15 April 2013

yes! aku terima kau bab 6


BAB 6

     BUKAN ke kalau nak pergi majlis kesyukuran kena pakai baju kurung? Ni apa kejadahnya pula mummy bagi aku dress, tak ke nanti orang tengok aku semacam. Mummy ni pun lagi satu, aku taulah aku ni model yang kena peragakan baju untuk boutique dia tapi mesti ke pakai dress masa majlis kesyukuran. Kang free-free je reporter tulis ‘model terkenal tidak berpakaian sopan semasa menghadiri majlis kesyukuran’, mummy ni macam nak sabotaj aku je. Apalah kau ni Farshah, dengan mummy sendiri pun boleh beranggapan macam tu.

“Farshahh!!” laung mummy memanggil Farshah yang berada di biliknya tingkat dua villa tersebut.

“ye mummy, ada apa?” tanya Farshah yang sejak dari tadi melihat cermin kerana pelik tentang pakaiannya itu. Trend sekarang ke kalau pergi majlis kesyukuran pakai dress? Aku tak pernah tau pun.

“Farshah buat apa lagi tu, sekarang dah pukul 7.55 malam. Nanti lambat pula sampai majlis tu, kenapa Farshah lambat sangat ni” bebel mummy.

“mummy pergilah dulu, nanti Farshah pergi sendiri” balas Farshah yang masih berada di hadapan cermin itu.

“Farshah kalau kata pergi sendiri, mummy boleh jamin yang Farshah takkan ada di majlis tu” jawab mummy sambil mendaki tangga menuju ke bilik Farshah.

“erk! Farshah nak pergilah ni” kata Farshah yang tidak perasan kehadiran mummynya di situ.

“dah siap pun, kenapa tak turun lagi? Penat mummy tunggu, daddy pun dah bising” tanya mummy sambil melihat kearah Farshah yang masih melihat cermin itu.

“kenapa mummy suruh Farshah pakai dress pula? Nanti apa kata orang yang ada dekat situ, macam pelik je” tanya Farshah kembali.

“Farshah kan suka pakai dress, mummy suruhlah pekerja boutique hantarkan dress yang terbaru” jawab mummy panjang lebar.

“mummy ni macam sindir Farshah je, Farshah memang suka pakai dress tapi takkanlah nak pakai macam ni pergi majlis tu” kata Farshah yang sudah memuncung itu.

“mana ada mummy sindir, dah jom cepat” jawab mummy sambil menarik tangan Farshah turun ke bawah.

“tapi mummy……”

“tak payah nak tapi-tapi lagi, Farshah kan watak utama untuk majlis tu nanti” pintas mummy.

Kenapa aku pula yang jadi watak utama? Ingat ni drama ke sampai nak ada watak utama.

“hah!! Watak utama? Maksud mummy?” tanya Farshah yang pelik dengan kata-kata mummynya itu.

“apa-apalah Farshah, nanti kalau dah sampai sana Farshah tau lah” jawab Datin Elliya sambil membuka pintu kereta.

Mummy ni kalau dah cakap macam tu, mesti ada surprise. Ni yang aku tak suka, kejutan mummy tu boleh buatkan aku duduk dalam hospital bahagia seumur hidup.

Farshah yang berada di dalam kereta hanya diam memerhatikan keadaan sekeliling sahaja sejak tadi, dia tidak berminat untuk mengikuti perbualan tersebut. Mummy dengan daddy ni dari tadi asyik senyum je even benda yang dia orang cakapkan tu tak kelakar langsung, putus fius betul.


FARSHAH mula berasa pelik setelah melihat kereta yang dinaikinya itu memasuki sebuah hotel terkemuka. Takkanlah dia orang buat majlis kesyukuran tu di hotel? Ramai sangat ke jemputan yang dibuat sampai buat dekat hotel? Kalau hotel kaki lima tak pe juga, ni hotel yang berbintang-bintang. Lupa pula nak tanya kat mummy, majlis kesyukuran apa.

