30 January 2013

cik culinary arts BAB 4


BAB 4

“Nadya ada cerita apa-apa pada awak?” soal Fikri.

“tak ada pun, dia kan busy kebelakangan ni. Nak jumpa saya pun tak ada masa, cerita apa ni? ceritalah kat saya” pinta Damia sambil memandang Fikri dengan senyuman yang boleh mencairkan mana-mana lelaki yang melihatnya.

“eh tak ada apalah, saya saja tanya. Dia ada bagi tau awak yang bulan depan dia ada buat kenduri?” tanya Fikri lagi.

“kenduri? Tak ada pun! Mungkin dia terlupa sebab busy sangat kot, lagi pun hari selasa ni kan ada class waktu pagi. Nanti saya tanya dia”

“erm… saya rasa tak payahlah” Fikri berpaling memandang ke arah lain.

“kenapa awak? Nadya tu kan bestfriend saya, takkan lah dia tak nak jemput saya pergi kenduri dia?” Damia penuh tanda tanya.

“nanti awak tahu juga” balas Fikri pendek.

“awak perasan tak dalam beberapa bulan ni, saya tengok Nadya tu dah tak pernah ada masa nak lepak dengan kita lagi. Bila habis class je, mesti dia menghilang. Bila saya nak berborak dengan dia, dia bagi macam-macam alasan nak cepat balik. Dalam class pun dia tak duduk sebelah saya, lepas tu sekarang ni dia banyak skip class. Final exam dah dekat ni” Damia pelik bercampur risau.

“sa…sa… saya tak perasan pun, mungkin perasaan awak je tu. Boyfriend awak mana? Lama saya tak nampak dia? Biasanya dia melekat je dengan awak, macam gam” usik Fikri.

“awak ni kan! Saya pun tak tau, bila saya message dia lambat reply. Bila saya call, dia cakap berapa saat je lepas tu dia letak sebab busy. Saya faham, kita kan dah last sem lepas tu dah nak final exam. Mesti Haikal nak study” terang Damia panjang lebar.

            Fikri memandang Damia dengan perasaan sayu. Kesian kau Damia, kena tipu hidup-hidup. Kalau kau tau perkara yang sebenar, mesti kau takkan dapat jawab exam yang lagi berapa hari ni. Bisik hati Fikri.


DAMIA mengejar Nadya yang terkocoh-kocoh keluar setelah selesai sahaja menjawab paper terakhir.

“Nadya! Tunggu lah kejap, awak nak pergi mana?” tanya Damia yang berdiri di hadapan Nadya setelah berjaya memintasnya.

“saya ada hal lah awak, saya pergi dulu ea?” Nadya dengan pantas berlalu pergi.

“awak buat apa asyik sibuk je memanjang? Apa yang awak sorokkan dari saya selama ni?” di tariknya tangan Nadya yang sedang berjalan itu, Damia memandangnya tajam.

“ma…mana ada apa-apa yang saya sorokkan. Awak ni kenapa sebenarnya Damia?” Jawab Nadya gugup.

“saya cuma nak ajak awak, Fikri dengan Haikal pergi makan. Kan hari ni last day kita kat campuss, lepas ni mesti susah nak jumpa awak”

“tapi saya betul-betul ada hal Damia, sorry! Ok lah, saya kena pergi. Nanti saya call awak ye, assalamualaikum” kata Nadya sebelum tergesa-gesa berlalu pergi.

“waalaikumsalam” jawab Damia perlahan sambil memandang ke arah susuk tubuh Nadya yang semakin menghilang. Dikeluarkan telefon bimbitnya lalu didail number Haikal.

“helo! Awak kat mana? Jomlah join saya dengan Fikri keluar makan, hari ni kan last day kat campuss” ucap Damia.

“sibuk? Kan paper awak dah habis, kenapa sibuk lagi?” kata Damia yang tidak puas hati.

“tak pe lah kalau macam tu, tapi boleh tak kalau jumpa saya sekejap?” tanya Damia lagi.

“tak boleh juga?!” suara Damia di tinggikan.

Tuttt…tuttt…tuttt talian dimatikan oleh Haikal. Kenapa Haikal ni? Dah seminggu aku tak nampak dia, kenapa dia macam nak larikan diri dari aku?

“awak kenapa? Muka macam ayam tertelan kapur je” ujar Fikri yang baru sahaja berada di sebelah Damia.

Ayam tertelan kapur? Bukan patutnya ayam berak kapur ke? Apalah Fikri ni!

“tak ada apa-apa lah, saya balik dulu lah awak” Damia minta diri.

“tapi awak kan yang ajak keluar makan tadi?” jerit Fikri.

cancel lah, Nadya dengan Haikal tak ada” Damia memandang ke arah Fikri yang berada di belakangnya sebelum melambaikan tangannya.


SETELAH Setelah selesai bersiap, Damia memandang cermin. Hurm… Fikri ni nak bawa aku pergi mana? Siap suruh aku pakai baju kurung lagi.

