05 March 2013

cik culinary arts bab 6


BAB 6

TELEFON nokia Damia yang tidak henti berdering sejak tadi diangkat. Mulutnya yang menguap ditutup menggunakan sebelah tangan.

            “helo assalamualaikum” matanya di buka perlahan.

            “waalaikumsalam, Encik Zayyan minta Cik Damia untuk hadir ke Global Holding sekarang juga” kata Kak Sha.

            “Encik Zayyan? Global Holding? Saya rasa awak ni dah tersalah number lah” talian dimatikan, telefonnya dicampak jatuh ke bawah katil.

            Pagi-pagi dah call, Encik Zayyan pun aku tak kenal sape. Tetiba cakap pasal Global Holding, buang tebiat ke orang tu. Mata Damia kembali ditutup.

            “Ha? Encik Zayyan? Global Holding! Matilah aku” setelah otaknya kembali berfungsi baru dia mengingati semua nama-nama yang disebut tadi. Damia bingkas bangun dan mencari handphonenya. Inilah akibatnya kalau tidur selepas subuh.

            “nasib telefon cikai, kalau tak memang dah arwah dari tadi” bateri, sim card dan handphonenya yang berteraburan dilantai dikutip satu persatu. Number tadi didail semula.


“BETUL ke ni tempatnya pak cik?” tanya Damia lagi sekali pada pemandu teksi.

            “betul cik, memang ini tempatnya” pemandu teksi tersebut menganggukan kepala.

            “terima kasih pak cik” setelah membayar tambang Damia berjalan melihat bangunan yang tersergam indah dihadapannya itu.

            Mak ai! Tingginnya, sakit leher aku yang dongak. Damia mula mengorak langkah memasuki bangunan tersebut.

            “Encik Zayyan ada suruh saya datang sini, dia ada di tinggat berapa ye?” tanya Damia ramah.

            “cik ni ada buat appointment ke?” soal wanita itu sinis. Dilihatnya Damia dari atas ke bawah.

            Ewah-ewah! Nak mengata pakaian aku lah tu, okey apa aku pakai jeans dengan t-shirt. Takkan lah aku nak kena pakai skirt datang sini? Simpang malaikat empat puluh empat.

            “appointment? Tak ada” dahi Damia mula berkerut.

            “kalau macam tu saya tanya secretary Encik Zayyan dulu”

            Damia melihat keadaan sekeliling sementara menunggu jawapan dari wanita dihadapannya itu. Kilatnya lantai, muka aku pun boleh nampak.

            “cik… Cik… pejabat Encik Zayyan tingkat 28” panggil wanita itu yang melihat Damia leka memandang sekelilingnya.

            “oh terima kasih” ucap Damia sambil tersenyum tetapi wanita yang dihadapannya itu tidak mengendahkannya. Senyuman Damia mati!


TINGGINYA office kau ni, nasib ada lif. Kalau tak, memang aku dah pengsan kalau kena naik tangga.

            Sampai sahaja di tingkat 28 Damia melihat sebuah pintu kaca, dia cuba menolak pintu kaca tersebut beberapa kali tetapi hampa. Pintu itu masih juga tertutup rapat.

            Kenapa pula tak boleh nak buka ni! Ke nak aku pecahkan baru boleh masuk, orang pun tak de kat luar ni. Kalau tak senang sikit aku nak tanya. Damia mendengus kasar, dia berhenti seketika dan bersandar pada dinding. Saat itu matanya tertancap pada suis yang melekat di dinding, di tekan suis itu beberapa kali. Kalau aku tau ada loceng, tak payahlah aku susah payah tarik pintu ni. Omelnya sendirian.

            Muncul seorang wanita berambut blonde membuka pintu.

            “ye?” tanyanya.

            “ni pejabat Encik Zayyan ke? Dia ada panggil saya datang sini” jawab Damia.

            “tunggu kejap” pintu kaca tersebut kembali ditutup. Damia yang berada diluar tergamam.

            Boleh pula selamba badak dia je tutup, bagilah aku masuk kalau ye pun. Tak ada adab betul, dah lah muka masam macam limau busuk. Marah Damia sendirian.

            “cik boleh masuk” pintu dibuka semula.

            “cik tunggu di sini, kejap lagi Encik Zayyan datang” sebuah bilik ditunjukkan. Damia melangkah masuk.

            Nak jumpa Encik Zayyan punyalah susah, dah lah pejabat dia tinggi. Kalau syarikat ni terbakar tak pun ada gempa bumi ke, free-free mati katak. Mana taknya, belum sampai bawah lagi dah kena lenyek dengan tingkat atas. Astaghfirullahalazim, apa yang aku merepek ni!