Setelah kereta yang dipandu berhenti di hadapan pintu besar hotel itu, Farshah terus keluar dari kereta tersebut.

Farshah yang masih berasa pelik akan perkara itu lantas bertanya pada mummy yang beriringan dengannya. “kenapa dia orang buat kat hotel mummy?”

“sebab majlis tu special” jawab mummy sambil tersenyum.

“majlis kesyukuran untuk apa?” tanya Farshah lagi.

“untuk perkara yang menggembirakan” jawab mummy lagi bersama senyumannya.

“perkara apa tu? Mummy tak cerita pun” Farshah bertanya lagi, tetapi mummynya terus meninggalkannya berjalan keseorangan.

Ishhh mummy ni saja je nak buat gempak, bagi tau je lah. Saja nak buat aku rasa suspendlah tu.

Farshah hanya membontoti sahaja mummynya itu, seorang pekerja hotel membawa mereka menuju ke sebuah bilik.

Eh kenapa tak terus pergi ke majlis tu? Kenapa pekerja hotel ni hantar kita orang pergi bilik pula? Takkanlah pergi majlis kesyukuran yang biasa-biasa tu sampai kena duduk dulu dalam bilik?

Semua persoalan tersebut hanya bermain di fikiran Farshah sahaja kerana tidak terluah untuk betanyakan lebih lanjut pada mummy atau daddynya.

Pekerja hotel itu terus membukakan pintu setelah sampai di hadapan sebuah bilik. Apabila Farshah masuk sahaja ke dalam bilik tersebut, alangkah terkejutnya dia kerana melihat Daniel dan keluarganya juga turut berada di situ.

Setelah melihat Daniel di situ, perasaan bersalah Farshah padanya bertambah membuak-buak. Farshah melihat wajah Daniel untuk mencari kesan-kesan luka tempoh hari, dia berasa amat lega kerana kesan luka tersebut sudah hilang.

Daniel yang perasan seseorang sedang melihatnya sejak dari tadi lantas mengangkat muka.

Gulp! Farshah yang tidak sempat memandang ke arah lain itu terus menjeling Daniel yang tersenyum sinis kerana Farshah telah tertangkap sedang asyik memandangnya.

Ish yang mamat ni kenapa pula, dahlah buat muka innocent plus senyum yang menyakitkan hati tu. Aku bagi makan kaki kang baru tau.

“sebenarnya majlis apa ni daddy? Kalau tak penting, Farshah balik dululah” lancang mulut Farshah berkata setelah melihat semua yang berada di situ tidak mengendahkan dirinya.

behave yourself Farshah!! Tolong hormat parents Daniel yang ada di sini” marah daddy pada Farshah yang sudah memasamkan muka itu.

Farshah terus memalingkan wajahnya ke arah lain tanda protes, tapi apabila dia terpandangkan wajah Daniel yang sedang tersenyum sinis itu membuatkan perasaan marahnya itu makin bertambah lagi.

Ni lagi seorang manusia yang suka huru-harakan hidup aku, saja je nak buat aku lagi tambah bengang. Aku baling juga heels ni kang, naya je kalau kena.

Ketukan di pintu membuatkan fikirannya yang melayang sebentar tadi kembali ke alam nyata.

“boleh dimulakan sekarang, persilakan tuan dan puan” kata pekerja hotel tersebut setelah pintu di buka.

Daddy, mummy dan ibu bapa Daniel terus bangun setelah di beritahu. Farshah juga turut bangun dan diikuti oleh Daniel.

Daddy dan ayah Daniel berjalan seiringan dan turut diikuti mummy dan ibu Daniel. Manakala Farshah berjalan berseorangan kerana Daniel berada di belakangnya.

Kenapa aku rasa makin lama makin pelik ye? Ke aku seorang je yang rasa, sejak bila daddy dan mummy rapat dengan family Daniel? Aku busy sangat kot, tu yang aku tak tau dia orang ni rapat. Kata Farshah untuk menyedapkan hatinya.

