21 January 2013

cik culinary arts BAB 1



BAB 1

Malam ni lepak tempat biasa tau.

            Habis sahaja membaca massage tersebut, aina terus tersenyum lalu di masukkan telefon bimbitnya itu ke dalam poket seluar.

            “ada orang nak belanja aku malam ni, untunglah kau wahai perut. Boleh aku paw si Fikri tu nanti” bisik Damia perlahan.

            “hah! Baca mantera ke Damia oi? Dari tadi mulut tu terkumat-kamit je umi tengok” sergah Puan Afiah.

            Damia yang terkejut dengan sergahan tersebut terus mati senyumannya.

            “eh umi ni macam tau-tau je, betullah tu. Damia tengah baca jampi, biar kedai runcit ummi ni laku”

            “astaghfirullahalazim! Kamu ni kalau di suruh buat yang bukan-bukan, laju aje! Cuba masa ada arwah ayah kamu, mahu kena baling dengan parang” Puan Afiah sebak apabila teringat arwah suaminya itu.

            Damia yang mendengarnya tidak terasa sedikitpun terasa malahan berasa sayu apabila mengenangkan arwah ayahnya itu. Terus dipeluknya Puan Afiah.

            “alaa umi janganlah sedih, dah macam mangga busuk muka ummi yang jelita ni” kata Damia sambil tertawa.

            Puan Afiah yang mendengarnya terus melepaskan pelukan dan lantas bercekak pinggang.

            “Aina Damia!! Kalau sehari tak menyakat umi tak boleh ke, suka sangat bagi perumpamaan yang merepek” Puan Afiah menarik pipi anak sulungnya itu.

            “umi! Apa ni, mana boleh umi tarik asset aina yang paling berharga ni” Damia mengusap pipinya.

            “amboi!” Puan Afiah yang mendengarnya tertawa.

“Selagi Damia hidup, Damia janji yang Aina akan sentiasa ada di sisi umi” ujar Damia dengan penuh bersemangat.

Puan Afiah terus tersenyum bahagia.


“LAMBAT kau sampai” tegur Fikri setelah melihat Damia menarik kerusi berhadapan dengannya.

            Damia menjeling!

            “aku tunggu line clearlah baru boleh keluar, patutnya kau bersyukur sebab aku sampai lambat 15 minit je. itu pun kau nak berkira ke?”

            “aku cakap je, kau tak payahlah nak emosional sangat. ‘holidaylah’ tu” teka Fikri.

            Damia yang mendengarnya mencebik.

            Eh Fikri ni! Aku bagi kaki kang, percuma je kau dapat malam ni. Elok-elok kau datang kedai mamak ni nak tengok bola, terus kena hantar pergi hospital pulak.

            “Dah tak payah nak buat muka toya kau tu, cepatlah order”

            “mamak! Teh tarik satu” jerit Aina.

            “kau belanja aku kan malam ni?” tanya Damia dengan gembira.

            “bila aku cakap?” Fikri mengerutkan dahinya.

            “lah!! Kalau aku tau kau tak nak belanja, baik aku tengok bola kat rumah je. Tapi aku tak bawak duitlah sekarang, kau juga yang kena bayar nanti” sengih Damia.

            “aku dah agak apa yang kau nak cakap, memang aku nak belanja kau pun. Tapi kau cuma order teh tarik je kan, jimat duit aku”

            Kedekut punya Fikri!

            “eh kejap-kejap, aku nak order ayam tandori lah satu” jawab Damia sebelum berlalu pergi untuk ke tandas.

            Fikri yang mendengarnya tersenyum sahaja dengan telatah wanita tersebut.

“kau nak kerja kat mana lepas ni?” tanya Fikri serius

            Damia yang tengah meratah ayam tersebut, terus mengangkat muka.

            “entah” pendek jawapan Damia lalu menyambung semula meratah ayam.

            Fikri yang mendengar sebaris ayat itu terus menggeleng.

            “dah elok kerja kat kedai bunga tu, kau berhenti kenapa?”

            “sebab aku ada marah seorang costumer tu” jawab Damia tanpa berselindung.

            “kenapa kau marah dia?” tanya Fikri prihatin.

            “dia cakap bunga yang aku bagi kat dia tu tak cantik macam yang mula-mula dia pilih”

            “tak cantik? Maksud kau?”

            “bunga tu dah hilang seri kot”

            Fikri yang mendengarnya terus tertawa terbahak-bahak.