            “dah sedia nak mula kerja?” soal Zayyan yang baru membuka pintu. Damia mengurut dadanya. Hish! Terkejut aku!

            “mestilah dah sedia” Damia menarik senyuman.

            “penggambaran akan dimulakan esok, nanti secretary I akan bagi skrip dan jadual” terang Zayyan.

            “penggambaran? Skrip? Jadual? Saya tak fahamlah Encik Zayyan” Damia mengaru kepalanya yang dilitupi tudung.

            “kan you dah setuju nak bergandingan dengan I untuk penggambaran iklan bagi YY’s bakery

            “ha? Bila masa pula saya setuju, Encik Zayyan salah orang ni” Damia mula terkulat-kalit.

            “you baca ni” kertas yang ditandatangani oleh Damia tempoh hari dihulur.

            “tapi Encik, saya tak minta pun kerja ni. Saya datang interview untuk kerja di YY’s bakery” Damia menerangkan perihal yang sebenar.

            “I rasa you dah tersalah tempat, interview untuk bekerja di YY’s bakery di tingkat atas. Interview yang di tingkat bawah adalah untuk pemilihan calon bagi penggambaran iklan YY’s bakery” Zayyan memandang Damia yang sudah melopong itu.

            “lahhh ye ke? Kalau macam tu, tak sahlah kontrak ni kan?” Damia bertanya.

            “contract ni sah sebab you dah sign” Zayyan menunjukkan tandatangan Damia.

            Tulah kau Damia, konon jadi retislah tu main suka-suka tandatangan. Kau tengok apa yang jadi sekarang. Marah Damia dibenaknya.

            “tapi boleh dibatalkan tak Encik?” soal Damia lagi.

            “boleh! Dengan syarat you bayar tiga juta ringgit Malaysia sebagai syarat pembatalan contract” Zayyan menunjukkan apa yang tertulis di kertas bewarna putih itu.

            “ha? Ti… Tiga juta?” mulut Damia sudah ternganga seluas-luasnya. Mana aku nak cari? Kalau pinjam umi pun, belum tentu ada. Pinjam ah long? Gila! Tak nak aku hilang anggota badan kalau tak mampu bayar nanti, tapi macam mana ni? kan bagus kalau tiga juta rupiah je!

            “macam mana? You nak bayar atau teruskan?”

            “saya teruskanlah Encik, tiga juta banyak tu! Duit saya yang kat bank tu kalau campur dengan kedai runcit umi saya, campur dengan geran tanah pun belum tentu cukup” ujar Damia bersungguh-sungguh.

            “lagipun buat penggambaran untuk iklan kan? Senang je tu, mana tau saya boleh jadi pames kan” tambahnya lagi.

            “kalau macam tu, I keluar dululah” Zayyan berdiri.

            “ha? Encik Zayyan panggil saya datang sini semata-mata nak cakap tu je? kenapalah Encik Zayyan tak call je, saya datang sini naik teksi tau. Jauh tu, tambang teksi pun mahal” ujar Damia tidak puas hati. Zayyan yang mahu melangkah keluar kembali berpusing menghadap Damia.

            “so? You nak I buat apa? Sediakan driver untuk you? ke you nak I bayar balik duit teksi you?” tanya Zayyan serius.

            “kalau Encik ni pemurah nak sediakan pemandu untuk saya, boleh aje. Tapi kalau Encik nak bayar balik duit saya tu, lagilah boleh. Encik ni memang seorang bos yang sangat mengambil berat dan berdedikasi” Damia mula tersenyum meleret-leret.

            “kalau you dah jadi artis sekalipun, belum tentu I buat semua tu” Zayyan terus menapak keluar menuju ke pejabatnya.

            Damia diam tidak terkata apa-apa, dia juga keluar mengikuti Zayyan. Damia hanya melihat Zayyan yang masuk ke dalam biliknya, Damia melangkah ke meja wanita berambut blonde yang sombong tadi.

            Kepingan kertas diletak kasar ke atas meja oleh wanita itu. Damia menjelirkan lidah tanda geram, kertas-kertas tadi diambilnya juga kasar. Perlakuannya itu menyebabkan pasu bunga yang berada di sudut meja wanita itu terjatuh dan airnya tumpah mengena t-shirt yang dipakai Damia.