Farshah yang sedang mengelamun itu menyebabkan dia berjalan semakin perlahan, Daniel yang asyik melihat handphone sejak dari tadi juga tidak perasan akan situasi itu menyebabkan Daniel terlanggar Farshah.

Farshah yang baru tersedar dari lamunannya itu dengan pantas menoleh ke arah Daniel.

“kau ni kalau tak kacau aku tak boleh ke ha” hambur Farshah pada Daniel.

“bila masa pula I kacau you” tanya Daniel yang melihat Farshah sudah berukar riak itu.

“habis tu yang kau langgar aku ni kenapa, buta ke?” marah Farshah lagi pada lelaki itu.

you yang langgar I, jalan mengalahkan ulat beluncas” balas Daniel.

Macam mana pula aku yang tengah jalan dekat depan ni boleh langgar dia yang dekat belakang? Mamat ni memang bangang betul, belajar entah sampai darjah berapa. Tak logik langsung!

“Farshah! Daniel! Cepatlah sikit, yang kamu berdua bersembang dekat situ kenapa” laung daddy yang memanggil Farshah dan Daniel kerana mereka telah jauh ditinggalkan akibat pertelingkahan itu.

Farshah dan Daniel yang mendengarnya terus melangkah beriringan.

Setelah mereka semua tiba di hadapan satu pintu besar, Farshah dan Daniel diminta bersama-sama berada dihadapan untuk berjalan beriringan. Diikuti ibu bapa Daniel dan di belakang mereka pula daddy dan mummy.

Farshah yang pada mulanya tidak mahu terpaksa juga berjalan ke hadapan setelah daddy memandangnya tajam.

Ishhh!! Beriya sangat suruh aku jalan dengan mamat ni kenapa pula.

Pintu besar itu dibuka dari luar dan alangkah terkejutnya Farshah kerana melihatan begitu banyak cahaya yang berkelipan.

Farshah yang pelik melihat begitu ramai wartawan berada di situ terus memandang ke arah Daniel yang juga sedang memandangnya.


12 April 2013

yes! aku terima kau bab 5


BAB 5

     FARSHAH mengambil iphonenya untuk menghubungi Isya bagi menceritakan perihal yang berlaku semalam, senyuman di bibir Farshah tidak pernah lekang sejak pulang dari shopping complex itu sehingga Aleeya bertanya berulang kali tentang apa yang berlaku tetapi Farshah hanya berdiam dan tersenyum sahaja.

Farshah menimbang-nimbang untuk memberitahu Isya atau tidak tentang perkara tersebut. Kalau aku bagi tau Isya, mesti dia marah aku pulak sebab buat macam tu. Bagi tau jelah, kan semalam hari yang paling bahagia dalam hidup aku sebab buat pertama kalinya aku berasa puas sangat dapat kenakan mamat tu. Lantas Farshah menyentuh screen handphonenya untuk mendail number Isya.

“hello Isya, aku ade hot story ni. Kau nak dengar tak?” tanya Farshah setelah Isya menjawab panggilannya.

hot story? Kau nak kahwin ke Ev?” Isya bertanya semula kepada Farshah.

“kau ni boleh join fans club mummy akulah, takde perkataan lain ke selain perkataan ‘kahwin’ kau nak tanya aku” balas Farshah bengang.

“okey sorry Ev, cepatlah bagi tau aku hot story kau tu” kata Isya yang tidak sabar mendengar cerita sahabatnya itu.

“aku dah balas balik apa yang Daniel buat dekat aku hari tu” kata Farshah sambil tersenyum.
“ha? Kau biar betul Ev, kau buat apa dekat Daniel tu?” tanya Isya yang yang tidak sabar mendengar cerita sahabatnya itu.

“apa yang tak betulnya, betullah Isya. Aku just malukan dia dekat boutique je

“kau malukan dia macam mana?” Isya bertanya lagi.

“aku menjerit kat situ cakap si Daniel tu pencabul, then orang yang ada dekat situ semua pergi hempuk dia. Sayang je kau tak de, kalau tak boleh tengok dia kena macam tu” jawab Farshah tanpa rasa bersalah.