            “awak nak bawa saya pergi mana?” tanya Damia setelah melabuhkan punggungnya di dalam kereta kepunyaan Fikri.

            “adalah, awak ikut je” jawab Fikri yang tidak mahu bersoal jawab panjang lebar dengan Damia.

            Sepanjang perjalanan Damia hanya mendiamkan diri, tetapi hatinya mula berasa pelik setelah kereta yang dipandu Fikri membelok memasuki sebuah masjid. Fikri nak solat Asar kot, kata Damia yang ingin menyedapkan hatinya.

            “awak masuklah, ada kawan kita yang nak akad nikah kat dalam tu” ujar Fikri setelah dia keluar dari perut keretanya itu.

            “ha? Siapa? Awak tak nak masuk ke? Kenapa dia orang tak jemput saya pun?” bertalu-talu pertanyaan Damia.

            “saya tunggu kat luar ni je, awak masuklah gantikan saya. Lagi pun awak boleh dapat jawapan bagi semua soalan awak tu” Fikri bersandar pada keretanya sambil memandang ke arah lain.

            “tapi…”

           “awak masuklah cepat, saya tak sampai hati nak tengok” Fikri memandang jam tangannya. Aku harap kau tabah Damia! Aku bawa kau ke sini bukan untuk mencetuskan pertelingkahan, tapi untuk bagi tau kau tentang keadaan yang sebenar.

            Damia senyum pada Fikri lalu melangkah pergi memasuki Masjid. Siapa yang bernikah ni? kenapa aku tak tau?

            Damia duduk bersimpuh di belakang para tetamu yang hadir, dia tidak dapat melihat pasangan lelaki dan wanita yang akan bernikah sebentar lagi itu kerana mereka duduk membelakanginya. Kini acara ijab dan kabul sedang dijalankan, Damia hanya memerhati dari belakang. Saat pengantin lelaki menyebut nama pasangannya, Damia terkedu!

            Nadya Amira Binti Abdul Aziz! Itu nama sahabat karibnya, Damia yakin yang itu adalah sahabatnya. Di saat itu pelbagai soalan menjengah fikirannya, dia cuba memanjangkan leher untuk melihat ke arah si jejakanya pula. Tetapi hampa! Jarak mereka jauh untuk Damia meneka siapa gerangannya.

Selesai sahaja mengaminkan doa, si jejaka bangun dan berpusing memandang ke arah suri hatinya itu untuk acara pembatalan air sembahyang pula.

Digosok beberapa kali mata Damia bagi memastikan kebenaran di hadapannya. Saat itu Damia merasakan bumi berhenti berputar dan dia pasti yang jejaka tersebut adalah Haikal! Ye! Haikal! Teman lelakinya atau lebih tepat adalah suami kepada Nadya Amira Binti Abdul Aziz, sahabat baiknya sendiri!

Air mata yang ditahan-tahan akhirnya mengalir jua! Damia mengelap perlahan sambil menahan sendu supaya tidak menarik perhatian tetamu yang berada di situ. Damia bangun dari duduknya, dia memandang sekilas ke arah pasangan yang baru sahaja sah menjadi suami isteri itu.

Haikal terpandang Damia di saat itu, Damia menarik senyuman sebelum beredar pergi. Haikal tergamam! Nadya yang melihat Damia di saat itu juga tergamam!

Selepas meminta diri untuk berlalu pergi sebentar, Haikal dan Nadya pantas mengejar Damia yang sudah berada di tapak parking kereta.

“Damia! Tunggu sekejap, biar saya terangkan” laung Haikal.

Damia masih tidak berpaling, dia terus menarik pintu kereta.

“maafkan saya Damia” Haikal menarik tangan Damia yang mahu memasuki perut kereta.

Panggg!!! Dengan pantas tangan Damia melekat pada pipi Haikal. Nadya sudah teresak-esak menangis.

“jangan pernah berani kau sentuh aku! Buat apa kau minta maaf kat aku? Kau tak ada salah pun” Damia tersenyum sinis.

“saya boleh terangkan apa yang terjadi tapi tolonglah jangan hukum saya macam ni Damia” rayu Haikal.

“tak payah nak buat drama! Kau nak terangkan apa lagi? Tak cukup ke kau mainkan perasan aku? Tak cukup lagi ke kau dengan Nadya tipu aku? Kenapa korang buat aku macam ni? Apa salah aku? Puas hati kau tengok aku menangis macam ni? Puas hati kau sekarang?!!!” Damia mengelap air matanya yang tidak berhenti mengalir sejak tadi. Fikri hanya mampu melihat!

“Damia… Semua yang awak nampak ni tak seperti yang awak fikirkan. Saya mohon sangat awak percayakan saya, saya tak sekejam itu nak rampas kekasih sahabat saya. Percayalah Damia, tak terlintas pun di fikiran saya” Nadya menggemgam kedua-dua tangan Damia memohon pengertian.

