16 January 2017

MY PRECIOUS BAB 2

Adiyan merebahkan dirinya ke atas katil yang empuk, kemudian matanya memandang siling yang bewarna putih. Kosong sama seperti jiwanya, sejak kepergiaan ayah dan adiknya semasa kemalangan 12 tahun lalu menyebabkan dia menjadi Adiyan yang baru. Adiyan yang kurang bercakap, seorang yang sangat tegas, langsung tidak bertolak ansur, berbeza dengan Adiyan yang dulu.
Iphone 6s nya berdering menandakan ada satu panggilan masuk, Adiyan mencapai telefon bimbitnya yang berada bersebelahan dengannya. Dia lihat nama pemanggil yang berada di skrin kemudian tersenyum.
“oh my god Along!!! I miss you so badly, kenapa tak call Sofia?” Sofia menjerit keriangan. Sudah banyak kali dia membuat panggilan tapi sayangnya satu pun tidak berjawab. Abangnya itu bila berada di office automatically tidak mengendahkan perkara-perkara lain melainkan kerja.
Sofia sudah bosan dengan perangai abangnya yang satu itu, langsung tak boleh bertolak ansur dengan sesiapun bab kerja.
“oh my god along?” Adiyan mengulang semula ayat Sofia dengan nada memerli.
“assalamualaikum” sambungnya lagi.
Sofia yang berada di hujung talian gelak, langsung tidak terasa hati dengan perlian abangnya itu.
“waalaikumsalam, sorry lupa nak bagi salam sebab excited sangat along angkat call Sofia. Bukan senang along nak angkat call kan? Alaaa siapalah Sofia ni, call banyak kali pun along mana pernah nak angkat. Tunggu along call samalah macam tunggu along kahwin” Sofia sengaja memerli Adiyan.
“hamboi, tak sayang mulut ke? Along tolak separuh duit untuk bulan depan baru tahu” Adiyan faham benar dengan sikap adiknya itu. Salah dia juga kerana selalu lupa untuk menghubungi adiknya itu semula.
“alaa tak aci lah main bab-bab duit ni, sensitip okay”
“so bila nak balik Malaysia ni? Ibu rindu” soal Adiyan. Adiknya itu kini sedang melanjutkan pelajaran di United Kingdom.
“tak payahlah tanya soalan tu, Sofia kat sini pagi petang siang malam teringatkan ibu dengan along. Rindu nak makan apa yang ibu masak” balas Sofia yang bernada sedih.
“tak payah nak sedih sangat, ingat along tak tengok ke gambar dia kat instagram. Pergi macam-macam negara, tapi Malaysia tak nak pulak singgah?” Tanya Adiyan lagi. Bukannya dia tak tahu apa yang dilakukan oleh adiknya walaupun tiada gambar-gambar tersebut, dia mengupah beberapa orang untuk melindungi dan memerhatikan adiknya dari jauh.
“dahlah malas nak cakap dengan along, kirim salam kat ibu tau nanti cakap Sofia rindu ibu sangat-sangat. Along tu ha cepat sikit kahwin, umur dah 29 tahun pun tak kahwin lagi. Tulah siapa suruh garang sangat, kan dah tak ada orang nak kat along” bebel Sofia panjang lebar.
“bye Sofia, assalamualaikum. Take care” pintas Adiyan laju. Bukannya dia tak tahu kalau adiknya itu mula bercakap bab kahwin, sampai lusa pun tak habis. Jadi sebelum topik tersebut bertambah melarat, baik dia terlebih dahulu menyelamatkan dirinya.
Sofia yang berada di hujung talian hanya menggelengkan kepalanya. Dia sendiri tidak tahu siapa yang sedang di tunggu oleh abangnya itu dari dulu sehinggalah sekarang. Dia pasti yang abangnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita.

Naura melihat jam dipergelangan tangannya, dia tidak tahu harus mempercepatkan langkahnya macam mana lagi kerana jarum pendek menunjukkan ke angka 8.
Pukul 8 pagi! Ye 8 pagi! Dengan keadaan lalu lintas yang sangat sibuk, memang dia akan terlambat ke pejabat. Dia tertidur selepas subuh tadi setelah menelan 2 biji panadol kerana kepalanya berasa teramat pening.
Kelam kabut Naura menuruni anak tangga, tangannya ligat memakai earing kemudian mengemaskan rambutnya yang disimpul rapi.
Setelah sampai ke anak tangga yang terakhir, tangannya menyeluk handbag mencari kunci kereta tapi hampa kerana dia baru teringat yang kunci keretanya berada di atas meja mekap.
Naura rasa seperti mahu menjerit saja, dia bingkas memanjat anak tangga semula kemudian masuk ke dalam biliknya. Kunci kereta di capai dan turun ke bawah semula.
Heels di capai dan di sarung pada kaki dengan tergopoh-gapah.
“mama… Naura pergi dulu tau” jerit Naura yang sudah tidak keruan.
“hati-hati bawak kereta tu Naura” balas mamanya pula.
Enjin kereta di hidupkan dan bayangan keretanya mula bergerak meninggalkan rumah empat tingkat tersebut.