“kau gilalah Ev, kejam sangatlah apa yang kau buat tu” Isya berkata setelah lama berdiam.

Aku dah boleh agak apa yang Isya nak cakap, ni susah kalau dapat bff yang adik-beradik angel. Balik-balik aku juga yang dia cakap kejam, kejam sangat ke aku? Ahhh biarlah.

“tu kira sikit berbanding apa yang terjadi di restaurant hari tu” jawab Farshah tanpa sedikit pun rasa bersalah.

maybe yang dekat restaurant tu Daniel main-main je kot, kau janganlah ambil serius Ev” balas Isya yang bersimpati pada Daniel.

Sekarang ni Isya bff siapa, aku ke Daniel? Yang Isya backup sangat si Daniel tu kenapa, Daniel tu bukan baik sangat macam yang dia sangkakan.

“kau kata Daniel tu main-main je? Apa Daniel ingat aku ni budak tadika ke dia nak ajak main permainan bodoh tu” luah Farshah bersama amarah meluap-luap yang cuba di kawal.

“dah lah tu Ev, jangan buat macam tu lagi. Kalau kau nak kenakan dia balik, gunalah cara elok sikit. Kalau dia masuk penjara macam mana, kau tak rasa bersalah ke aniaya anak orang sampai jadi macam tu sekali” nasihat Isya pada sahabatnya itu. Ada betulnya jugak apa yang Isya cakapkan tu, aku melampau sangat kot.

“okeylah Isya, ni yang aku malas nak call kau. Kau ni saja je nak buat aku rasa bersalah dekat mamat tu kan” luah Farshah yang mula rasa bersalah dalam perkara tersebut.

“aku tak suruh pun kau rasa bersalah pada Daniel, dah memang salah kau so tak payah nak rasa-rasa lagi” balas Isya diiringi tawanya.

“kau gelaklah sampai esok, malas aku nak cakap dengan kau lagi. Bye Isya” ucap Farshah yang ingin mengakhiri perbualan itu.

“kau janganlah ambil hati dengan apa yang aku cakapkan tu, kau ambil jantung je tau” kata Isya yang sengaja menaikkan lagi kemarahan sahabatnya itu.

“Isya!! Aku tak de moodlah nak berlawak mega dengan kau” jerit Farshah.

sorry Ev, kau jangan lupa tau minta maaf pada Daniel. Kau dengan Daniel memang sama-sama salah tapi kau lagi bersalah sebab perkara yang kau buat tu melampau sangat, kalau kau nak buat pun sikit-sikit dahlah” jawab Isya yang mengakhiri perbualan tersebut.

Senyuman Farshah yang tidak pernah lekang sejak semalam hilang begitu saja sejak mendengar ayat yang diluahkan oleh sahabatnya sebentar tadi.

Melampau sangat ke aku? Dah idea tu je yang tiba-tiba muncul time aku nampak Daniel, manalah aku nak tau mamat tu boleh kena pukul pula. Daniel tu pun satu, yang muncul dekat situ buat apa kan dah kena dek idea jahat aku. Kalau dia tak da kat situ, memang perkara ni takkan jadi. Semua salah Daniel juga!


FARSHAH turun ke ruang tamu setelah diberitahu oleh Aleeya yang mummy memanggilnya. Semasa Farshah ingin melewati ruang tamu itu, dia yang terlihat mummynya berada di mini garden bersebelahan dengan kolam renang itu terus menuju ke situ. Kalau waktu minum petang tak payah cari mummy di tempat lain sebab mummy memang akan ada kat taman bunga dia ni sebab dia suka derma darah pada nyamuk-nyamuk yang ‘menetap’ dekat taman ni, mummy memang seorang yang pemurah. Hari-hari boleh buat kempen derma darah untuk nyamuk-nymuk ni.

“ada apa mummy suruh Aleeya panggil Farshah?” tanya Farshah setelah duduk di kerusi berhadapan mummynya itu.