            Damia membelek bajunya yang sudah basah, dia menjeleng tajam wanita dihadapannya. Wanita berambut blonde itu masih meneruskan kerjanya dan langsung tidak mengendahkan Damia.

            Ei! Geramnya! Aku tarik juga kang rambut perempuan ni, boleh pula selamba dek je dia tak endahkan aku. Manusia ke apa dia ni? Tak ada perasaan langsung!

            “toilet mana?” soal Damia.

            “jalan terus, pusing kiri” jawab wanita itu tanpa melihat Damia.

            Damia terus menapak laju ke tandas dengan perasaan yang marah. Sampai sahaja di tandas, dia melihat bajunya di depan cermin. Macam mana nak sorok ni? kalau sikit tak pe juga, boleh cover dengan handbang. Hurm… Memang nasib aku!

            Setelah ‘bertapa’ di tandas hampir 10 minit menuggu t-shirtnya yang masih jelas kelihatan tompokan yang basah, akhirnya Damia mengambil keputusan untuk keluar kerana malas mahu berlama-lama ditempat kotor itu.

            “kenapalah kau lambat sangat nak kering” kata Damia seolah-olah bercakap dengan bajunya. Dia masih leka memandang ke arah tompokan di bajunya itu.

            Kedebukkk… Damia terlanggar seseorang.

            “maaf… maaf… maaf, saya tak sengaja” Damia terus meminta maaf berkali-kali sambil menundukkan kepala.

            “Damia?” soal lelaki di hadapannya. Damia terhenti daripada menundukkan kepala setelah mendengar namanya dipanggil oleh orang yang dilanggarnya tadi. Dipandang wajah lelaki yang tepat memandangnya itu.

            Zappp… Kejadian lima tahun yang lalu bermain difikirannya.

            “Damia? Salah oranglah, saya Saodah” tipu Damia. Dia terus berjalan laju pergi dari situ. Haikal lantas mengejar Damia tetapi saat itu telefon bimbitnya berbunyi, dia berhenti seketika dan menyeluk kocek seluarnya untuk menjawab panggilan.

            Aku salah arahlah! Patutnya tadi aku terus keluar dari sini, ni yang aku patah balik pergi meja perempuan tak ada perasaan tu kenapa pula! Mana aku nak lari ni? Soal Damia di hatinya.

            Dipandang semua pintu didepannya, akhirnya Damia terus menolak kasar pintu bilik Zayyan.

            “ye?” soal Zayyan pelik melihat Damia yang termengah-mengah.

            Damia tidak mengendahkan pertanyaan Zayyan, dia terus mencari tempat untuk bersembunyi dan matanya tertancap ke arah meja Zayyan. Damia menarik kerusi yang sedang diduduki oleh Zayyan ke tepi, dia terus menyorok ke bawah meja.

            “hey!” marah Zayyan.

            “shhh…” Damia meletakkan jarinya dibibir meminta Zayyan diam.

            “what?” soalnya kasar.

            “abang nampak seorang perempuan bertudung masuk sini tak?” tanya Haikal yang membuka pintu secara tiba-tiba tanpa mengetuknya terlebih dahulu.

            Abang? Dorang ni kenal satu sama lain? Ke sedara? Tak pun jiran? Pelbagai tanda tanya mula menguasai fikiran Damia.

            Zayyan terus membetulkan kedudukan, dia kembali ke mejanya. Damia yang sedang mencangkung dibawah meja sengaja dilanggar dengan kakinya.

Damia yang sedang asyik membuat andaian, terus hilang semua pertanyaan yang bermain di fikirannya.

            “tak, kenapa?” soal Zayyan pula.

            “tak ada apa-apalah” Haikal kembali menutup pintu dengan perasaan hampa.

            Setelah mendengar bunyi pintu ditutup, Damia menolak kasar kaki Zayyan. Dia keluar sambil memegang dahinya.

            “yang Encik langgar saya dekat bawah tu kenapa? Sakit tau tak dahi saya ni” Damia menunjukkan dahinya.

            Zayyan menjongkitkan bahu.

            “memang patutlah perangai secretary Encik tu sama macam Encik” hambur Damia. Dijelingnya juga Zayyan seperti mana dia menjeling secretary Zayyan, dia berlalu keluar.

            Sebelum keluar, dia memandang dahulu kanan dan kiri. Setelah melihat bayangan Haikal tiada, barulah dia menapak keluar.

            “Aku dah tolong bukan nak cakap terima kasih!” bisik Zayyan perlahan lalu menyambung kembali kerjanya.

terima kasih kerana menjadi followers