25 February 2013

cik culinary arts bab 5


BAB 5

“DAMIA… Kamu ni cari kain atau cari semut dalam bilik stor tu? Umi…” kata-kata Puan Afiah terhenti disitu setelah melihat kotak yang disimpan begitu rapi dalam bilik itu kini berada di hadapan Damia.

            “kenapa umi simpan lagi gambar-gambar ni? Bukan Damia dah buang ke lima tahun yang lepas?” air matanya di kesat, dia bersandar pada dinding.

            “u… umi rasa sayang pula bila tengok kamu buang semua gambar ni, jadi umi kutiplah. Damia tengok ni, kan ada kamu dalam gambar ni. Sayang je kalau buang” Puan Afiah mengambil sekeping gambar lalu di tunjukkan pada Damia.

            Damia menolak perlahan tangan uminya, dia malas mahu mengenangkan perkara yang sudah lama berlalu. Gambar-gambar yang berada dilantai termasuk ditangan ibunya diambil lalu dimasukkan semula ke dalam kotak tersebut, dia membawa kotak itu keluar dari bilik stor menuju ke belakang rumah.

            “kamu nak bawa pergi mana tu?” tanya Puan Afiah yang mengikuti Damia.

            Damia mengambil mancis lalu dibakarnya gambar-gambar tersebut, Damia tersenyum puas.

            “kamu ni kenapa Damia? Kejap menangis kejap senyum” soal Puan Afiah lagi.

            “tak ada apa-apa umi, buat apa nak simpan gambar-gambar penipu macam dorang ni. Buat semak je dalam bilik stor tu” Damia menggeleng.

            “kenapa kamu tak boleh lupakan perkara yang lepas, apa yang dah berlaku biarlah. Kamu kena terima hakikat” nasihat Puan Afiah.

            “Damia masuk dalam dululah umi” Damia mula berjalan masuk ke rumah.

            Puan Afiah menggeleng melihat perangai anaknya itu.


SAMPUL bewarna coklat itu bertukar tangan. Zayyan meneliti maklumat yang tertulis di kertas, dia tersenyum lebar.

            “ini bayaran untuk kau” cek diserahkan pada lelaki dihadapannya.

            “terima kasih bos! Saya pergi dulu” ucap lelaki tersebut setelah melihat jumlah yang tertera. Siapa yang tak suka berurusan dengan orang kaya, masyuk!

            Lelaki itu keluar daripada pejabat Zayyan setelah mendapat habuannya, Zayyan menekan interkom yang berada di meja.

            “Kak Sha call Damia yang datang interview hari tu, cakap dia dah diterima” arah Zayyan pada setiausahanya.

            “Damia? Yang bertudung tu ke?” Tanya kak Sha meminta kepastian.

            “yup!” balas Zayyan pendek.

            “betul ke ni? Encik Zayyan tak nak pilih yang lain?” tanya Kak Sha lagi yang mulai berasa pelik.

            “tak!” balasnya lagi yang malas memanjangkan sesi soal jawab itu.
“baiklah Encik Zayyan” ucap Kak Sha perlahan. Pelbagai soalan mula berlegar-legar di fikirannya.


SETELAH talian telefon dimatikan, Damia terlompat-lompat kerana terlalu gembira. Membulat mata Puan Afiah yang melihatnya di ruang tamu.

            “kamu ni kenapa Damia? Kena sampuk ke?” soal Puan Afiah.

            “umiii!!! Umiii!!! Umiii!!!” jerit Damia lalu berlari ke arah Puan Afiah dan memeluknya erat.

            “sah kamu demam ni” Puan Afiah meraba Dahi Damia.

            “bukanlah, umi ni kan” tangan Puan Afiah diturunkan.

            “habis tu kenapa?”

            “Damia dah dapat kerja tu umi, Alhamdulillah. Akhirnya boleh Damia kerja dalam bidang yang Damia suka”

            “Alhamdulillah, bila kamu mula bekerja?”