“Farshah jangan lupa pula datang majlis kesyukuran yang keluarga Niel jemput hari tu” jawab mummy yang mengingatkan Farshah.

“Farshah tak pergi kot mummy, Farshah ada hal sikit” jawab Farshah yang mengelak untuk menghadiri majlis tersebut. Majlis tu family Daniel yang buat, mesti Daniel ada. Hishhh tak nak aku pergi.

“mummy dah tahu jadual Farshah, lusa ni Farshah tiada apa-apa aktivitikan?” tanya mummy. Ni mesti mummy tanya kat assistant aku, tak boleh harap betul si Rina tu.

“erk! memang Farshah tak de show lusa nanti tapi Farshah ada photo shoot untuk majalahlah mummy” bohong Farshah. Kalau dah terdesak macam ni memang terpaksalah aku menipu.

photo shoot pukul 8 malam?” tanya mummy lagi. Majlis tu pukul 8 malam ke? Memang aku free sangatlah, mummy pun tau yang aku takkan terima mana-mana offer untuk photo shoot pada waktu malam.

“ermmm Farshah………”

“sudahlah Farshah, tak perlu nak cari alasan lagi” tidak sempat Farshah mencari alasan lain, Datin Elliya dengan pantas memotong percakapannya.

“eh ta…klah mummy, ma…mana ada” jawab Farshah yang cuba menutup kegugupannya itu.

“mummy beriya-iya ajak Farshah pergi ke majlis tu sebab ramai artis dan golongan VIP, bolehlah mummy tunjukkan rekaan terbaru dari boutique mummy” terang mummy.

“tapi tak de kaitan dengan Farshah pun” jawab Farshah yang cuba berdalih.

“memang berkaitan sangat dengan Farshah sebab Farshah yang akan pakai baju dari boutique mummy pada malam itu ” jawapan mummy itu membuatkan Farshah benar-benar terkejut. Hah! Biar betul, mummy pun tau yang aku ni cuma pakai baju dari overseas je.

“mummy ni kelakarlah” balas Farshah bersama tawa yang sengaja dibuat-buat.

“mummy tak berguraulah, Farshah sendiri yang beritahu Aleeya tempoh hari yang Farshah dah tukar citarasa pada pakaian” kata mummy sambil tersenyum. Terus Farshah teringat kembali perbualannya dengan Aleeya semasa di shopping complex tempoh hari. Aduh! Yang si Aleeya tu pergi bagi tau mummy kenapa.

“betullah tu mummy, betul sangat. Farshah dah tukar taste” jawab Farshah yang cuba untuk tersenyum itu.

“tak perlulah mummy upah model lain sebab anak mummy ni kan model”

“tapi kenapa mummy tak suruh Aleeya je?” tanya Farshah.

“Aleeya yang beri cadangan ni pada mummy, kata Aleeya kalau model terkenal macam Farshah yang memakainya mesti dapat menarik perhatian orang ramai” jawab mummy. Kurang asam, kurang masin, kurang manis, kurang pahit punya Aleeya. Saja nak kenakan akulah tu, tak berterima kasih langsung aku dah hantar dia beli buku.

“nanti bolehlah Farshah berkenalan dengan Daniel” mummy berkata setelah lama melihat Farshah terdiam.

“ehh tak pelah mummy, Farshah tak berminat” jawab Farshah bersahaja. Berkenalanlah sangat, memang dah kenal sangat pun.

“Daniel tu baik orangnya, mummy berharap sangat dia dapat menjadi menantu mummy suatu hari nanti” Farshah yang mendengar terus menelan air liur. Daniel memang baik gila, sampai boleh dapat backhand percuma dari aku.

“nanti mummy pinangkan Daniel tu untuk Aleeya tau, mesti Aleeya suka punyalah” senyuman nakal Farshah muncul. Memang sesuai sangatlah si Daniel tu dengan Aleeya, dua-dua suka porak-perandakan hidup aku.

“Aleeya muda lagi, Farshahlah orang yang paling sesuai dengan Daniel” senyuman tadi terus mati setelah mendengar kata-kata mummynya itu. Aku lah orang yang paling sesuai jadi gila dalam dunia ni kalau dapat future husband macam Daniel tu.