“kau nak aku percaya orang macam korang ni?! Selama ni aku percayakan kau tapi sanggup kau tipu kawan kau sendiri! Apa jenis manusia lah kau ni, kawan makan kawan! Aku tak sangka orang yang aku anggap sahabat baik selama ni adalah pengkhianat! Apa dosa aku kat kau ha sampai kau balas macam ni sekali?! Kau tak rasa bersalah ke buat aku macam ni?!” di tolaknya bahu Nadya bertalu-talu sehingga Nadya terjatuh. Bertambah deras air mata Nadya menuruni pipi.

“cukup Damia!!! Kalau kau nak berkasar dengan aku, bukan dengan Nadya!” marah Haikal, dia membantu Nadya untuk berdiri.

“bagus-bagus! Suami yang penyayang! Sesuai lah korang berdua! Seorang penipu, seorang lagi pengkhianat!!” jerit Damia lantang yang berang melihat adegan itu.

“Damia…” panggil Fikri lembut yang merasakan Damia telah melampaui batas.

“kau diam! Kalau nak di ambil kira perbuatan dorang ni dengan apa yang aku cakap, belum tentu cukup!” ucap Damia pada Fikri.

Haikal berjalan mendekati Damia, di cengkamnya pergelangan tangan Damia sekuat hati.

“tak puas lagi kau hina aku dengan Nadya? Apa yang kau nak lagi ha?!” jerit Haikal. Dikuatkan lagi cengkamannya.

“lepaslah! Apa hak kau nak sentuh aku ha? Tak cukup lagi ke kau sakitkan hati aku? Selama ni aku percayakan kau! Tapi kau? Kau balas taik kat aku, kau ni patutnya jadi binatang! Tapi binatang pun ada akal, tak macam kau!!!” Damia menunjal-nunjal kepala Haikal dengan sebelah tangan kerana sebelah tangannya masih lagi di cengkam oleh Haikal.

Haikal yang mendengarnya merasakan tahap kesabarannya telah sampai ke tahap maksimum! Dia terus mengangkat tangan untuk menampar mulut celupar Damia itu.

“Haikal!!” jerit Fikri dan Nadya serentak.

Haikal yang bagaikan baru tersedar dari mimpi terus di jatuhkan tangannya, di tolak kasar Damia hingga dia terjatuh pada jalan yang bertar itu. Dia menuju ke arah Fikri, di tumbuknya Fikri berkali-kali sehingga di hujung bibirnya mengalirkan darah.

“kau bawa Damia pergi sini kenapa ha? Kau memang suka tengok aku, Damia dengan Nadya bergaduh kan? Aku tau selama ni kau syok kat Damia, tapi dia tak layan. Puas hati kau sekarang bila tengok Damia dah mula benci aku?!” soal Haikal pada Fikri.

“cukup!!! Kalau bukan Fikri yang bawa aku datang sini, aku rasa sampai bila-bila pun aku takkan tau! Aku harap kau dengan isteri kau yang pengkhianat tu bahagia!” Damia menolak bahu Haikal. Dibukanya pula pintu bahagian pemandu dan menyuruh Fikri masuk, ditutup pintu tersebut dengan kasar.

“aku harap lepas ni, kau dengan kau anggap je tak pernah kenal aku kat dunia ni!!” Damia menunjuk pada Haikal dan Nadya.

“tapi Damia…”

“sudah! Kau tu dah jadi isteri Haikal, jaga dia baik-baik jangan sampai dia kahwin dengan orang lain tanpa pengetahuan kau pula” belum sempat Nadya menghabiskan ayatnya, Damia sudah memotongnya terlebih dahulu. Damia membuka pintu sebelah penumpang.

“Damia… Kahwin dengan aku?” ucap Haikal.

Damia yang baru sahaja mahu melabuhkan punggung terus berpaling dan memandang Haikal tajam.

“hei! Kau ni dah gila ke ha?! Tak sampai setengah jam akad nikah, dah nak nikah lagi. Tolong lupakan aku dan binalah hidup baru dengan Nadya” Damia memaksa bibirnya menarik senyuman sebelum menutup pintu kereta dan menyuruh Fikri meninggalkan masjid tersebut secepat mungkin.


cik culinary arts BAB 3


BAB 3

            “kau buat apa kat sini?” membulat mata Damia.

           Habislah aku, mesti aku takkan dapat punya kerja ni. Aku baru nak berangan kejap jadi pembuat kek yang berjaya kat tempat mewah macam ni.

            Zayyan menolak ke tepi laptop yang berada dihadapannya supaya senang melihat wajah gadis di hadapannya itu.

            Bukan patutnya aku ke yang tanya dia? Sewel punya perempuan.