Tepat pukul 9.30 minit pagi dia sampai di pejabatnya, dengan jalan raya yang sesak kemudian dia terpaksa mengisi minyak kereta lagi kemudian dia singgah ke bengkel kereta kerana keretanya tiba-tiba saja buat hal.
Naura duduk di kerusinya sambil merehatkan dirinya seketika, cuba untuk mendapatkan ketenangan setelah apa yang terjadi. Ini adalah kali pertama dia terlambat masuk ke pejabat.
Secretarynya yang bernama Maisarah masuk bersama dengan buku diary di tangan, dia sudah bersedia untuk memberitahu Naurah schedulenya untuk hari ini.
“after 1 hour you masuk balik, I nak rehat kejap” kata Naura yang sedang bersandar pada kerusinya.
“baik cik Naura” Maisarah mengangguk faham sebelum berlalu pergi.
Naurah menutup matanya untuk seminit dua sebelum diganggu dengan bunyi panggilan masuk dari telefon bimbitnya. Dia bergerak perlahan dan mencapainya kemudian dia memandang nama pemanggil yang tertulis ‘private call’.
Teragak-agak jarinya mahu menjawab, tapi dibuang segala prasangka buruk itu dan dia terus menjawab panggilan tersebut.
“hello…” sapanya terlebih dahulu.
Tapi sapaannya itu tidak dijawab.
Naura bingung, dia sendiri tidak dapat meneka siapa yang menelefonnya kerana tiada suara yang kedengaran.
“hello? Hello…” sapanya lagi. Naura mula berasa geram kerana seolah-olah dipermainkan.
“hello… Kalau rasa tak nak cakap tak payah call, buang masa je” tambahnya lagi kerana bengang.
Sudah beberapa kali panggilan dari ‘private number’ ini diterimanya tapi langsung tak kedengaran suara orang di sana. Akhirnya dia memutuskan talian, tapi kali ini dia sudah nekad.
“so how’s your car?” akhirnya dia mendengar suara orang yang menelefonnya.
Seorang lelaki! Ya dia teramat pasti tapi kenapa dia Tanya pasal kereta aku?
“kereta saya? Awak ni siapa?” Tanya Naura yang ingin tahu.
Gila ke apa, aku tak kenal siapa tiba-tiba call aku tanya pasal kereta. Detik hati Naura.
“your future husband, kereta kau rosakkan pagi tadi? Tu baru sikit, aku boleh buat lebih lagi dari tu”
Naura yang mendengarnya berasa seram sejuk ditambah pula dengan suara lelaki tersebut yang tiba-tiba saja gelak seperti mengejeknya.
Naura menelan air liur perlahan, tak tahu apa yang harus dibalas olehnya.
“kenapa diam? Takut?” tambah lelaki tersebut, sengaja menakutkan Naura lagi.
“eh em tak tak… Sorrylah saya malas nak layan encik, maaf ye encik banyak lagi kerja yang saya kena buat daripada melayan encik. Saya rasa encik ni tersalah call, apa kata encik call hospital sakit jiwa sebab itu tempat yang selayaknya untuk encik. Tolong jangan ganggu saya lagi ye, terima kasih” kata Naura panjang lebar.
Belum sempat dia mematikan panggilan tersebut, dia terdengar suara lelaki itu ketawa lagi. Meremang bulu romanya!
Gila ke apa lelaki ni? Psycho habis! Katanya di dalam hati.
“tak berbaloi setiap kerja kau tu dengan adanya teman lelaki tak guna tu” lelaki itu memintas kata-kata Naura.
“sorry? Saya harap encik tak telefon saya lagi” Naura terus mematikan panggilan itu.
Dia kembali bersandar kembali pada kerusi empuknya, panggilan telefon sebentar tadi sangat mengganggu fikirannya.
Fahim? Kerja aku tak berbaloi sebab Fahim? Apa maksud dia? Siapa yang telefon aku tadi? Bermacam soalan mula menerjah fikirannya.
Arghhh serabut! Naura menggelengkan kepalanya.
Fahim bukan jenis manusia yang akan menyakitinya, dia pasti yang panggilan tadi hanya untuk merosakkan hubungan antara dia dan Fahim.
Naura membuka fail di hadapannya dan diteliti setiap baris perkataan, dia mula fokus pada kerjanya.

Maisarah mengetuk pintu bilik Naura, setelah mendapat kebenaran untuk masuk Maisarah masuk ke dalam bilik Naura dengan membawa sejambak ros bewarna putih.
Naura mengangkat kepalanya, dia pelik melihat bunga tersebut. Selalunya jika Fahim yang menghantar bunga padanya tak lain tak bukan bunga ros merah tak pun bunga lili.
“ada bunga untuk cik Naura” jambakan bunga ros bewarna putih itu dihulurkan pada Naura.
Teragak-agak Naura menyambutnya.
“kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu” Maisara pamitan untuk keluar.
Naura menggeleng, matanya masih melekat pada jambakan bunga tersebut yang mempunyai kira-kira 20 batang.
Matanya tertancap pada sekeling kad kecil yang terselit, dia terus mencapainya dan dibaca.
‘Fahim… -private number” Cuma itu yang tertulis.
Naura teringat panggilan telefon yang diterimanya pagi tadi, kini lelaki t tersebut menghantar bunga pula. Dia pasti suara yang didengarinya pagi tadi bukan suara Fahim tapi siapa?
Kenapa kat kad ni tulis nama Fahim kalau bukan Fahim yang hantar? Bunga tersebut masukkan ke dalam tong sampah yang berada berdekatan dengan meja kerjanya.
Dia mahu menelefon Fahim dan bertanyakan perihal ini tapi macam mana dia harus memulakan bicara? Akhirnya Naura membiarkan semua soalan yang berputar dibenaknya itu, dia menyambung kembali kerjanya.
Naura teringatkan sesuatu, interkom terus ditekan.
“make sure semua bunga yang I terima lepas ni dari Fahim je, kalau ada nama lain you ambiklah tak pun buang” arahnya pada Maisarah.
“baik cik” Maisarah menerima arahan dengan patuh.

Puan Hanina meletakkan lauk pauk yang sudah dimasaknya ke atas meja makan, baru saja dia hendak memusingkan badan untuk memanggil Adiyan untuk makan malam tapi Adiyan sudah berdiri disisinya terlebih dahulu.
“terkejut ibu, bila sampai? Kalau tak malam memang tak jumpa jalan balik rumah ye? Kerja tu janganlah sampai tak ingat orang sekeliling, kesian ibu asyik makan seorang je” Puan Hanina memulakan mukadimahnya.
Adiyan meletakkan briefcase di atas kerusi kemudian menarik satu lagi kerusi dan dia menarik tangan ibunya untuk duduk di situ. Adiyan duduk bersebelahan ibunya.
“baru pukul 8.30 lah bu, awal lagi ni” tangannya mula ligat mengambil lauk pauk yang sudah terhidang. Perutnya makin menjadi-jadi mengeluarkan bunyi kerana tengahari tadi dia tidak sempat menjamah apa-apa.
“ibu malas nak cakap dah, nanti kalau sakit jangan cari ibu. Cari semua kerja-kerja along tu” Puan Hanina menyenduk nasi ke dalam pinggannya.
Adiyan tidak membalas kata-kata ibunya itu, dia sudah faham benar dengan sifat Puan Hanina yang tidak suka apabila dia terlalu fokus pada pekerjaannya.
Adiyan diam membisu kemudian dia menggangkat mukanya dan memandang Puan Hanina yang sedang memandangnya, dia menghadiahkan kenyitan mata di ikuti dengan senyuman manis.
Puan Hanina yang melihatnya rasa mahu dihempuk saja anak lelakinya itu.
“kalau nak kenyit mata, pergi cari isteri lepastu kenyitlah mata kat dia hari-hari” tambah Puan Hanina lagi.
Adiyan buat-buat tak dengar dan menyambung semula menyuapkan nasi ke dalam mulut, kalau Puan Hanina dah masuk bab isteri ni baik diam dan hilangkan diri secepat yang boleh. Kalau tak boleh tercabut telinga ni dengar hujahan dari ibunya itu.

“ada surat untuk Naura, mama letak kat atas katil” kata Puan Nafisah yang melihat Naura melangkah untuk memanjat anak tangga.
“okay mama, Naura naik atas dulu” Naura melangkah dengan muka yang teramat penat.
Terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan olehnya, dan beberapa kejadian yang berlaku sewaktu dia dipejabat merunsingkan fikirannya.
Masuk saja ke dalam biliknya, dia meletakkan handbag yang dibawanya sejak dari tadi ke atas meja mekap dan Naura terus berbaring di katilnya. Matanya dipejam seketika, hampir saja terlelap akibat terlalu penat.
Ni kalau baring memang terus tidurlah jawabnya, tak boleh jadi ni. Kena mandi dulu! Naura bangun dari katil.
Matanya melekat pada sampul surat putih bersaiz A4 yang berada dihujung katil, dia teringat akan kata-kata mamanya sebentar tadi.
Lepas mandilah tengok, Naura terus masuk ke dalam bilik air yang berada di dalam biliknya itu. Sampul surat itu di letakkan di kabinet bersebelahan katil.

Naura yang sedang diulit mimpi terganggu dek bunyi telefon bimbitnya yang tidak henti sejak dari tadi. Dia meraba kawasan sekitarnya, dia bukan seseorang yang selalu meletakkan telefon bimbit di atas kabinet bersebelahan katil. Kadang-kadang apabila sedang menggunakan telefon bimbitnya itu pun dia boleh tertidur menyebabkan telefon bimbitnya selalu berada di merata tempat.
“hello…” suaranya serak kerana dia sedang tidur. Dia terus menjawab panggilan tersebut tanpa melihat nama atau nombor telefon yang tertera.
“tidurlah secukupnya sebab lepas ni aku akan pastikan yang tidur kau takkan pernah cukup” kata lelaki tersebut diiringi dengan tawanya.
Naura yang mendengarnya terus terbuka luas matanya, dia melihat skrin telefon bimbitnya yang sudah tertulis ‘private number’.
Kemudian dia melihat ke arah jam pula, tepat pukul 4.15 a.m.
“maaf encik, sekali lagi encik telefon saya. Saya akan buat laporan polis kerana encik mengganggu dan cuba mengugut saya” kata Naura yang sudah pun duduk di atas katilnya itu.
“bagi tahu satu dunia pun aku tak kisah, jangan lupa bagi tahu sekali yang papa kesayangan kau tu pernah bunuh orang” balas lelaki itu.
Naura yang mendengarnya terus rasa tidak tentu hala, air liur yang di telan dirasakan seperti pasir. Dia tiba-tiba jadi seperti patung cendana, tidak tahu harus memberi reaksi seperti apa.
“hutang darah dibayar darah” tambah lelaki itu lagi, suaranya sangat tegas. Jauh berbeza semasa dia menerima panggilan di pejabatnya tempoh hari.
Naura yang mendengarnya mahu membalas kata-kata lelaki itu tapi mulutnya terasa seperti di gam.
“aku nak kau ingat tu! Aku akan pastikan keluarga kau rasa apa yang aku rasa selama ni” panggilan terus dimatikan.
Badan Naura mula menggigil, dia sendiri tidak faham apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Apa yang dimaksudkan oleh lelaki tersebut, fikirannya mula buntu.
Hutang darah? Papa? Papa pernah bunuh orang? Naura beristighfar seketika, dia cuba membuang segala persoalan itu jauh-jauh.
Tidak mahu memikirkannya lagi walaupun akalnya asyik mendesak supaya dia mencari jalan untuk kesemua persoalan ini.
Argh! Orang tu saja nak takutkan aku, tak payah fikirlah Naura. Detik hatinya bagi mengelakkan dia berfikiran yang buruk.
Baru saja dia hendak meletakkan telefon bimbitnya di atas kabinet, dia ternampak sampul putih yang di simpan olehnya semasa sebelum dia melangkah ke bilik air sebentar tadi.
Tangannya laju mengambil sampul surat itu, dia membukanya perlahan-lahan.
Isi dalam sampul surat dikeluarkan, Naura terkejut!
Jika tadi dia mendapat panggilan mengatakan papanya seorang pembunuh, kini dia melihat gambar-gambar dirinya yang diambil secara senyap-senyap. Semasa dia berada di lobi, di lot parking, semasa berada di bengkel kereta iaitu semalam, sewaktu dia sedang makan bersama klien, semasa dia beriringan berjalan dengan Fahim. Banyak lagi gambar yang dilihatnya.
Tangan Naura menggeletar, dia langsung tidak dapat meneka apa motif lelaki misteri itu mengekorinya dan memberitahu perihal berkaitan dengan papanya. Selain itu dia juga pernah membangkitkan nama Fahim.
Dia yang memikirkannya bertambah pening, gambar-gambarnya tadi di masukkan semula ke dalam sampul surat kemudian di buang ke dalam tong sampah.
Naura duduk di birai katil memikirkan apa yang sedang terjadi pada dirinya, dia mahu bertanyakan pelbagai soalan pada lelaki misteri itu tapi mana boleh telefon private number!

21 February 2016

MY PRECIOUS BAB 1 (tak tahu nak letak tajuk apa, buat sementara ni guna tajuk ni je dulu)

BAB 1

Puan Hanina menghantar kepergian suaminya dengan ditemani anaknya itu dengan senyuman, kemudian dia melangkah masuk ke dalam rumah semula untuk masak makanan kegemaran anak lelakinya yang bakal pulang sebentar lagi.

            Adiyan sibuk mengemas pakaiannya yang berada di dalam loker sambil bersiul, gembira kerana cuti pertengahan tahun bakal bermula. Sesiapa sahaja yang duduk di asrama penuh akan berasa gembira jika boleh pulang ke rumah.

            “semangat betul kau kalau bab balik rumah ni kan” tegur sahabatnya yang berada di hujung katil. Dia sendiri sudah masak dengan perangai Adiyan yang akan kelam kabut balik ke dorm asrama setelah tamat sahaja waktu persekolahan.

            “mestilah semangat, bukan senang nak balik rumah. Lepas ni dah kena fokus kat SPM pulak, time tu mana sempat nak balik rumah” tangan Adiyan masih ligat melipat baju dan di masukkan ke dalam luggage.

            “kau best student, tak payah study pun aku dah tahu kau pegang berapa A nanti” sahabatnya itu sengaja menyakat Adiyan kerana dia tahu Adiyan bukan seorang manusia yang tidak suka berusaha walaupun dia sudah memahami sesuatu subjek tersebut.

            “kalau tak dengan usaha, bukan setakat A entah-entah G yang aku dapat. Kepandaian seseorang tak dapat menentukan keputusan SPM, asalkan ada usaha insyaAllah semua yang kita inginkan akan tercapai” balas Adiyan sambil tersenyum.

            “ni yang aku malas nak cakap dengan kau, kalau bab membebel bagi je kat kau” sahabatnya itu yang tadinya baring kini kembali duduk menghadap Adiyan yang berada di hadapan loker baju.

            Tangan Adiyan masih lagi ligat melipat pakaiannya, walaupun baju-bajunya di rumah banyak tapi dia sengaja membawa baju yang dipakainya di asrama pulang ke rumah kerana hendak di tukar. Dia sendiri tidak suka memakai pakaian yang sama berulang kali.

Disebabkan loker yang kecil, pihak asrama melimitkan jumlah pakaian yang perlu berada di dalam loker. Berkemungkinan takut kayu yang menahan bebanan pakaian yang digantung itu bakal patah, kerana banyak loker yang perlu digantikan setiap tahun akibat hal ini.

“weh, takkanlah kau tak perasan yang Adrina tu suka kat kau? Kat mana ada kau, mesti dia pun ada, pelik aku dengan dia tu. Macam sekolah ni ayah dia yang punya, suka hati je keluar kelas” sahabatnya itu menggaru kepala yang tidak gatal.

“Adrina mana?” Tanya Adiyan pula.

“Adrina mana lagi, kau ni pun. Takkan tak perasan dia asyik nak mengendeng kat kau? Aku yang tengok pun rimas” kata sahabatnya yang geli-geliman.

“oh… Yang pakai lipstik merah mak ngah tu ye?” Tanya Adiyan lagi mahu memastikan. Dia bukan spesis yang memerhatikan keadaan sekeliling, dia lebih gemar senyap dan biarkan rakan-rakannya melayan sesiapa sahaja yang mendekatinya.

“susahlah cakap dengan kau ni, ye tulah Adrina” rakannya itu menepuk dahi.

“aku ingatkan dia suka kau, tak nampak pun yang dia tu suka kat aku” balas Adiyan. Zip pada luggage di tarik kemudian dia menegakkan posisi luggage tersebut.

“dia suka aku? Adrina suka aku? Aku berani kerat jarilah kalau si Adrina suka kat aku, tulah kau! Macam mana nak perasan kalau dah mata tu asyik melekat kat buku” rakannya menggelengkan kepala.

Adiyan hanya mengjungkitkan bahunya, malas mahu melayan. Pelajaran harus di dahulukan.
Puan Hanina mengangkat gagang telefon yang berbunyi sejak dari tadi.
            

“assalamualaikum, ni rumah Puan Hanina ke?” Tanya orang yang berada di hujung talian.

            “waalaikumsalam, ye saya Puan Hanina. Ada apa ye?” jawab Puan Hanina tenang.

            “saya Inspektor Ghani, saya harap Puan Hanina dapat bersabar dengan berita yang bakal saya sampaikan ini” kata Inspektor Ghani yang memulakan bicara.

            Puan Hanina mula berasa seram sejuk, dia sudah merasakan sesuatu yang tidak enak untuk didengari.

            “suami dan anak puan terlibat dengan kemalangan, puan diminta untuk datang ke hospital dengan segera” tambah Inspektor Ghani lagi.

            Puan Hanina yang mendengarnya terus merasakan kakinya tidak berada di bumi yang nyata, dunianya seakan-akan berhenti dari berputar. Air mata tiba-tiba mengalir kerana tidak dapat menahan sebak di dada. Gagang telefon di pegang erat walaupun tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya.


“perhatian kepada Adiyan Harris, sila ke pejabat asrama dengan kadar yang segera. Harap maklum” pengumuman oleh warden asrama sebentar tadi telah mematikan perbulan dua orang sahabat.

            “eh warden panggil kaulah, kau ada buat apa-apa salah ke?” Tanya sahabatnya.

            “tak de pun” Adiyan menayang muka pelik.

            “cepatlah pergi turun sana” suruh sahabatnya itu.

            Adiyan bingkas bangun dan keluar dari dorm kemudian menyarungkan selipar dan turun ke pejabat warden yang berada bersebelahan dengan asramanya itu.