“erm Farshah masuk dalam dululah mummy, Farshah tak suka derma darah macam mummy” jawab Farshah lalu berlalu pergi. Datin Elliya yang mendengarnya hanya tersenyum. Mummy ni tak boleh layan lama-lama, kang bertambah parah pula.


11 April 2013

yes! aku terima kau bab 4


BAB 4

GENAP seminggu Farshah berehat dirumah, kakinya yang terseliuh itu hanya dijadikan alasan sahaja supaya Farshah tidak perlu kemana-mana. Kejadian yang berlaku di restaurant dan boutique pada tempoh hari selalu bermain di fikirannya, Farshah teringat semula kata-kata Isya kepadanya selepas Daniel berlalu pergi dari boutique tersebut

“Daniel tu sesuailah dengan kau Ev” kata Isya yang mencuba untuk menarik perhatian Farshah yang ralit melihat pergelangan kakinya.

Farshah yang mendengarnya bagaikan terkena renjatan elektrik terus mengangkat muka dengan pantas dan menjawab “apa yang kau merepek ni Isya?”

seriously aku tak tipu Ev, Daniellah satu-satunya manusia dalam dunia ni yang beruntung sebab dapat penampar sulung kau” terang Isya yang tersenyum.

“hanya disebabkan aku tampar dia, kau cakap Daniel tu sesuai dengan aku? Habis tu kalau aku tampar buaya dekat zoo tu, buaya tulah yang sesuai dengan aku ye?” balas Farshah sambil tergelak.

“aku kenal kau dari sekolah rendah lagi Ev. Sekejam-kejam kau dari dulu sampailah sekarang, kau tak pernah lagi ‘sentuh’ anak orang. Aku seriouslah Ev, janganlah buat lawak pula!” jawab Isya yang geram dengan sikap sahabatnya itu.

Kenapa pulak dengan Isya ni, tiba-tiba je kata aku ni sesuai dengan Daniel. Ni mesti dah tangkap cintun dengan si Daniel, tu yang asyik merepek je kerja dia.


“KAK long!!” jerit Aleeya pada Farshah. Farshah yang asyik mengelamun sejak dari tadi terkejut mendengar suara adiknya itu.

“Aleeya nak apa ni? Boleh tak jangan kacau kak long” marah Farshah yang tidak suka diganggu apabila dia sedang berehat.

“hari ni kak long free tak?” Aleeya bertanya.

“tak” jawab Farshah pendek yang malas mahu melayan karenah adiknya itu.

“tipu je lebih, dah seminggu Aleeya tengok kak long tak buat pape kat rumah”

“Aleeya nak apa sebenarnya ni?” tanya Farshah. Ni kalau tiba-tiba datang bilik aku, mesti ada something nak mintak tolong aku.

“Aleeya nak minta tolong kak long teman Aleeya pergi beli buku boleh tak? Kejap je” rayu Aleeya.

“ajak lah orang lain, kak long malaslah”

“mummy yang suruh kak long hantar Aleeya sebab driver tak de hari ni” terang Aleeya jujur.

“esok tak boleh ke Aleeya? Kak long malaslah hari ni” jawab Farshah yang masih lagi malas untuk menghantar Aleeya.

“mana boleh kak long, esokkan Aleeya sekolah. Lagipun buku yang Aleeya kena beli tu, cikgu nak guna esok. Jomlah kak long, lepas Aleeya beli buku tu kita terus balik” janji Aleeya bersungguh-sungguh.

Setelah lama Farshah berdiam, akhirnya dia menjawab “nasib baik Aleeya SPM tahun ni kalau tak, jangan harap kak long nak tolong. Jomlah”

“sayang kak long” kata Aleeya sambil memeluk Farshah. Aku dah tolong baru dia nak sayang? Habis tu kalau aku tak tolong tadi mesti Aleeya cakap ‘benci kak long’, hampeh punya adik.


