09 April 2013

yes! aku terima kau bab 2


BAB 2

FARSHAH terus terbangun bila terdengar suara Datin Elliya menjerit namanya. Kalau tiap hari macam ni mesti otak aku boleh jammed. Nasib baiklah aku tak ada masalah jantung, kalau tak dah lama jalan.

Farshah mengambil iphone yang berada di sisi katil, baru pukul 1.00p.m rupanya.

Ishh, awal lagi ni kalau nak jumpa Isya. Dialah satu-satunya BFF aku kat dunia ni, kita orang kawan dari zaman batu lagi. Tapi kalau aku sambung tidur lagi mesti mummy serang bilik aku, better aku pergi mandi sekarang.


OK time to eat, let’s go baby. Kesian perut aku, mesti dah laparkan? Setelah memastikan semua tetamu Datin Elliya pulang, barulah Farshah turun semula ke dapur untuk breakfast.

Aku bukan malas nak layan tetamu mummy, tapi bila aku jumpa je kaum kerabat mummy mesti dia orang asyik tanya ‘bila nak kahwin?’. Aku dah naik bosan nak jawab soalan macam tu.

Farshah menarik kerusi yang berada di meja makan setelah menyenduk nasi lemak ke dalam pinggannya. Baru sahaja Farshah hendak menyuap nasi ke dalam mulutnya, daddy bersuara

“Farshah bila nak bekerja? Daddy tak kesah Farshah nak kerja apa, asalkan pekerjaan tersebut halal”

“Farshahkan dah jadi model sekarang ni, lagipun kalau Farshah tak kerja pun tak pe sebab daddykan kaya” jawab Farshah bersahaja sambil menyuap nasi lemak tersebut.

“astaghfirullahalazim, Farshah sedar tak apa yang Farshah cakap kan ni? Kekayaan daddy ni cuma sementara, bila-bila masa Allah boleh tarik balik. Daddy cuma mahukan Farshah belajar berdikari untuk mencari rezeki, tapi kalau Farshah nak bekerja di syarikat daddy pun boleh”

sorry daddy, I didn’t mean it. Farshah kerja kat office daddy? No way daddy, Farshah tak nak lah. Better Farsha jadi model macam sekarang ni”

Daddy ni dah lah workaholic, kalau aku datang tak on time mesti mengamuk sakan punyalah. Ishh tak nak aku, kang  free je office tu jadi tunggang-langgang kalau aku dah berapi.

“ikut suka Farshahlah, daddy tak kesah. Tapi daddy nak ingatkan, jadi model ni sementara sahaja sebab kalau Farshah dah berumur dia orang akan mencari pengganti yang baharu” nasihat Datuk Arsyad pada Farshah.

“nanti bila Farshah dah berumur, Farshah jadi tea lady dekat office daddy boleh?” tanya Farshah.

“daddy tak kesah Farshah jadi tea lady kat office daddy, itu pun kalau Farshah sudi” Datuk Arsyad terus tergelak setelah menghabiskan ayatnya.

Ishhh daddy ni macam tau-tau je aku takkan buat kerja macam tu, jatuhlah standart aku.


“DAH lama ke kau tunggu aku Isya?” tanya Farshah tanpa sedikit pun rasa serba salah.

“eh tak lah, baru 20 minit aku duduk kat sini” jawab Isya selamba. Dia sudah masak sangat dengan perangai sahabat baiknya itu yang tidak pernah menepati masa.

“hehe sorry Isya” Farshah tersenyum kelat mendengar sindirin tersebut.

“ada apa kau nak jumpa aku Ev?” tanya Isya yang membuat muka serius.

“aku lambat 20 minit je, ye pun tak payahlah kau buat muka macam tu. Saja je aku nak jumpa kau, boringlah”

“bertuah punya kawan, dah boring baru nak cari aku” kata Isya yang sudah tersenyum lalu mencubit lengan Farshah.

“ouch, sakitlah Isya” Farshah mengaduh.

“padan muka! Tu sebab kau datang lambat”

Ehh perempuan serabai tu buat apa kat sini? Time family aku datang rumah dia, boleh pulak dia memerap diri kat dalam bilik. Tup-tup berjoli sakan dekat sini, kau tunggu ye Farshah Irdiana Eva.

“esok kau datang boutique mummy aku boleh tak?” tanya Farshah.

“kau buat apa kat boutique? Kalau aku free aku datang lah kot” jawab Isya sambil menyedut minumannya.