            “and the same question goes to you dear” penuh menggoda pertanyaan Zayyan

            Dear? Erk… Eiuw! Taik telinga aku ni yang dengarnya pun dah jadi macam coklat cair, geli!

            “saya? mestilah datang nak interview. But wait, saya tak tersalah tempat kan?” Selamba pertanyaan Damia.

            Zayyan yang mendengarnya tergelak perlahan.

            Kenapa pula dia ni? Kena sampuk ke? Aku rasa tak de yang kelakar pun soalan aku tu. Kesian lelaki ni!

            “nope! Before that, are you sure yang you ni datang untuk interview?” tanya Zayyan serius.

            “bukan setakat sure, saya dah cormfirm sangat” jawab Damia dengan penuh yakin.

            “ok! Sebab apa you nak kan job ni?” Zayyan mula bertanya.

            Apalah! Bagi soalan senang lagi kacang macam ni, cubalah bagi soalan yang mencabar sikit. Barulah aku bersemangat nak jawab.

            “sebab ini minat saya dari kecil” Damia tersenyum.

            Zayyan melihat cara pemakaian Damia dari atas hingga ke bawah, dia menggeleng perlahan. Biar betul perempuan ni?

            “apa yang membuatkan you ni lagi layak berbanding dengan wanita yang berada di luar tu dan kenapa I mesti pilih you?” Zayyan menunding jari telunjuknya ke arah wanita di luar yang sedang menunggu giliran itu.

            “sebab saya ni seorang yang periang, creative, bertolak-ansur, jujur dan mengikut arahan. Encik boleh baca resume saya ni” Damia menghulurkan fail bewarna biru.

Eh kejap! Aku tertinggal lagi satu, iaitu comel! Hihi! Aku kan memang comel, k perasan kejap. Cehh Damia! Semua perangai yang positif kau bagi tau, yang negatif mana? Propa betul kau ni!

Zayyan meneliti resume tersebut dengan dahi yang berkerut-kerut, mukanya serius tanpa senyuman.

Teruk sangat ke resume aku tu? Pointer aku kat U semuanya tinggi, siap ada dekan lagi tu. Takkan lah! Omel Damia dalam hati.

you pasti yang ini cita-cita you dari kecil?” tanya Zayyan lagi sekali bagi memastikan jawapan Damia yang sebenarnya.

“iye Encik, ni cita-cita saya yang saya impikan sejak dulu lagi” bersungguh-sungguh jawapan Damia.

“baiklah! My staff akan call you nanti” ujar Zayyan yang bangun dari kerusi lalu menghulurkan tangannya untuk bersalam.

Damia terdiam!

“terima kasih Encik, harap Encik memilih saya sebab ini adalah perkara yang saya impikan sangat” Damia menundukkan kepala tanda hormat.

Zayyan mengerti lalu tersenyum.

Damia yang sedang berjalan menuju ke pintu itu berpaling seketika sambil memandang ke arah Zayyan.

“saya harap Encik memilih saya” Damia senyum.

Setelah menghabiskan ayatnya itu dia menolak perlahan pintu kaca yang berada di hadapannya.

“wait!” kata Zayyan tiba-tiba.

Damia kembali berpusing melihat gerangan yang memanggilnya.

“ya?”

“kita pernah jumpa tak sebelum ni?” tanya Zayyan.

Mati aku! Tapi pagi tadi kan dia baru je ‘meroyan’ depan aku, takkan dah lupa pula? Amnesia ke dia ni?

“erk… erm rasanya pagi tadi kot” jujur Damia.

“sebelum tu?” soal Zayyan lagi.

“saya… rasa tak de lah, kenapa ye?” sebelum ni? mestilah tak de, kalau ada pun mesti aku ingat. Handsome tu, siapa yang tak ingat. Hikhik!

oh nothing! Just asking, you can go now

Hamboi! Menghalau nampak, nasib kau ni bos. Kalau kuli macam aku ni, dah lama aku debik.

Zayyan mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail number seseorang.

“Carl! Aku nak kau siasat tentang latar belakang Aina Damia Binti Muhd Daus, aku nak secepat yang mungkin!” talian dimatikan.



DAMIA pantas menanggalkan kasut yang dipakainya setelah tiba di rumah. Laparnya perut aku, umi masak apa ye hari ni. Desis hatinya.

            Dibukanya tudung saji yang berada di atas meja makan, senyuman yang terukir sejak tadi terus mati setelah melihat tiada apa-apa yang terhidang. Lah! Umi tak masak rupanya, kalau aku tau baik aku makan roti canai kat kedai mamak depan tu je. Kena makan meggi lagi lah ni jawabnya, kesian kau perut! Tak pe! Malam nanti bila umi masak, aku melantak banyak-banyak.

            Selesai sahaja memasak meggi berperisa kari yang di masukkan sebiji telur, Damia meletakkan di atas meja di ruang tamu. Damia menghidupkan suis tv dan tangannya ligat mencari channel yang sesuai, akhirnya rancangan kegemarannya iaitu cake boss dipilih. Eh! Lupa ambil air, kang tercekik naya je masuk hospital.