            Sebelum masuk, dia memberikan salam terlebih dahulu.

            “ye cikgu, kenapa panggil saya?” Tanya Adiyan sopan.

            “adik awak telefon” gagang telefon dihulurkan pada Adiyan.

            Dia mengambilnya sambil tersenyum pada cikgunya.

            “hello assalamualaikum” Adiyan memberi salam terlebih dahulu.

            Tiba-tiba dia mendengar bunyi esakan yang tidak henti-henti sejak dari tadi, hati Adiyan yang mendengar mula berasa gusar.

            “kenapa ni? Hmm…” Tanya Adiyan lembut.

            “along…” suara sofia kedengaran sungguh sayu sekali.

            “ye Sofia, kenapa ni?” soal Adiyan lagi.

            “ayah… ayah… dengan… angah…” tersekat-sekat suaranya akibat tangisan yang tidak dapat dibendung.

            “dorang dah… dah… tak ada along….” Tangisan Sofia makin menjadi-jadi, dia sendiri sudah hilang kawalan. Tidak tahu bagaimana harus memberitahu abangnya.

            “a… apa? A… yah… de… de… ngan… angah” menggigil badan Adiyan yang mendengar berita tersebut, dia sendiri tidak percaya.

            Adiyan terduduk di lantai, gagang telefon terlepas dari pegangan tangan. Dia tidak dapat menahan sebak, seperti tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Dunianya terasa seperti gelap gelita, tiada cahaya seperti kebiasaannya.

            “Adiyan… Adiyan… Kamu tak apa-apa?” panggil warden yang melihat Adiyan seperti seorang yang sudah tidak bermaya lagi.


12 TAHUN KEMUDIAN….
Naura Auni masih tekun membuat kerjanya, dia memang seorang yang tegas jika melibatkan tentang kerja. Dia menggantikan papanya mengendalikan sebuah syarikat yang sudah lama menapak dan di kenali ramai.

            Pintu biliknya diketuk dari luar.

         Naura mengangkat kepalanya memandang ke arah pintu, kemudian dia melemparkan senyuman manis. Fail yang sedang terbuka ditutup perlahan-lahan.

            “busy ke?” Tanya pemuda yang baru masuk ke dalam bilik Naura.

            “liltle bit” Naura menayangkan giginya yang putih bersih cantik tersusun.

            “so I kacaulah ni?” soal Fahim lagi, dia berjalan ke kerusi yang berada di hadapan Naura kemudian menariknya perlahan sebelum duduk.

            “you memang suka kacau hidup I pun” Naura gelak. Bahagia dengan orang yang sudah bertamu dihatinya selama empat tahun ini.

           “okay I baliklah macam ni” Fahim mahu bangun dari duduknya kemudian di halang oleh Naura.

            “mengada!” jeling Naura manja.

            Fahim kembali duduk di kerusinya kemudian dia mencapai fail yang ditutup oleh Naura sebentar tadi dan di selak setiap helaian dengan teliti.

            “bak balik fail tu… Sibuk je” Naura merampas perlahan, dia tidak suka hasil kerjanya di baca oleh orang yang tidak terlibat.

            Fahim menayangkan sengihan seperti kerang busuk.

            “whoa whoa… Garangnya sayang I ni” balas Fahim dengan kedua-dua tangannya diangkat ke udara tanda berserah.

            Naura mengjungkitkan bahunya sambil tangannya ligat mengemas meja kerja, kemudian iphone 6s yang berada di atas meja di capai dan di masukkan ke dalam handbag. Dia bangun dari duduknya sambil membetulkan blazer yang di pakai.

            “jom lunch” ajak Naura.

            “ingatkan tak nak makan tadi, kerjakan lagi penting untuk you” Fahim turut bangun dari kerusinya.

            “okay…” Naura kembali duduk di kerusinya.

            Fahim yang melihatnya menggelengkan kepala, faham sangat dengan perangai buah hatinya itu. Tak lain tak bukan merajuklah tu.

            “saintis mengatakan orang yang cepat merajuk ni muka dia cepat tua, tengok muka you tu tiba-tiba nampak 10 tahun lagi tua dari umur you” Fahim cuba menarik perhatian Naura.

            Naura menjeling.

            “tengok tu, tua lagi 10 tahun” sakat Fahim lagi.

            Naura kemudiannya menggeleng, dia sengaja berkelakuan seperti itu untuk melihat reaksi Fahim. Naura menghadiahkan Fahim senyuman.

            “eh eh, tiba-tiba je you nampak 50 tahun lagi muda. Ada rahsia tak?” Fahim mengenyitkan matanya.
            “let’s go” Naura bangun semula dari kerusinya dengan handbag di tangan.

            Fahim turut berjalan beriringan dengan Naura kemudian dia membuka pintu untuk buah hatinya itu.

            Semasa melalui meja secretarynya, Naura menghentikan langkah.

            “I dah sign file yang you bagi tadi, boleh ambik kat meja I” kata Naura sambil meneliti jam di pergelangan tangannya.

            “baik cik Naura” balas secretarynya bersama dengan senyuman. Dia sendiri berasa senang bekerja dengan Naura kerana sikapnya, oleh kerana itu juga dia merasakan Naura dan Fahim sangat sepadan kerana kedua-duanya mempunyai sifat yang seakan-akan sama dari pemerhatiannya.

Dia sudah bekerja dengan syarikat tersebut sebelum Naura memegang syarikat itu lagi dan selama empat tahun Naura dan Fahim menjalinkan hubungan dia jugalah yang melayan karenah kedua-duanya. Seorang merajuk, seorang lagi menyuruh hantar bunga. Seorang hantar coklat, yang seorang lagi memberikan coklat tersebut kepadanya. Macam-macam karenah yang dihadapinya setiap hari, ibarat mempunyai dua orang bos.

            Naura dan Fahim beriringan menuju ke lif dan turun ke lobi sambil bergurau senda. Naura sudah merasakan yang dia dah bersedia untuk pergi ke alam perkahwinan bersama Fahim, tapi setiap kali dia menyuarakan hal tersebut Fahim seolah-olah melarikan diri dari topik tersebut.