            “esok sign contract, lepas tu dah boleh mula”

            “kenapa ada kontrak bagai?” tanya Puan Afiah.

            “sebab dia takut Damia lari kot, lagipun kedai tu besar. Mesti dia nak ambil langkah berjaga-jaga, tapi tak kesahlah. Asalkan Damia dapat kerja tu”

            “kamu tu jangan nak malas, kerja rajin-rajin” Puan Afiah mengingatkan.

            “umi ni, mana ada Damia malas” Damia menarik muncung sedepa.

            “iye lah tu, dah jangan nak tunjuk mulut itik tu. Pergi jaga kedai” arah Puan Afiah.

            “alaaa umi ni, esok Damia dah kerja. Damia baru nak tidur puas-puas hari ni” Damia memandang Puan Afiah dengan mata yang bersinar-sinar.

            “kamu tu kalau dah bab tidur, memang boleh menang. Kalau macam tu, kamu masak untuk makan malam nanti”

            “masak? Untuk dinner? Boleh je, umi nak makan apa? Stik? Kek? Pastry? Cakap je, Damia buat”

            “kalau macam tu tak payahlah kamu masak, umi bukan omputih nak makan semua tu. Mana masuk dengan tekak umi ni”

            Damia tersenyum kerana dia sudah mengangak yang uminya itu tidak akan menyuruhnya masak kerana hidangan yang disebut oleh Damia sebentar bukan kegemarannya.


“ASSALAMUALAIKUM akak, semalam saya dapat call yang menyatakan saya dapat kerja tu” kata Damia dihadapan meja Kak Sha.

            “oh Cik Damia, kejap ye” interkom yang berada diatas meja ditekan.

            Akhirnya! Dapat juga aku kerja dekat sini, dah lah kedai kek ni besar. Lawo pula tu, mesti ramai pekerja ni. Damia memandang sekelilingnya.

            “Cik Damia boleh masuk sekarang” Kak Sha tersenyum.

            “okey, terima kasih kak” ucap Damia sambil menundukkan kepala.

            “assalamualaikum Encik Zayyan, morning!” sapa Damia ceria diikuti dengan senyuman yang lebar.

            “waalaikumsalam, have a seat” ujar Zayyan yang masih lagi memandang skrin laptopnya.

            Punyalah beriya aku tayang senyuman aku yang paling mahal ni, boleh pula dia tak tengok. Aku tau la kau sibuk, ye pun tengoklah muka aku yang comel ni kalau tengah bercakap.

            Hampir 20 minit Damia duduk disitu, Zayyan masih lagi tekun dengan kerjanya tanpa sedikit pun mempedulikan Damia yang sudah mempamerkan pelbagai mimik muka. Muka kau memanglah handsome Encik Zayyan oi, tapi kalau aku dah pandang lama-lama boleh muntah keluar cicak tau tak. Kalau aku tau kau sibuk gila time sekarang ni, baik aku datang lambat je tadi. Damia menjelirkan lidah tanda tidak puas hati.

            “puas dah tengok muka I wahai Cik Damia?” soal Zayyan, laptopnya ditutup.

            “erk! Eh! Tak lah, mana ada. Sa… Saya tengah tengok laptop Encik Zayyan tu ha, cantik lah” jawab Damia yang tergagap-gagap. Phew! Buat aku kantoi je.

            Zayyan menggeleng sambil tersengih.

            “bila saya boleh start kerja ni Encik Zayyan?” Damia sudah tidak sabar lagi.

            “baca ni lepas tu sign” kertas bewarna putih dihulurkan.
            “sign? Oh senang je, saya memang suka sign-sign ni. Perasan jadi retis lah katakan, nak jadi retis tapi tak layak sebab muka saya ni comel sangat” Damia terus menurunkan tandatangan tanpa membaca isi kandungannya terlebih dahulu.

            “you tak baca dulu ke?”