            Damia bergerak menuju ke dapur untuk membancuh air oren. Apabila dia kembali ke ruang tamu, dilihatnya seseorang sedang menikmati meggi yang dimasaknya sebentar tadi. Diletaknya kasar air oren yang dibancuhnya sebentar tadi di atas meja.

            “thanks kak long! Macam tau-tau je Ammar haus” air oren yang dibancuh Damia diminum sehingga separuh gelas.

            “bertuah punya budak! Kak long yang masak, kau yang makan” hambur Damia yang tidak puas hati melihat meggi yang dimasaknya di nikmati oleh Ammar.

            “jangan lah berkira sangat kak long. Anggap je ni balasan kak long sebab Ammar dah ‘pinjamkan’ toilet pagi tadi”

            “toilet je! ye pun janganlah kebas kak long punya meggi, kak long nak makan apa pula ni?” Damia menarik mangkuk meggi tersebut.

            “kak long! Nanti tumpah lah, kak long kalau lapar pergilah masak. Kak long kan perempuan, lainlah dengan Ammar ni” ditolaknya Damia supaya menjauhinya.

            “Ammar tu je yang malas nak masak, lagi pun tak ada istilah yang kata cuma perempuan yang wajib masak” Damia masih mencuba untuk merampas kembali mangkuk itu.

            “memanglah tak ada kak long! Tapi masalahnya sekarang ni, kak long tu bukan reti masak pun” Ammar mentertawakan Damia.

            “ehh! Cakap elok sikit, kak long retilah” Damia mengetuk kepala Ammar.

            “apa ni kak long! Janganlah main kepala! Kak long tu cuma reti masak kek, pastry, dengan makanan western je. Kalau masakan kampung tu kak long reti ke?” Ammar mengangkat keningnya.

            “retilah! Cuma kak long malas nak tunjuk”

            “malas nak tunjuk sebab tak tau kan? Kan?” Ammar sengaja mencari pasal.

            “dah lah, malas kak long nak layan Ammar. Lepas makan basuh manguk dengan gelas tu” Damia berlalu pergi menuju ke bilik.


PUAN Afiah melabuhkan punggung bersebelahan Damia yang sedang melipat baju, dia membantu anak sulungnya itu.

            “macam mana interview tadi” tanya Puan Afiah.

            “ok je, tapi pelik sikit lah umi”

            “pelik apanya kamu ni?” Puan Afiah mengerutkan dahi.

            “sebab dia tanya berat dengan tinggi, kalau minta kerja kat kedai kek memang dia tanya macam tu ke?” soal Damia pula.

           “manalah umi tahu Damia”

            “tapi kan umi, orang yang interview Damia tu handsome. Kalau hari-hari Damia tengok muka dia mesti berseri je hari Damia” Damia tergelak.

            “bertuah punya budak! Kamu ni pantang tengok orang yang handsome, mesti senyum sampai ke telinga” Puan Afiah juga turut tergelak.

            Damia memegang telinganya. Eh! Mana ada senyum sampai telinga, umi ni propaganza betul.

            “tapi sayang… lelaki tu cepat ‘meroyan’” kata Damia lagi.

            “meroyan? Kamu ni pelik-pelik aje”

            “betul umi! Pagi tadi tiba-tiba dia marah Damia tak tentu pasal”

            “iyalah tu, entah-entah kamu yang buat dia marah”

            “mana ada umi, Damia ni kan baik” Damia mencebik. Selesai sahaja melipat kain, Damia pantas melompat ke atas sofa dan mencapai remote tv.

“tolong umi simpankan surat khabar dengan majalah-majalah ni dalam stor, lepas tu kamu ambilkan umi kain lap dalam kabinet bawah tu ye” pinta Puan Afiah.

            “alaa umi! Damia baru je nak tengok tv, nanti-nanti Damia buat tau” Damia membuat mimik muka comel sambil di kelip-kelipkan matanya.

            Puan Afiah memandang Damia sambil bercekak pinggang.

            “nanti kamu tu bila? Tahun depan pun belum tentu lagi, pergi sekarang” Puan Afiah memberi arahan.

            “alaaaa umi”

            “pergi sekarang!”

            Damia bangun dari sofa tersebut di ikuti dengan muncung itiknya.

            “ha! Buat muka, umi tarik juga mulut kamu tu nanti”

            Setelah dikumpul dan disusun rapi, Damia mengangkat surat khabar dan majalah itu menuju ke bilik stor yang berada di bahagian belakang dapur. Sampai sahaja di depan pintu bilik stor, Damia menolak pintu tersebut menggunakan kaki.

            “hish! Kenapa pula pintu ni tak boleh nak bukak? Menyusahkan aku je!” surat khabar dan majalah yang berada ditangannya di simpan ke lantai.