            Dia sendiri tidak mengerti apa yang diinginkan oleh Fahim, dia tidak mahu hubungan mereka berdua itu hanya sebagai pasangan bercinta. Fahim selalu mengatakan yang dia tidak bersedia lagi kerana Naura seorang pengarah syarikat yang terkenal, dia takut tidak mampu memberikan apa yang dimahukan oleh Naura.

            Banyak kali juga Naura mengatakan yang dia tidak memerlukan wang ringgit ataupun sesuatu yang bernilai ratusan ribu ringgit, dia hanya mahukan hubungan mereka di jalan yang diredhaiNYA. Naura sebagai seorang wanita berasa malu kerana sering bertanyakan soal perkahwinan pada seorang lelaki.

            Langkah Naura terhenti, dia memusingkan kepalanya memandang belakang.

            “what’s wrong?” Tanya Fahim yang juga turut menghentikan langkahnya.

            “I rasa macam ada orang tengah perhatikan I” bola mata Naura masih lagi ligat memerhatikan sekeliling.

            “tulah you, I dah ingatkan banyak kali jangan cantik sangat bila masuk office. Tengok sekarang, semua tertarik nak tengok you. Meranalah I nanti” kata Fahim untuk menyedapkan hati Naura.

            “you ni sukakan macam ni” Naura memusingkan kepalanya kembali memandang Fahim sambil tergelak.

            Mereka kembali beriringan meninggalkan perkarangan lobi tersebut.

            Naura merasakan yang dirinya diperhatikan sejak minggu lepas lagi, kemana saja dia pergi dia dapat merasakan ada saja mata yang sedang memerhatikan gerak-gerinya. Pernah terdetik dihatinya untuk mengupah bodyguard seperti yang diarahkan papanya selama ini tapi tiada apa-apa yang terjadi. Dia mengambil langkah untuk membiarkan saja, mungkin wartawan yang cuba mengorek perhubungannya dengan Fahim. Sangkaan Naura.

            Papanya sendiri berasa teramat risau kerana Naura adalah satu-satunya anak yang dimiliki olehnya dan isteri. Dia tidak mahu sesuatu yang tidak di jangka terjadi pada anak tunggalnya itu.

 p/s: sorry lama tak hapdet T.T ........ k kali ni saya serious! tiap minggu nak hapdet, thanks sebab singgah belog ni :)

08 August 2015

manuskrip hilang

assalamualaikum,
haritu saya ada bagi tahu yg saya dah hantar manuskrip kat satu company ni then after a few months later, saya email pihak yg berkenaan dan tanya samada pihak dia orang terima atau tak lepas tu saya dapat maklum balas yg mengatakan pihak tersebut tak boleh nak access manuskrip yg saya hantar tu huwaaa

saya email pihak tu sebab saya nk copy manuskrip yg saya hantar tu, semua copy yg saya simpan hilang!!!! maigodd seteressnyaa! copy yg ada kat pendrive hilang sebab virus, backup yg ada kat email pun tiba2 hilang macam tu, dah carik kat recycle bin pun tak de, then time ni laptop saya buat hal pulak habis kedai tu format laptop saya

seteressssnyaaa mak jemah!!!
sekarang saya tengah kumpul balik kekuatan untuk taip balik manuskrip tu, idea yg saya pun tah ke mana

doakan saya supaya dapat menyiapkan manuskrip tu semula ye ❤

saya minta maaf kat sesiapa yg menunggu manuskrip tu, saya dh janji haritu kalau manuskrip saya diterima saya nk up lagi satu entry, tapi jadi macam ni pulak .. maaf ye sayam bayam semua, dugaan .......
tq sebab singgah blog saya ❤

23 April 2015

sinopsis yes! aku terima kau




 SINOPSIS YES! AKU TERIMA KAU


FARSHAH IRDIANA EVA adalah seorang model yang dikenali ramai, tapi sayangnya perangainya tidak secantik tuan empunya badan. Dia sangat mencintai seorang lelaki yang bernama AZHIM tetapi lelaki tersebut telah pergi meninggalkan dirinya. Dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia dan  mencari punca kematian orang yang sangat dicintainya itu.


DANIEL HAFIY seorang ceo yang sangat terkenal di dalam dunia perniagaan kerana pencapaiannya di usia muda. Dia langsung tidak terfikir untuk menikahi seorang model untuk menjadi teman hidupnya apatah lagi jika wanita tersebut boleh dilabelkan ‘gedik’. Seorang wanita yang langsung tiada ciri-ciri yang diingininya.


 “buat apa I nak cari orang lain kalau you sorang dah cukup sempurna untuk I” –Daniel Hafiy


Apabila seorang yang kuat menyakat berkahwin dengan seorang wanita yang kuat sentap, apakah kesudahannya?

Dalam diam Farshah tertarik dengan sikap Daniel yang di rasakan selalu menghiasi hari-harinya. Dulu sikapnya yang kuat berbelanja, sombong dan tidak mengendahkan orang lain tiba-tiba saja berubah kerana Daniel.


“you nak apa?” –Daniel Hafiy
“nak hati you boleh?” –Farshah Irdiana Eva


Pada masa yang sama banyak kejadian yang berlaku pada Farshah, dirinya tiba-tiba saja difitnah. Daniel pergi meninggalkan Farshah walaupun dia sudah melutut dan meminta maaf pada Daniel, bagi Daniel dia tidak mahu lagi melihat Farshah yang curang pada dirinya. Keluarganya juga turut meninggalkan Farshah, dia bingung!