FARSHAH hanya memakai pakaian yang ringkas sahaja, rambutnya yang panjang melepasi paras bahu itu dibiarkan lepas.

Nak pergi kedai buku je, so tak payahlah nak over dressing. Tapi janganlah serabai sangat sampai orang sekeliling pun tengok pelik, pada masa yang sama kenalah jugak jaga penampilan sebab aku ni kan model terkenal.

“kedai buku tu belah mana Aleeya?” Farshah bertanya setelah sampai ke shopping complex tersebut.

“sebelah boutique tu kedai buku” jawab Aleeya sambil menunjuk ke arah kedai tersebut.

Farshah dan Aleeya berjalan beriringan sambil mata mereka melilau melihat deretan kedai yang pelbagai di situ. Mata Farshah dapat menangkap satu susuk tubuh manusia yang amat dikenalinya kerana banyak menyusahkannya baru-baru ini, idea jahat mula timbul di fikiran Farshah. Kau tunggu ye Daniel, biar kau tau siapa sebenarnya Farshah Irdiana Eva yang kau malukan tempoh hari.

“Aleeya pergilah dulu beli buku, kak long tunggu Aleeya kat boutique ni ye. Kak long nak tengok baju kejap” beritahu Farshah pada Aleeya bersama senyuman yang tidak lekang dari tadi.

“sejak bila kak long berminat dengan baju yang ada dekat Malaysia ni?” Aleeya bertanya dengan riak terkejut.

“saja tukar taste, Aleeya cepatlah pergi beli buku tu. Kak long tinggal Aleeya dekat sini baru tau” jawab Farshah. Hishh banyak tanya pulak budak ni, sekeh kang kepala tu baru tau.

“ye, nak pergilah ni” Aleeya terus berlalu pergi setelah menghabiskan ayatnya itu.

Daniel sayang  I’m coming, habislah kau hari ni. Farshah menuju ke boutique tersebut bersama senyuman jahat yang muncul sejak dari tadi.

Farshah berjalan perlahan-lahan supaya heels yang di pakainya tidak mengeluarkan sebarang bunyi, Daniel yang sedang ralit membelek pakaian tersebut tidak perasan akan kewujudan Farshah yang sedang membelakanginya.

“Daniel tolong I boleh tak? Please, I mohon sangat” Farshah bersuara perlahan dan masih tidak berganjak dari kedudukannya. Farshah sengaja menggunakan  perkataan ‘I’ sebagai kata ganti dirinya supaya lakonan yang dilakukannya lebih berkesan.

Daniel yang mendengar seseorang menyebut namanya dengan pantas menoleh dan kelihatan Farshah sedang membelakanginya tanpa memandangnya. “Farshah? You buat apa dekat sini?” Daniel bertanya dengan riak pelik.

“nantilah I jawab soalan you tu daniel, ada orang jahat kejar I dari tadi. You boleh tolong I tak Daniel?” jawab Farshah dengan nada sayu yang dibuat-buat. Farshah masih lagi dengan kedudukannya tadi.

“orang jahat? Dah you pun jahat, memang padan sangatlah dia kejar you sebab sama jahat” balas Daniel sambil tergelak dan menyambung semula kata-katanya itu “you nak I tolong apa?”

Mamat ni nak gaduh ke dengan aku? Ada juga yang tidur kat jail malam ni kang. “I tak tau nak buat apa, you je yang boleh tolong I buat masa sekarang” jawab Farshah sambil membuat suara seakan-akan merayu. Wahhh! Farshah lepas ni baik kau jadi pelakon, mesti banyak awards yang kau boleh dapat.

I lagilah tak tau nak buat apa, I call polis jelah Farshah” kata Daniel sambil mengeluarkan handphone dari kocek seluarnya.

I rasa tak payahlah sebab dah tak sempat ni” jawab Farshah. Kau giler Daniel, kang tak pasal-pasal aku pula yang kena tangkap sebab bagi laporan palsu. “I rasa takut sangat sekarang ni Daniel, boleh you peluk I sekejap? Please Daniel” sambung Farshah lagi. Kau betul ke tidak ni Farshah? Kalau daddy tau kau buat macam ni, mesti daddy ‘meletup’ punyalah.

you gila Farshah, I’m not your husband sampai nak berpeluk-peluk bagai ni” Daniel menjawab dengan nada tegas.

Farshah yang mendengarnya terus berpura-pura menangis perlahan.

Daniel yang mendengar esakan tersebut terus memeluk Farshah.

“tolonggg!! Ada peraba, pencabul!!” jerit Farshah dengan lantang setelah dapat merasakan ada tangan yang melingkari pinggangnya.

Farshah berpura-pura menangis sambil meraung dengan kuat supaya dapat menarik perhatian lebih ramai lagi pengunjung untuk melihat adegan tersebut. Dalam keadaan yang hinggar-binggar itu, Farshah sempat lagi mengangkat muka untuk melihat keadaan sekelilingnya. Huyoo ramai gila yang ‘singgah’ ke boutique ni semata-mata nak tengok apa yang terjadi, memang tak sia-sialah bakat lakonan aku yang dah lama ‘terendam’ ni.

Daniel yang terkejut akan kejadian tersebut dengan pantas mengalihkan tangannya yang berada di pinggang Farshah.

Pengunjung yang berada berhampiran Daniel terus memukul Daniel tanpa henti sehinggalah seorang pekerja boutique tersebut datang menghampiri mereka untuk melihat kekecohan yang berlaku sebentar tadi. Kacau daun betullah minah ni, kalau nak datang pun tunggulah sampai semua orang ‘penyek’kan si Daniel ni sampai lunyai.

“cik okey? Ada apa-apa yang perlu saya bantu?” tanya pekerja wanita tersebut sambil melirik pada Daniel.

“mana pengurus boutique ni? I nak jumpa dia sekarang” pekik Farshah pada pekerja wanita tersebut, wanita itu terus menunjukkan sebuah bilik yang berada di sudut boutique tersebut.

Farshah terus menarik Daniel masuk ke dalam bilik tersebut.

“ye cik, ada yang perlu saya bantu?” wanita tersebut bertanya ramah.

“macam mana pekerja you semua buat kerja sampai tak perasan ada orang meraba I?” hambur Farshah pada wanita muda tersebut.

“saya minta maaf bagi pihak boutique kami kerana kejadian begini berlaku pada cik” kata wanita tersebut sambil memandang Farshah.

I nak you call polis sekarang, biar lelaki ni meringkup dalam penjara” arah Farshah dengan lantang. Padan muka kau Daniel, lain kali jangan nak cari pasal dengan aku.

“sekali lagi saya memohon maaf cik, tolong jangan libatkan pihak polis kerana ia akan menjatuhkan nama baik boutique ni. Lagi pun cik kan model terkenal, nanti apa pula kata orang di luar sana setelah mengetahui perkara ni. Kami akan ambil tindakan sewajarnya pada lelaki ini” ucap wanita tersebut pada Farshah. Macam manalah aku boleh lupa yang aku ni model, kang tak pasal-pasal semua reporter kejar aku.

Farshah yang mendengarnya terus tersenyum. “baiklah, I serahkan hal ni pada you” jawab Farshah sebelum berlalu pergi.

“kenapa you malukan I sampai macam ni Farshah?” tanya Daniel yang berlari mendapatkan Farshah.

“ini balasan untuk perkara yang berlaku di restaurant tempoh hari” balas Farshah sambil tersenyum melihat kesan luka di wajah Daniel itu.

Belum sempat Daniel membalas kata-katanya, Farshah terus pergi meninggalkan Daniel keseorangan di situ.

Farshah terus mendapatkan Aleeya yang sedang dari tadi melihat Farshah dan Daniel berbual.

“siapa tu kak long” tanya Aleeya.

“orang gila, dah jom balik” jawab Farshah pendek. Hari ni aku rasa puas sangat, puas kenakan lelaki yang dah malukan aku.


terima kasih kerana menjadi followers