            Tombol pintu di tarik kasar! Tapi masih juga tidak terbuka setelah di cuba beberapa kali. Damia bengang! Diangkat tinggi kaki kanannya untuk menendang pintu itu. Belum sempat kakinya menyentuh pintu kayu itu, pintu itu dengan sendirinya terbuka. Ada penjaga ke bilik stor ni? Seram pula aku nak masuk! Bisik hati Damia.

“Cu minta maaf ye kalau ganggu, cu cuma nak letak barang” Damia menundukkan kepala beberapa kali tanda meminta maaf sambil matanya melirik memandang ke arah kiri dan kanannya.

Suis lampu yang berada bersebelahan dengan pintu dibuka, setelah itu diletakkan surat khabar dan majalah di tempatnya. Di carinya pula kain buruk di dalam kabinet, semua kabinet yang berada di bawah di buka tetapi tiada.

“mana pulak ni? Umi kata ada kat kabinet bawah, tapi tak de pun” digaru kepalanya yang tidak gatal.

Saat itu mata Damia memandang ke atas. Oh! Ada kat atas ni kot, bisik hati Damia. Di angkatnya kerusi kayu yang berada di sudut bilik lalu diletakkan dihadapan kabinet tersebut sebelum di panjat oleh Damia. Satu persatu kabinet yang berada di atas itu di buka, saat itu matanya terpandang akan sebuah kotak sederhana kecil bewarna merah. Dicapai kotak tersebut lalu dia turun semula dari kerusi. Di buka perlahan kotak itu untuk melihat isi kandungannya, saat itu jugalah air matanya menitis dengan deras apabila terpandang sekeping foto dia bersama seorang wanita lantas mengingatkan dia kejadian 5 tahun lalu.


#sebenarnya nama zayyan tu sebelum ni zayyad, tapi sebab asyik tersalah taip dan nama zayyan tu dah di publish, so ambik je lah nama zayyan tu .. hehe

23 January 2013

cik culinary arts BAB 2


BAB 2

Terpisat-pisat mata Damia sewaktu melihat jam dinding yang bewarna hitam itu. Hurm, Lambat lagi ni. Gumam Damia sendirian.

Baru pukul 8:30 pagi, awal lagi nak bangun. Ha?! Terkejut yang bukan kepalang Damia setelah otaknya kembali berfungsi seperti biasa.

Ya Allah! Aku dah lambat ni, interview start pukul 9 pagi. Aku nak bersiap lagi, nak tunggu bus lagi. Memang dah terover lambat lah ni!

Damia bingkas bangun menuju ke bilik air yang berada bersebelahan biliknya, tetapi setelah berada di depan pintu. Dilihatnya pintu itu tertutup, sah ada orang ni!

Tok! Tok! Tok! Ketuk Damia sekuat hati, bagaikan orang yang pekak sedang menggunakan bilik airnya itu.

“sape kat dalam ni? cepat sikit boleh tak?!” jerit Damia.

“apa ni kak long, ketuk pintu macam nak roboh. Mana boleh kacau anak teruna tengah bersiram” balas Ammar anak kedua dari empat adik-beradik ini.

Ammar rupanya! Kepala hotak kau bersiram, aku dah lambat ni! Dia ni mandi dah lah setengah jam.

“nanti Am sambunglah bersiram tu, sekarang keluar! Keluarrr!!!” teriak Damia sekuat hati bagaikan di rasuk itu.

“mana boleh kak long! Am baru je masuk, lagipun nanti lambat Am nak pergi class” jelas Ammar.

“tak de! Tak de! Keluar jugak! Kak long dah lambat nak pergi interview ni. Setakat class, Ammar skip pun tak pe. Bukan luak pun!”

“yang kamu test suara pontianak kamu tu pagi-pagi ni kenapa? kamu yang lambat bangun, disuruhnya pula Ammar keluar” tegur Puan Afiah bersama sudip di tangan yang di saluti bihun.

“betul tu umi, tiba-tiba je kak long ni meroyan” sampuk Ammar yang mengiyakan kata-kata uminya itu.

“diam lah! Mandi cepat! Menyampuk je!” hambur Damia.

“tapi umi… Damia dah lambat, takkan lah Damia pergi interview tu dengan tak mandi?” Dipandangnya wajah Puan Afiah meminta simpati.

“Ammar… sudah-sudahlah tu, kamu keluar dulu. Kak long ni kalau dah lambat, mandi dia tak sampai 10 detik pun” pujuk Puan Afiah.

Pintu bilik air tersebut masih tidak di buka.

“Ammar…” panggil  Puan Afiah perlahan.

Akhirnya pintu tersebut terbuka, berdesup laju Damia masuk ke dalam lalu di toloknya Ammar supaya keluar. Sebelum menutup pintu, sempat lagi dia menjelirkan lidah pada adiknya itu.