            “kau ingat bunga tu pengantin ke nak hilang seri bagai, kau buat apa sampai bunga tu ‘hilang seri’?”

            “mana ada aku buat apa-apa! Aku tengok kelopak bunga tu macam hodoh je, so aku cabutlah semua kelopak luar bunga tu”

            Fikri terus menghamburkan tawanya.

            Damia yang melihat Fikri tidak henti mentertawakannya lantas membaling tulang ayam yang berada di pinggannya itu.

            Lawak sangat ke sampai bersungguh-sungguh gila kau gelak Fikri?!

“whoa whoa! Rilekslah beb, kau ni kan. Aku gelak sikit pun tak boleh”

            “tu bukan sikit tapi dah terover tau tak?” Damia menyambung meratah ayam.

            “lepas ni kau nak kerja kat mana pula?”

            “mestilah kat kedai kek! Aku kan ambik culinary arts, takkan lah nak kerja kedai bunga lagi. Mana kena dengan jiwa aku!”

            “ok apa kedai bunga, hari-hari boleh kau bau wangi bunga-bunga yang segar tu”

            “wangi? Busuk adalah! Tah apa perasaan semua perempuan yang terlompat-lompat bila dapat bunga dari lelaki, lagipun bunga je pun! Lainlah kalau diamond. Macam mana ea reaksi dia orang bila dapat diamond tu? Mesti melompat macam kangaroo” Damia membayangkan situasi tersebut.

            Kepala Damia yang dilitupi tudung itu di ketuk perlahan oleh Fikri.

            Damia terus memberi jelingan maut.

            Fikri ni pun, agak-agak lah nak gurau. Melebih dah ni! aku backhand  jugak kang. Nasib kau belanja aku hari ni!

            “yang kau ni beriya cakap macam tu, kau tu bukan perempuan ke?” tanya Fikri.

            “bukan!”

            “ha!” Fikri terkejut mendengar jawapan dari mulut Damia.

            “aku ni wanita, kau ni nak tengok bola ke nak berbual. Dari tadi asyik menanya aku je” sambung Damia lagi.

            “kau ni macam-macam je lah, Puan Afiah tak marah pula kau keluar malam-malam macam ni”

            “umi aku tak tau pun aku ke…….” Perkataan ‘keluar’ itu terus terhenti apabila telefon nokia milik Damia berbunyi.

            “hello assalamualaikum, ye umi”

            “eh macam mana ummi tau?”

            “kejap lagi lah Damia balik”

            “ok ummi”

            “anakanda menjunjung perintah”

            “waalaikumsalam”

            Talian telefon di matikan dan Damia terus menjeling Fikri yang sedang menyedut minumannya itu.

            “kaulah ni, pergi seru nama umi aku kenapa. kan dah kantoi aku keluar malam!”

            “yang kau tak bagi tau umi kau kenapa?”

            “erk!! Eh dah lah, aku kena balik” Damia terus bangun dari kerusinya.

            “aku chow dululah, thanks sebab belanja aku makan. Bye! Assalamualaikum” kata Damia lagi sebelum melangkah pergi.

            “aku hantar kau balik nak?” offer Fikri.

            “kau gila! Free je kalau kau kena balingan kuali ummi aku tu, tak pasal-pasal kau koma terus. Rumah aku dekat je, tak payahlah” jujur jawapan Aina.

            Mahu terkejut umi tengok lelaki hantar aku balik, memang aku cari pasallah tu.

            Fikri hanya mampu menghantar Damia dengan pandangan sahaja. Setelah melihat bayangan Damia mulai hilang dari pandangannya, dia terus bangun dari kerusinya menuju ke cashier untuk membuat bayaran.

Dia sebenarnya bukan mahu menonton perlawanan bola sepak tetapi yang sebenarnya dia mahu menatap wajah Damia iaitu orang yang disukainya sejak mereka berkenalan lagi.


“BISMILLAHIRAHMANIRAHIM” bisik Damia perlahan lalu dihembuskan ke kanan dan kirinya, tangan kanannya memegang tombol pintu.

Krikk! Akhirnya pintu rumah yang di tutup dengan begitu berhati-hati berbunyi jua.

            Phew, Nasib baik umi tak bangun. Kalau umi serang aku time-time macam ni, memang kena tidur bawah pokok manggalah jawabnya. Pintu ni pun! Langsung tak boleh nak berkompromi dengan aku, saja je kau keluarkan bunyi kan. Kata Damia di dalam hati, di jeling pintu tersebut.