Selama Daniel menjauhkan dirinya darinya dia selalu melihat Daniel bersama seorang wanita, hatinya sakit!
Apa yang terjadi pada Azhim sebenarnya? Kenapa Daniel mahu menikahi Farshah? Siapa pula yang membuat fitnah pada dirinya sehinggakan dia dibuang oleh keluarganya dan Daniel? Siapa wanita yang sentiasa berkepit dengan Daniel? Dapatkan jawapan dengan membaca YES! AKU TERIMA KAU



-sorry sangat sebab saya lama mendiamkan diri sebelum ni
-saya sibuk tapi sekarang saya dah free yeah
-doakan manuskrip saya ni di terima ye awak-awak semua
-TQ

07 October 2013

yes! aku terima kau bab 21

BAB 21

DATIN Elliya duduk bersebelahan Farshah yang sedang merenung kosong ke arah kolam renang sejak dari tadi.

            “Farshah marah mummy dengan daddy lagi ke? Sejak Farshah keluar dari rumah tempoh hari sampailah hari ni, Farshah diam je. Mummy minta maaf ye sayang kalau apa yang mummy dengan daddy ni buat melukakan hati Farshah” tangan Farshah diraih.

            “tapi mummy yakin sangat yang Daniel mampu membahagiakan Farshah” tambah Datin Elliya lagi.

Farshah masih lagi menguncikan mulut.

            “Farshah sayang mummy kan? Percayalah mummy. Farshah akan bahagia dengan Daniel”

            Farshah tidak mengeluarkan sebarang kata-kata.

            “Farshah janganlah diam macam ni, Farshah buat mummy tambah rasa bersalah. Sampai bila Farshah nak mendiamkan diri, salah ke apa yang mummy dengan daddy ni buat? Ini semua demi kebahagiaan Farshah juga, daddy tak bagi tahu Farshah sejak dari awal sebab daddy risau yang Farshah akan buat perkara yang tak diduga. Daddy dengan mummy dah agak yang Farshah tidak akan setuju, sebab tu daddy cadangkan buat press conference. Daddy dengan mummy sayang sangat Farshah, sebab tu kami tak nak tengok Farshah bersedih lagi sejak Azhim pergi” terang Datin Elliya panjang lebar, mula berasa kesabarannya memuncak dia meluahkan apa yang terbuku di hati selama ini.

            Farshah yang mendengar nama Azhim disebut terus merasakan dirinya tidak dapat dikawal.

            “cukup mummy! Tak de seorang pun yang dapat gantikan tempat Azhim, Farshah cuma sayangkan dia sorang. Bahagia mummy cakap? Mummy bahagia tengok Farshah hidup dengan orang yang Farshah tak pernah kenal? Selama ni Farshah ikut semua cakap mummy dengan daddy, tapi tak boleh ke mummy tanya pendapat Farshah? Susah sangat ke mummy dengan daddy nak minta pendapat Farshah pasal press conference tu? Farshah tertekan fikir pasal tu! Nak tak nak Farshah terpaksa terima Daniel sebab Farshah tak nak tengok mummy dengan daddy malu. Farshah sayang mummy dengan daddy, tapi kenapa mummy dengan daddy tak pernah bagi Farshah peluang untuk kenal Daniel terlebih dahulu? Farshah ni teruk sangat ke sampai mummy dengan daddy tak percayakan Farshah? Apa salah Farshah mummy?!” soal Farshah dengan suara yang lantang.

            “Farshah tak salah, ini semua salah mummy dengan daddy sebab buat keputusan yang melulu. Tapi percayalah, Daniel tu baik. Dia mampu bahagiakan Farshah”

            “kalau Daniel tu penyangak sekalipun, Farshah kena terima sebab dia dah jadi suami Farshah. Tak ada orang yang boleh bahagiakan Farshah selain Azhim” suara Farshah kembali mengendur.

            “Azhim… Azhim… Azhim… Kenapa Farshah tak boleh terima yang Azhim tu dah lama meninggal? Dia dah tiada di dunia ni lagi, lupakan dia!”

            “Azhim sentiasa hidup dalam hati Farshah! Mummy tak berhak nak suruh Farshah lupakan dia!”

            “sudah Farshah! Cukup! Tak boleh ke Farshah terima yang Farshah jadi isteri kepada Daniel? Lupakan Azhim!”

            “terima? Sampai bila-bila pun Farshah tak akan sudi bergelar isteri kepada Daniel dan Farshah takkan pernah lupakan Azhim. Farshah benci mummy!!!” teriak Farshah yang sudah tidak dapat mengawal dirinya lagi.

            Datin Elliya sudah mengalirkan air mata.

            “Farshah! Cukup tu” arah Datuk Arsyad yang baru sahaja tiba dirumah.

            “apa lagi yang daddy nak?! Tak cukup lagi ke daddy rampas kebahagiaan Farshah?! Tak cukup lagi ke daddy tengok Farshah terseksa? Tak cukup lagi ke dengan apa yang semua daddy buat kat Farshah ni?!” kini Farshah bertentang mata dengan Datuk Arsyad. Datin Elliya masih lagi tersedu-sedan.

            “kurang ajar!” tangan Datuk Arsyad sudah naik untuk menampar Farshah.

            “ya Allah! Abang!” jerit Datin Elliya. Datuk Arsyad yang baru tersedar terus menurunkan tangannya kembali.

            “tamparlah! Tamparlah! Kenapa daddy tak teruskan? Memang Farshah ni kurang ajar!” jerit Farshah. Air matanya yang sudah membasahi pipi dikesat menggunakan tangan kanan.

            Datuk Arsyad terduduk, dia menyesal kerana gagal mengawal amarahnya.

            “Farshah!!!” panggil Daniel dengan nada yang tinggi. Briefcase yang dipegang diletak tepi.
            Farshah tersentak!

            “behave yourself! Tak boleh ke you hormat daddy dengan mummy?!” kata Daniel dengan nada yang masih sama. Nafasnya turun naik menahan marah.

            “you diam! Ini hal family I, you tu cuma orang luar” marah Farshah pula, dia terus berlari menuju ke biliknya sambil mengesat air matanya yang sudah lebat membasahi pipi.


“FARSHAH… Buka pintu ni” pinta Daniel yang sudah beberapa kali mengetuk pintu bilik wardrobe. Kini bilik itulah yang menjadi bilik tidur Farshah.