“tengok tu umi, bukan nak berterima-kasih! Perangai mengalahkan budak tadika, patutlah tak de yang tersangkut kat kak long tu” Ammar menggeleng-gelengkan kepalanya.

“Ammar!! Kak long dengar tu! Takkan lah depan toilet pun nak mengutuk kak long”


SELUAR jeans lusuh dan t-shirt bewarna ungu dipadankan. Selepas itu di capai pula tudung bawal bewarna hitam yang dah tersedia tergantung pada pintu bilik itu lalu terus disarungkan pada kepalanya. Selepas di pin, terus di belek sebentar dirinya di depan cermin.

            Hurm! Boleh lah ni, tetap terserlah kecomelan aku. Puji Damia sendirian!

            Damia terus menapak ke meja makan lalu mencapai sekeping roti dan menyalami Puan Afiah.

            “tak nak minum dulu ke Damia?” tanya Puan Afiah.

            “tak pelah umi, dah lambat ni” jawab Damia dengan roti yang berada di mulutnya sambil menyarungkan kasut.

            Dia masih menuruskan marathonnya dengan berlari selaju mungkin menuju ke bustop sambil menilik jam di pergelangan tangannya.

            Pukul 9:30 pagi? Memang aku dah lambat sangat ni. Kenapa lah aku tidur lepas subuh tadi! Kalau aku tak tidur mesti aku takkan datang lambat ni!

Pinnnn!!! Hon dari sebuah kereta mewah yang memberhentikan keretanya secara tiba-tiba di tepi jalan.

Damia yang terkejut beruk itu terus menghentikan lariannya dan memandang ke arah kereta tersebut.

Pintu kereta mewah tersebut dibuka kasar lalu keluar seorang jejaka. Sunglasses yang dipakainya di tarik lalu di campak pada kerusi penumpang bersebelahan dengannya.

Buat iklan apa pulak ni? Tetiba je campak barang! Kalau tak nak bagi aku je, boleh aku sedekah kat Ammar. Hurm! Suka hati kau lah kalau nak buat iklan pun! Damia terus menapak menuju ke bustop yang tinggal lagi 10 langkah itu.

“hoi! Are you out of your mind?! Mata kau letak kat lutut ke ha? Menyusahkan orang je! kalau rasa tak tau melintas jalan, guna jejantas” marah jejaka tersebut.

Damia masih meneruskan langkahnya, di jeling sekilas lelaki tersebut.

Gila! Dia cakap dengan siapa?

“kau yang salah! Nak main jeling-jeling aku pulak! Come here!” arah lelaki tersebut.

Eh! Dia cakap dengan aku ke? Damia memandang jejaka itu. Dia memandang pula sekelilingnya, tiada orang lain selain dia di situ. Kecuali di bustop, itu pun cuma lima orang sahaja.

Dia meneruskan lagi melangkah menuju ke arah destinasinya.

“hei! Kau lah yang baju warna purple tu! Bodoh!” lantang lelaki tersebut bersuara.

Dengar sahaja perkataan baju ‘bewarna purple’ yang dimaksudkannya, Damia pasti orang yang sedang dipanggil oleh lelaki tersebut adalah dirinya.

Bodoh? Apa? What the…! Kau tunggu! Damia terus membuat pusingan U-turn menuju ke arah lelaki tersebut.

“awak panggil saya ke?” tanya Damia sopan, bukan apa. Takut tersalah orang!

“kau lah bodoh! Siapa lagi, kau ni time kecik mesti mak bapak kau tak ajar macam mana nak lintas jalan kan? Sebab tu bila dah besar menyusahkan orang. Kalau nak mati katak pun, tunggulah kereta lain”

Belum sempat Damia membalas, lelaki tersebut menyambung lagi bicaranya.

“oh! Pandai betul otak kau ni kan! bila kereta mewah lalu, kau terus melintas! Bila dah cedera, minta pampasan! Itu agenda kau? Bagus! Perancangan yang sangat teliti untuk jadi kaya dengan cepat” dahi Damia di tunjalnya.

Ditepis kasar tangan lelaki tersebut! Berapi Damia mendengar ayat yang meluncur laju dari mulut lelaki itu.

“kau sape nak sebut mak bapak aku ha?! Apa hak kau nak sebut mak bapak aku?! aku tumpang simpati kat mak bapak kau sebab ada anak yang ‘terlebih’ adab macam kau ni. Kau yang bawa kereta macam pelesit sampai tak perasan aku yang tengah melintas! Sekarang kau salah kan aku! kau tu patutnya yang sesuai dapat panggilan ‘bodoh’. B.O.D.O.H!” di sebut satu persatu-satu perkataan tersebut dengan kuat.

Damia yang terpandang akan bas yang sedang bergerak perlahan setelah mengambil penumpang itu terus berpusing dengan laju lalu melangkah dengan pantas mengejar bas tersebut.