            Terjengkit-jengkit kaki Damia menuju ke bilik tidurnya itu.

            Tiba-tiba lampu di ruang tamu terbuka. Erk! Sejak bila lampu ni terbukak otomatik, macam tau-tau je aku tak nampak jalan nak masuk bilik.

            “ha Damia! Awal kamu balik, pergi mana tadi?” tanya Puan Afiah yang berada di tepi suis lampu.

            Oh umi yang onkan, mati-mati aku ingat umi dah tukar lampu jadi otomatik tadi. Hehe!

            “tengok tu, kalau umi cakap berangan je kerja kamu. Tak cukup lagi lepak dengan si Fikri tu ke? Kalau tak cukup, kahwin je terus dengan dia. 24 jam kamu boleh lepak dengan dia” omel Puan Afiah.

            Damia sudah tersengih-sengih. Aku kahwin dengan Fikri tu? No way! Impossible!

            “apa umi ni melalut, kita orang kawan je lah”

            “memanglah kamu kata kawan, tapi Fikri tu? Kamu tahu ke isi hati dia?” tanya Puan Afiah lagi.

            “bukan setakat isi hati, isi perut Fikri tu pun Damia tau umi” Damia cuba untuk membuat uminya itu tertawa. Tetapi hampeh kerana tidak sedikitpun uminya itu menarik senyuman.

            “sudah! Sudah! Berapa kali umi nak cakap, jangan keluar malam. Kenapa Damia susah sangat nak dengar apa yang umi cakap, Damia tu perempuan. Kalau terjadi apa-apa pada Damia macam mana? Umi sayangkan kamu, tapi kamu tak pernah dengar apa yang umi nasihat. Kalau itu yang umi tak bagi kamu buat, perkara itu jugalah yang kamu lagi suka buat. Susah sangat ke kamu nak dengar kata umi Aina Damia?!” Luah Puan Afiah yang risau akan anak perempuannya itu.

            “umi….. Damia tak……”

            “cukup! Kamu pergi tidur sekarang, esokkan kamu ada interview” Puan Afiah memicit perlahan pelipisnya.

            Damia yang melihatnya terus memengang tangan Puan Afiah lalu mengucupnya berkali-kali. Air matanya dikesat perlahan.

            “maafkan Damia! Maafkan Damia Umi, Damia tak bermaksud nak kecilkan hati umi. Damia janji, lepas ni Damia tak keluar malam dah. Kalau nak lepak dengan Fikri tu pun waktu siang je”

            “ada je idea kamu kan, bukan umi tak bagi kamu jumpa dengan Fikri tu tapi umi tak sukalah dengar jiran tertangga kita asyik bercerita pasal kamu dengan fikri tu” Puan Afiah mengusap kepala Damia yang berlitup itu perlahan.

            “ha?!! Damia tak dengar pun umi?”

            “dah-dah! Tak payah nak buat muka kamu yang terkejut tu, sekarang pergi naik atas tidur”

            “ok umi” Damia membuat tanda ok.

            “umi… terima kasih sebab ingatkan Damia yang esok ada interview” Damia mengenyitkan matanya.

            “kalau umi tak ingatkan, mesti kamu tak pergi kan esok? Muda lagi tapi dah jadi pelupa” Puan Afiah serius.

            “bukan lupalah umi, tapi tak ingat” Damia tersenyum sumbing.

            “malas umi nak layan kamu malam-malam macam ni, baik umi tidur” Puan Afiah mula menapak masuk kedalam biliknya.

            “umi… esok nak pakai baju apa ye?” tanya Damia yang lurus itu.

            “ya Allah, itu pun kamu tak tahu. Kamu pakai je baju kurung”

            “hah?!” membulat mulut Damia yang mendengarnya.

            Baju kurung? Umi ni buat lawak ke? Baju tu aku pakai setahun sekali je, itu pun waktu raya.

            “kenapa? tak boleh ke?”

            “ehh tak lah umi, boleh je. Night, assalamualaikum umi” ucap Damia sebelum menyalami tangan Puan Afiah.



#sorry sebab dah lama tak update new n3 ..
#sorry again sebab n3 yang ni pendek, sebenarnya panjang, tp dah delete yang lebih tu ..
#muhammad daniel hafiy+farshah irdiana eva terpaksa diberhentikan seketika sebab bab2 yang seterusnya hilang dari lappy. tetapi akan disambung secepat yang boleh ..
#terima kasih sebab membaca :)



3 comments:

terima kasih kerana menjadi followers