“aku tolong mummy aku sebab dia busy esok.  Tak de kot-kot, kau kalau dah cakap macam tu mesti kau tak da……” perkataan ‘datang’ hanya keluar separuh sahaja setelah melihat tompokan hitam yang sudah melekat pada dressnya.

“kau ni bodoh ke rabun ha?! Angkat gelas yang punya ringan pun takkanlah tak larat. Kalau kau nak bagi tumpah pun, pergilah bagi tumpah kat orang lain” hambur Farshah tanpa melihat wajah tersebut .

“ehhh Farshah, you buat apa kat sini? Sorrylah, mesti coffee I dah rosakkan dress you yang ‘mahal’ nikan” jawab Daniel sambil tersenyum sinis.

Aku macam pernah dengar suara ni, kat mana ye? Farshah terus mengangkat muka setelah mengingati si empunya suara. Ni yang buat aku lagi bengkek, apa mamat giler ni buat kat sini? Malapetaka betul.

“aku tengah kayuh sampan kat sini, kau nak join ke? Nikan restaurant, mestilah aku datang nak makan. Bodoh betul! Dress aku ni memang mahal pun sebab dari overseaskan, so kalau kau pusing satu Malaysia ni pun takkan jumpa” balas Farshah sambil mengelap tompokan tersebut. Baju aku dah lah ‘kaler’ putih, tumpah pula coffee yang memang hitam pekat melekat tu. Dah macam lembu pulak aku ni, hitam putih je.

you ni kelakarlah sayang, disebabkan dress you dah memang kotor kan why not kalau I tambah lagi. Barulah ceria sikit” jawab Daniel sambil mengambil milkshake oreo kepunyaan Isya lalu menuangnya ke atas Farshah. Tidak cukup dengan itu, fresh orange smoothie kepunyaan Farshah juga diambil dan dituangnya.

Semua pengunjung yang datang untuk menjamu selera di situ tergamam sebentar seperti sedang melihat tayangan perdana.

“apa ni Daniel?!” jerit Farshah yang tidak puas hati.

“apa?” Daniel tidak menjawab pertanyaan tersebut bahkan bertanya semula pada Farshah.

“kau sengajakan tumpahkan air dekat aku?”

“baguslah kalau you dah tau” jawab Daniel diikuti senyuman nakalnya.

Panggg!! Farshah yang berasa malu dengan kejadian tersebut terus menampar Daniel, Isya hanya mampu terdiam sahaja melihat adegan tersebut kerana dia tahu akibatnya jika membuat sahabatnya itu marah.

enough Daniel!! This is too much” jerit Farshah pada Daniel.

“apa masalah kau sebenarnya ha? Aku tak pernah kacau hidup kau pun” sambung Farshah lagi

Daniel terus menarik Farshah keluar dari restaurant tesebut setelah dia sedar kejadian sebentar tadi menjadi tontonan umum pengunjung di situ.

Terkocoh-kocoh Farshah berjalan mengikuti langkah Daniel dek kerana lengannya yang masih di tarik oleh lelaki itu.

Farshah yang merasa sakit pada lengannya akibat cengkaman lelaki tersebut terus berkata “woi Daniel, kau nak tarik aku sampai bila ha!”

“Sakitlah bodoh!!” sambung Farshah lagi yang geram apabila lengannya tidak dilepaskan oleh Daniel. Dia ingat lengan aku ni besi ke, dahlah tangan dia tu dua kali ganda besar dari tangan aku.

Daniel yang mendengarnya terus berhenti lalu memulas lengan Farshah.

“ouchhh!” jerit Farshah.

“itu balasan sebab kau tampar aku, kau cakap lagi aku bodoh siap kau” jerit Daniel pula sambil menunjal-nunjal dahi Farshah sebelum berlalu pergi.

Kau ingat aku pekak sangat ke sampai nak menjerit sakan ni, dahlah lengan aku sakit kang tak pasal-pasal telinga aku pula yang pekak.

“kau okey tak Ev?” tanya Isya padanya.

“aku okey, sikit je ni” jawab Farshah sambil melihat lengannya yang sudah memerah. Huh dasyat juga mamat ni, nak tercabut rasanya kulit aku ni.

sape mamat handsome tu? Tetiba je datang serang kau” Isya masih lagi memandang susuk tubuh Daniel sehingga hilang dari pandangannya.

“Daniel, aku balik dululah Isya. Kau tengoklah aku ni, dah macam baru balik dari berperang” jawab Farshah sambil memandang dressnya yang kotor.


#sape yang dah baca sebelum ni mesti perasan nama yg diubah kan kan?
#cer teka sape? lol
  

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana menjadi followers