuk seorang lelaki yang amat dikenalinya. Lelaki tersebut menghadiahkan senyuman manis kepada Farshah lalu mengenyitkan mata pada Isya yang berada bersebelahannya.

“kau nak apa datang sini? Tak cukup lagi apa yang kau buat dekat aku semalam?” tanya Farshah dengan nada yang cuba dikawal.

Aku boleh giler macam ni kalau jumpa dia setiap hari, mahu terbakar boutique mummy hari ni.

“garangnya you ni, macam piranha. I datang sini bukan nak jumpa you, ibu I yang suruh I datang sini ambil baju” jawab Daniel sambil gelak mengejek.

“kalau aku ni piranha, kau tu king of piranha” balas Farshah lalu memanggil pekerja boutique tersebut untuk mengambil baju yang ditempah oleh ibu Daniel.

by the way, nama I Daniel and you pula?” tanya Daniel sambil menguntumkan senyuman manis pada Isya.

“Isya for a short, hai Daniel” Isya menjawab lalu membalas senyuman tersebut.

Farshah hanya berdiam diri dan mendengar sahaja perbualan tersebut kerana dia tidak berasa ingin mencampuri perbualan tersebut.

you buat apa disini?” Daniel bertanya pada Isya.

I saja datang teman Ev, dia bosan tak de kawan dekat boutique ni” terang Isya. Dilihat Farshah yang berada disisinya sudah menarik muka.

“Ev? Siapa Ev?” Daniel bertanya lagi sambil membuat mimik muka kehairanan.

“Farshahlah, kan nama dia Farshah Irdiana Eva and I’m just call her Ev untuk Eva. Saja panggil Ev, nak buat kelainanlah kononnya.” terang Isya panjang lebar diikuti dengan tawanya.

Farshah yang sudah berasa bosan itu terus bangun dari sofa tersebut untuk berlalu pergi kerana dia malas nak ‘menghadap’ muka si Daniel yang telah memalukannya di khalayak ramai semalam.

“kau nak pergi mana Ev?” Isya bertanya sambil memandang Farshah.

“kau berbuallah dengan Daniel ni, boleh rapatkan lagi silaturrahim. Aku nak pergi ambil angin jap dekat luar” jawab Farshah sambil tersenyum sinis pada Daniel.

Dah lah tengahari buta, angin dari mana pulak yang nak ‘singgah’ boutique ni. Apa kebangang sangat aku ni bagi jawapan macam tu.

Isya yang mendengar jawapan dari sahabatnya itu hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala sahaja.

Habis sahaja Farshah berkata, lantas dia berjalan menuju ke pintu boutique dan menariknya lalu keluar. Disebabkan amarah yang membuak-buak, Farshah tidak perasan akan papan tanda bewarna kuning yang menunjukkan lantai licin selepas di mop.

Bukkkkkk, bunyi Farshah yang terjatuh akibat heels 5 inchi yang dipakainya tidak seimbang.

Isya dan Daniel yang mendengar bunyi tersebut saling berpandangan dan lantas bangun dari sofa tersebut untuk melihat apa yang sedang berlaku. Isya yang terkejut melihatnya terus mendapatkan Farshah yang sudah terduduk.

“ha ha ha padan muka you, lain kali pakailah heels yang sampai 10 inchi tu” Daniel yang melihat adegan tersebut terus tergelak.

“sudahlah tu Daniel, kesiankanlah Ev. Dia bukan nak pun jadi macam ni” Isya berkata setelah melihat wajah Farshah yang sudah bertukar riak itu.

“kau okey tak ni Ev?” tanya Isya pada Farshah

“aku okeylah, sikit je ni” jawab Farshah sambil membuat senyum terpaksa untuk menutup perasaan malu kerana digelakkan oleh Daniel. Bengong punya Daniel gelakkan aku, aku sumbat juga heels ni kat tekak dia kang.

“dahlah jom bangun duduk didalam” kata Isya sambil mencuba untuk memapah Farshah tetapi hampa kerana Farshah tidak bergerak walaupun seinchi.

“kaki aku sakitlah Isya, tak boleh nak bangun” rengek Farshah sambil memandang Isya.

you tolong I papah dia boleh tak Daniel, I  tak laratlah pulak” arah Isya pada Daniel kerana dia tidak mampu melakukannya seorang diri.

“eh tak payahlah Isya, aku boleh bangun ni” lantas Farshah menjawab. Farshah cuba berdiri tetapi dek kerana kakinya yang teramat sakit itu telah menyebabkan Farshah terduduk semula.

you ni degillah, you tak malu ke semua orang yang lalu-lalang depan boutique ni tengok you?” marah Daniel pada Farshah.

Farshah terus mengangkat muka dan melihat sekelilingnya, memang ada benarnya kata-kata Daniel kerana dia terlihat beberapa orang yang lalu-lalang di situ yang melihatnya sambil tersenyum dan lantas Farshah memandang Daniel untuk meminta tolong.

“jomlah masuk” Daniel berkata dan terus membantu Isya memapah Farshah masuk ke dalam boutique.

Setelah Farshah diletakkan diatas sofa, Daniel membuka heels yang dipakainya lalu diletakkan di tepi sofa tersebut dan ‘membelek’ pergelangan kaki Farshah.

I rasa kaki you ni terseliuh je, balik nanti suruh mummy you urut. Kalau nak lagi cepat sembuh, you rebus heels ni then minum air tu” kata Daniel sambil menayangkan heels tersebut kepada Farshah. Isya yang mendengarnya hanya tergelak sahaja.

“kak Lin!!! Mana baju yang Farshah mintak tadi?”  jerit Farshah memanggil pekerja boutique tersebut.

“okeylah I balik dulu” Daniel bersuara setelah baju ibunya diperolehi.

thanks Daniel sebab tolong Ev” ucap Isya kerana dia tahu yang Farshah memang susah untuk menyebut perkataan tersebut terutamanya pada lelaki yang telah menaikkan kemarahannya.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers