08 April 2013

yes! aku terima kau BAB 1


BAB 1

“MUMMY!!! Macam mana kitty boleh ada kat sini?” hah tu dia, tak pasal-pasal aku dah keluarkan suara aku yang lunak ni pagi-pagi buta. Ni mesti kerja adik aku si Aleeya bengong tu, ishh nak kena budak ni.

“aleeyaaa!” Farshah menjerit memanggilnya, budak ni pagi-pagi lagi dah buat aku bengkek. Aku panggil kau buat dek je eh, kau tunggu aku turun kang. Sesedap durian je kau ‘tumpangkan’ kitty kat sini, kalau kitty tu buaya ke harimau ke nak jugak aku ‘bermanja’. Ni kucing, yurkss! Aku bukan tak suka, aku cuma geli je k.

Farshah menuruni tangga dan berjalan menuju ke dapur.

Aikk mana semua orang dah pergi? Maid pun tak de, ni mesti dok bergosip dengan adik aku. Adik aku ni pun lagi satu, suka sangat ajar maid mummy ni macam-macam. Contohnya, macam hari tu dia ajar berfacebook dengan bertwitter. Siap ajar macam mana nak berwebcam lagi tu, dasyat sungguh. Farshah scans semua pelusuk ruang dapur tu, tapi hampeh sebab sorang pun tidak kelihatan di situ. Hah! Mesti ada kat ruang tamu. Korang semua tunggu ye, aku nak bagi surprise. Hehe idea gila dah datang, Farshah terus berlari menuju ke bilik.

Farshah berjalan terjengket-jengket menuju ke ruang tamu. Tetapi apabila Farshah melepasi dapur, dia terasa bahunya dicuit seseorang.

“mummyyy!” terus Farshah terjerit akibat terkejut, Farshah memandang lelaki tersebut dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki dengan senyuman sinis. Pengemis mana pulak yang datang nak mintak sedekah kat rumah aku ni, siap masuk rumah aku lagi.

“Ni lagi sorang, kalau nak mintak sedekah pun jangan lah sampai masuk rumah aku. Buat kotor lantai rumah aku je, kau ingat kau pakai baju kotor macam ni aku nak simpati? Boleh blah lah weh, now get out from my houseee!! ” Farshah menjerit padanya. Orang macam ni jangan bagi muka sangat sebab zaman sekarang ni banyak yang menipu hanya disebabkan nak duit. Dia ingat dengan pakai baju kotor macam tu aku nak kesian? Sorry to saylah. Tapi macam mana dia ni boleh lepas dari security dekat gate rumah aku ni.

Lelaki tersebut memandang Farshah dengan tajam lalu terus mentertawakannya.

“hahaha, you ni manusia ke pontianak? Dahlah rambut serabai, you ingat dengan letak bedak sejuk banyak macam tu boleh buat muka you putih melepak ke? Sedarlah diri tu sikit” balas lelaki tersebut dengan ayat mintak kaki plus penampar percuma dari aku.

Banyak sangat ke aku pakai bedak sejuk ni? Dahlah first time pakai bendala ni, itu pun aku ‘pinjam’ dari Aleeya.

“ya Allah, Farshah kenapa terjerit-jerit ni?” Tanya mummy selepas mendengar jeritanku sebentar tadi.

“mummy kena tukar securitylah lepas ni, dia orang bukan buat kerja pun. Tengok ni, boleh pulak telepas ‘seekor’ pengemis siap masuk rumah lagi ni, nak mencurilah tu” jawab Farshah dengan angkuh.

Datin Elliya memandang lelaki tersebut dari atas ke bawah lalu tersenyum.

“sampai pun kat rumah untie, ayah dengan ibu Niel dah lama tunggu dari tadi. Macam mana boleh kotor sampai macam ni?” Tanya Datin Elliya dengan penuh prihatin pada ‘pengemis’ tersebut.

Macam mana mummy boleh kenal mamat serabai ni? Buat suspen je mummy ni.

“maaflah untie kalau Niel sampai lambat, tadi time nak masuk rumah ni Niel ternampak kucing kat atas pokok. Kucing tu macam takut je nak turun, tu yang Niel pergilah tolong. Tapi tah macam mana boleh terjatuh pulak, tu yang kotor” jawab mamat selekeh tersebut dengan sopan.

Cehhh propa lebih, tadi time cakap dengan aku memang ‘bertatatertib’ giler sampai buat aku nak bagi kaki.

“ohhh ni mesti kerja Farshah kan yang letak kitty tu dekat atas pokok, kalau Aleeya tahu mesti dia mengamuk ni” omel Datin Elliya.

“Perkenalkan anak untie yang paling gedik dalam rumah ni Farshah Irdiana Eva” tambah Datin Elliya sambil memandang ke arah Farshah yang sedang mencebikkan bibir itu.

Hishh mummy nie macam tau-tau je aku yang letak kitty kat situ. Yang mummy ni baik sangat bagi tau full name aku kat mamat ni kenapa, kang dia mandrem aku naya je.

“eh! mummy nie pandai-pandai je, Farshah kan ‘sayang’ giler kat kitty tu. One more thing yang pasal gedik tu, Farshah tak gediklah mummy. Memang semua perempuan ‘wajib’ jadi gedik, kalau tak gedik bukan perempuanlah namanya mummy” balas Farshah yang tersenyum sambil membuat peace.

“sampai esok tak habis kalau mummy cakap dengan Farshah, ni Muhammad Daniel Hafiy. Keluarga Niel ni datang sebab nak jemput kita datang majlis kesyukuran yang dia orang buat bulan hadapan, hah Niel pergi mandi dengan tukar baju dulu. Farshah tolong tunjuk bilik tetamu” kata mummy setelah memperkenalkan mamat selekeh tersebut pada Farshah.

Macam manalah mummy boleh kenal pengemis macam ni.

Selepas Farshah menunjukkan bilik tersebut, Farshah terus masuk ke bilik dan menyambung tidur.

Aku malas nak turun bawah pergi mengadap muka mamat pengemis tu, buat cacat otak aku je kang. Nak pergi belasah Aleeya tak boleh pula sebab ada tetamu, baik aku qada’ tidur je. Farshah mengambil telefon yang berada di atas kabinet kecil bersebelahan katil. Mak ai dah pukul 11.30 pagi rupanya, dasyat juga aku tidur.


#ni yang dah diedit, maybe sama je untuk bab 1 yg sebelum ni, tapi untuk bab2 yang lain ada sikit perbezaan.. ada nama watak yang ditukar :)

#terima kasih sebab sabar membaca & menunggu cerita ni, saya ni memang pemalas yang teramat.. hihi, sorry


6 comments:

  1. wokeh2, tapi macam takde beza pon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak de beza sangat, just betulkan susunan dengan ejaan ayat.. lagipun nak hilangkan link utk tajuk sebelum ni .. thats y lah publish lagi sekali ..

      Delete
  2. Replies
    1. insyaAllah esok saya update lagi :)

      Delete

terima kasih kerana menjadi followers