Alamak! Bas ni pulak tinggal aku, apa malang sangat nasib aku hari ni. mesti dalam setengah jam juga bas yang seterusnya! Memang dah lambat sangat ni! Dengan langkah yang malas, dia terus menunggu bas yang seterusnya.

Dilihatnya lelaki berlagak itu dengan sengaja memberhentikan kereta dihadapannya lalu mentertawakannya sebelum meluncur laju hilang dari pandangan matanya.

Damia jeling! Huh! Ingat bagus sangatlah ada perangai macam tu.


TEPAT jam 10:25 pagi Damia sampai di hadapan sebuah kedai kek mewah itu. Ternganga mulutnya melihat!

            Besarnya kedai kek ni! Kilang ke kedai ni? dah lah besar, cantik, Nampak mewah pulak tu. Damia terpegun sebentar dihadapan kedai kek tersebut.

            “kak, sini ke tempat interview?” tanya Damia lembut.

            “ye betul, adik datang nak interview ke?” wanita itu tersenyum

            “yup!” takkan lah aku datang nak holla-holla pula.

            “kalau macam tu isi boring ni dulu” wanita tersebut menghulur kertas.

            “terima kasih” ucap Damia di iringi senyuman.

            Damia duduk di barisan kerusi yang di sediakan. Mak ai! Dia orang ni datang untuk interview jadi chef atau nak tayang badan? Setakat nak buat kek je, tak yah lah beriya sangat bergaya. Lagipun pelanggan yang datang bukan nak tengok korang, dia orang tengok kek je.

            Wanita-wanita yang berada bersebelahan dengannya memandang Damia dari atas hingga ke bawah sebelum menjelingnya.

            Sakit mata ke semua perempuan ni? Dahlah tak cukup ela kain korang tu, jeling-jeling aku pulak. Backhand kang!

            Damia mengisi perlahan borangnya itu, tapi mukanya mula berkerut apabila membaca soalan di kertas A4 bewarna biru itu.

            Nama: Aina Damia binti muhd Daus

Umur: 26 tahun

Tinggi: 162 cm

           Berat: 56 kg

            Takkan lah kerja kedai kek pun sampai kena tanya tinggi dengan berat? Di isi sahaja ruangan kosong tersebut dengan jawapan, soalan seterusnya di baca lagi. Bertambah-tambah kerutan di dahinya.

            ‘pernah berkerjasama bersama:….’ Soalan apa ni? di garu kepalanya yang tidak gatal itu. Ha! Mestilah dengan chef. Damia menyambung lagi membaca soalan seterusnya.

            “cik, Encik Zayyan minta cik masuk sekarang” kata wanita tadi.

            “eh, tapi kan saya baru sampai. Isi boring ni pun tak habis lagi” Damia menunjukkan borangnya itu sebelum memandang sekilas ke arah puluhan wanita yang sedang menunggu giliran itu.

            “ini arahan dari Encik Zayyan sendiri” terang wanita itu.

            Dengan penuh bersemangat, Damia terus berdiri. Dia memberikan senyuman manis pada semua wanita yang sedang memberikan jelingan maut padanya itu.

            Rupa-rupanya untung juga datang lambat ni kan, boleh diinterview awal. Tapi kenapa semua perempuan tu jeling aku? tak de kerja ke, dari tadi asyik menjeling je kerja korang.

            Damia melangkah perlahan ke arah kerusi yang terletak di hadapan sebuah meja panjang itu. Eh? Kenapa ada seorang je yang nak ‘tukang tanya’ ni? Bukannya biasa ada tiga atau 4 orang ke?

            Muka lelaki dihadapan damia itu tidak kelihatan kerana lelaki tersebut sedang menunduk melihat ke arah laptop dihadapannya.

            “ehem” Damia berdehem setelah hampir beberapa minit dia duduk di situ.

            Lelaki ni tak perasan ke ada orang kat depan dia? Dah dekat nak 5 minit aku duduk depan dia, menipu sangat kalau tak perasan.

            “perkenalkan diri” ucap lelaki tersebut.

             Macam kenal je suara ni, kat mana ea?

            “nama saya Aina Damia Binti Muhd Daus” ujar Damia.

            “lagi?” lelaki itu masih tidak mengangkat wajahnya.

            Lagi? Nak cakap apa ni? Borang ni pun aku tak habis isi lagi.

            “umur 26 tahun, tinggi 162 cm, berat 56 kg” jawab Damia yang memberikan jawapan pada kertas yang dipegangnya sejak tadi.

            “lagi” soal lelaki itu lagi.

            “erk, maksud encik?” tanya Damia yang kurang faham.

            Zayyan terus mengangkat muka memandang Damia yang sedang tertunduk itu.

            “ha ha ha” Zayyan gelak dengan kuat.

            Damia terus mengangkat wajahnya apabila mendengar lelaki di hadapannya itu tertawa.

“kau?!!!” jerit Damia lantang.
            


terima kasih kerana menjadi followers