            “Farshah… Kalau you berkurung macam ni, sampai bila masalah ni nak selesai?” pintu bilik wardrobe diketuk lagi.

            Farshah diam tidak menyahut.

            Akhirnya Daniel menggunakan kunci pendua untuk membuka pintu bilik itu. Dilihatnya Farshah sedang duduk memeluk kedua-dua kakinya, dia bergerak perlahan duduk dihadapan Farshah.

            “hey, kenapa ni?” tanya Daniel lembut, tidak seperti tadi.

            Farshah mendengus kasar, wajahnya dipalingkan ke arah lain.

            “sorry, tadi I tak sengaja tinggikan suara pada you

            Eleh! Dah marah baru nak minta maaf, no way! Farshah mencebik.

            “kenapa you buat daddy dengan mummy macam tu? You marah sebab apa? Tak guna you nak marahkan mummy dengan daddy, benda dah jadi. Kenapa you tak terima je?”

            Farshah menggeleng.

            “apa yang tak? Dari pagi tadi you gelengkan kepala sampai I dah balik kerja ni pun you masih buat perkara yang sama. Kenapa? Leher you terkehel ke?” kata Daniel yang cuba membuat Farshah tersenyum.

            What? Leher aku terkehel? Otak dia tu yang terkehel! Mereng betul Daniel ni. Farshah sedikit pun tidak mengendahkan Daniel.

            “mummy suruh I panggil you untuk makan malam, jomlah turun. Dari tadi mummy risaukan you” pujuk Daniel.

Farshah masih mendiamkan diri.

Blurppp… Perut Farshah tiba-tiba berbunyi.

Daniel yang terdengar terus menghamburkan tawanya.

Perut ni pun! Kalau nak berdangdut pun janganlah kuat-kuat, buat malu aku je!

“dah jom turun makan” tangan Farshah ditarik.

Farshah merentap tangannya, dia menggeleng laju.

“takkanlah you tak nak makan? I tahulah you nak diet sebab I kata you berat hari tu, tapi janganlah sampai menyeksa diri macam ni sekali” perli Daniel.

Farshah membuat muka serius.

“whoa… whoa… whoa… Garangnya! Kalau macam tu kita makan luarlah, lepas tu nanti I bawa you pergi satu tempat”

Perut dah macam buat pesta ni, takkanlah aku tak nak makan. Kau gila! Hurm… makan kat luar? Bolehlah! Farshah pantas mengangguk.

“pergi siap, I tunggu you kat bawah
DIA bawa aku makan tempat yang macam ni? Biar betul! Aku mana pernah makan kat tempat yang macam ni, Daniel ni saja je!

Matanya melilar melihat keadaan disekeliling dilihatnya. Cuma kedai yang mempunyai meja empat persegi plastik dan kerusi plastik tetapi kedai tersebut penuh dengan pelanggan yang datang untuk menjamu selera.

            “makanlah, you kan lapar. Tempat ni bersih, janganlah risau. Lagipun orang dekat sini takkan perasan you, sebab you tu bukan artis pun” nasi dihulurkan pada Farshah.

            Farshah hanya melihat makanan yang dihidangkan dihadapannya.

            “ni ada tomyam, ikan tiga rasa, sotong goreng tepung, sayur kangkung goreng belacan, makanan dekat sini sedap. You try lah makan, kalau tak cukup nanti I order lagi” ikan tiga rasa diletakkan ke dalam pinggan Farshah.

            Farshah yang melihat Daniel menyuap sejak dari tadi terus memegang sudu dan garfunya.

            Nasib perut aku lapar, kalau tak memang aku tak makanlah tempat macam ni.


SIT BELT dipasang, Daniel memandu keretanya menuju ke tempat yang ingin ditunjukkan pada Farshah.

            “sedap tak lauk tadi?” tanya Daniel yang memulakan bicara.

            Farshah membisu.

            “Farshah…” panggil Daniel, kepalanya dipusing memandang Farshah.

            Tidur? Penat sangatlah tu.


“DAH sampai ni, bangunlah” bahu Farshah digerakkan sedikit.

            Farshah membuka matanya perlahan-lahan. Rumah sape pulak ni? Daniel ni pun satu, kalau nak pergi rumah sedara dia pun, bagi tahulah aku dulu.

            “kat mana ni? I nak baliklah, I dah mengantuk sangat ni” adu Farshah, dia melelapkan matanya semula.

            “kat siam sayang” Daniel memandang isterinya.

“tak kelakar okey!” mata Farshah masih lagi tertutup.

“inilah rumah kita” luah Daniel.

            “what? rumah kita?” tanya Farshah yang terkejut. Matanya tertutup tadi, kini terbuka luas akibat mendengar ayat yang terkeluar dari mulut Daniel. Dia keluar dari perut kereta.

            “yup! Inilah rumah you dengan I sekarang”

            “rumah ni? Rumah I? Eh! You kan kaya, kenapa pilih rumah yang macam ni. I tak nak! I nak balik! Kalau you nak duduk sini, you stay sorang” rumah teres satu tingkat yang berada dihadapannya di jeling.

            “ada yang tak kena ke dengan rumah ni? Lagipun kita berdua je, buat apa nak membazir beli rumah besar-besar”

            “I tak bawa baju, jomlah balik. I nak balik!” Farshah memberi alasan. Lengan baju Daniel ditarik-tarik.

            Gila ke nak suruh aku tinggal berdua dengan dia ni, bertambah tak betul aku ni kang. Orang kaya tapi suruh isteri dia tinggal dekat rumah macam ni, tak nak aku.

            “baju you I dah sediakan dalam bilik wardrobe

            “tapi…”

            “kalau you nak duduk dekat luar ni sampai esok, you duduklah. I nak masuk dalam” Daniel melangkah memasuki rumah barunya itu.


            Farshah melihat sekitarnya, gelap dan sunyi! Dia juga terus membontoti Daniel.



-ni bab yang last akan dipublish, saya tengah gigih siapkan manuskrip ..
-terima kasih sebab baca YATK dari awal :)

terima kasih kerana menjadi followers