            “tak payahlah, saya paling malas nak baca benda yang panjang berjela macam karangan. Kalau Encik Zayyan free, bolehlah bacakan untuk saya” kening Damia diangkat-angkat sambil mengenyitkan mata.

            Gila apa perempuan ni! Kalau aku free sekalipun, jangan haraplah aku nak bacakan untuk kau. Lepas ni jangan salahkan aku sebab kau sendiri yang tak baca.

            “selamat datang ke Global Holding, I harap lepas ni Cik Damia akan bekerja bersungguh-sungguh” Zayyan menghulurkan tangan tanda mengucapkan tahniah.

            “terima kasih Encik Zayyan” Damia tidak membalas huluran tangan Zayyan malah dia menundukkan kepala tanda hormat. Zayyan menarik kembali tangannya, dia tersenyum sumbing.

            Eh kejap! Tadi dia cakap Global Holding? Tapi bukan ke nama kedai ni YY’s bakery? Biarlah, ada aku kesah. Asalkan aku dapat kerja kat tempat yang best macam ni.

            “bila saya boleh mula kerja ye?” tanya Damia.

            “nanti Kak Sha akan call you

            “oh okey, kalau macam tu saya balik dululah Encik Zayyan” Damia bangun dari kerusinya. Hilang sahaja bayangan Damia dari bilik itu, Zayyan tersenyum puas kerana rancangannya berjalan seperti yang dirancang.


“LAMBATNYA kau ni! Dah nak habis tiga gelas aku minum teh’o ais tau tak, kau pergi mana?” tanya Damia tidak puas hati setelah melihat Fikri dihadapannya.

            “kau ni pun, aku kan kerja. Company tu bukan aku punya, ini pun aku keluar secepat yang boleh. Kau tak payahlah nak bebel macam mak nenek, aku datang lambat sikit je pun” tali lehernya dilonggarkan.

            Damia tersengih, dia lupa yang sahabatnya itu sedang bekerja.

            “dah tak payah nak sengih, orderlah cepat. Aku belanja”

            “kau belanja? Wah jimat duit aku, aku sayang kau lebihlah macam ni” kata Damia setelah memberikan pesanan kepada pekerja cafe disitu.

            “hari-hari aku belanja kau makan kalau kau kahwin dengan aku”

            “kau? Dengan aku? Tak nak aku” jari telunjuknya ditunding ke arah Fikri dan dirinya sendiri lalu menggelengkan kepala.

            “kenapa tak nak pula? Aku takkan bagi kau makan pasir punya kalau kahwin dengan aku”

            “tak kesahlah makan pasir ke, makan batu bata ke, makan simen ke, tak naklah aku kahwin dengan kau. Aku tak dapat bayangkan kalau Mak Timah tu jadi mak mertua aku, seram kau tau” Damia mula membayangkan Mak Timah yang memang terkenal dengan mulut murainya itu.

            “kau ni, memang tak sayang mulutkan. Mak aku tu!” marah Fikri sambil menunjukkan penumbuknya. Akhirnya ketawa mereka meletus.

            “dapat ke kerja tu?” tanya Fikri sambil menyedut minumannya.

            “Alhamdulillah, dapat. Lepas ni tak boleh nak lepak tengok bola dengan kau” sudu dan garfu di letak semula ke dalam pinggan setelah makanannya dihabiskan.

            “tengok bola lah sangat, kau tu mana reti nak tengok bola” sindir Fikri.

            “kau ni kan!” garfu dipinggannya diangkat dan dihalakan ke arah Fikri.

            “aku kena gerak sekaranglah, nanti lambat pula aku masuk office” jam dipergelangannya dipandang.

            “pergilah, jangan lupa bayar. Aku pun nak balik ni, assalamualaikum” pamit Damia.

            Fikri menjawab salam sebelum menuju ke kaunter pembayaran.


            

2 comments:

  1. erm smbg la cpt2 ye lau blh....excited nak taw ape keje die dpt tue!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah :) hehe, terima kasih sbb baca ^^

      Delete

terima kasih kerana menjadi followers